22

4.5K 763 451
                                    


❀ ; komen kalian membuatkan seketul chantut yang pemalas menjadi rajin untuk update. HAHA.

.

*****************

Satu celikkan kelopak mata mampu membuatkan aku serasa pening dan mual. Entah apa jadah aku buat malam tadi tapi serius perut aku pun jadi memulas macam apa sekarang ni. Banyak soalan yang berlegar dalam kepala aku contohnya, macam mana aku boleh tidur atas katil dengan selamat, apa aku buat semalam, dengan siapa aku jumpa semalam.

OMO!

Tiba tiba aku terimbas muka Minho.

Aku minum dengan manusia tu ke?!

Dengan rambut serabai aku endahkan, langsung bangun dari baring kemudian menerjah eomma yang berada di dapur.

"Eomma!"

"Eoh bangun dah? Ingat tak nak bangun selamanya."

"Eomma!" kali ini nada aku merungut.

"Eoh? Waegurae?" soal wanita yang sedang sibuk menguruskan kimchi itu. Sekejap lagi kedai nak bukak, sebab tu lah dia sibuk lain macam sekarang. Dua tiga kali jugak fikir samada nak tanya atau tak. Tapi disebabkan aku tak nak malu, terpaksa lah tanya.

"Eomma. Semalam.. Yeo balik dengan Minho ke?"

"Minho mende. Jungkook lah."

"B.. BWO?!" aku terus menerpa tubuhnya dengan gelabah, "Jinjja?! Eomma jangan bergurau sekarang! Tak kelakar!"

"Yaish! Nak kena celup dalam kimchi baru nak percaya?" eomma acacah tarik kepala aku, dia betul betul nak sumbat dalam bekas tu siut!

"A.. Arraseo!"

Keluhan lega dihela. Tak pasal aku jadi Yeochi pulak kalau dah kena celup tadi. Kuku terus diketip pada hujung bibir. Cuba mengingat kejadian malam tadi, aku risau aku cakap benda yang bukan bukan. Bukan boleh percaya, buatnya aku mencarut dekat dia.

Tak ke malu seabad?

"Buat apa lagi dekat sini? Pergi mandi lah! Bau kamu dengan lembu, lembu lagi wangi!"

"E..Eomma. Maksudnya eomma dah bersemuka lah dengan dia? Eomma cakap apa?"

"Eomma kata, Wahh handsomenya bakal anak menantu eomma. Pandai Yeowi pilih walaupun muka dia macam sayur." eomma mengajuk semula gaya makcik makcik bawang dekat mesyuarat tingkap. Pantas lengannya aku pukul perlahan, kalau kuat nanti tak cium bau syurga.

"Eomma! Betul betul lah! Ini berkaitan dengan hidup mati Yeo tau! Dah lah Yeo jumpa Jungkook hari hari dekat Hankuk! Malu lah!"

"Eomma kisah apa? Baik kamu dengar cakap eomma, pergi mandi. Beg kamu eomma dah kemas, dah boleh berambus cepat sikit. Kerja dah memanggil manggil." ujar eomma selamba tanpa menjaga perasaan aku sikit pun. Sampai hati dia kemaskan beg aku? Itu bukan baik tau, itu menghalau namanya.

"K." aku terus bangun kemudian berpaling ke arah pintu. Namun mata aku terus membulat besar.

HDJANDOAJS PUCEK.

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now