07

5.3K 809 303
                                    

*************

"Yeo?"

Aku terdengar suatu panggilan yang agak samar samar, namun memang melekat dekat lubang telinga. Terasa sengal seluruh badan aku. Mata aku celikkan berulang kali supaya jelas. Peh, aku auto regangkan otot sebab sakit gila. Entah berapa lama aku tertidur dekat sini agaknya. Dengan muka sememeh aku mendongak, ruang mata dipenuhi raut wajah Jimin.

"E-eoh, Jimin."

"OMAI MUKA." aku terus menerkup muka aku yang macam tenuk sekarang. Rambut kusut masai aku betulkan. Dapat rasa belakang badan aku berat, ada selimut yang hampir terjatuh ke tanah tu cepat aku kaut semula. Kening aku masih berkerut bingung, siapa pulak yang baik hati bagi aku benda ni. Patutlah lena semacam aku tidur dekat sini walaupun sekarang hakikatnya punggung aku kebas.

"Aigo. Sakit badan tidur dekat sini, tahu tak?"

Aku terkedu sejenak. Malu pun ada.

"Mianhae. Gumawo."

"Gumawo?"

ELELE

DIA YANG BAGI SELIMUT NI KAN?

Haih, dah lah handsome, comel, baik hati pulak tu. Tak sangka lah wujud lagi lelaki macam ni ek? Tak macam si Jebon tu! Dah lah hati keras macam batu, sekali terlempor dekat kepala boleh berdarah.

"Arr. sebelum yang lain datang saya nak bersiap. Emm jangan bagitahu yang lain tau. Ehshshehe. " aku terus berlari keluar dari tempat tersebut. Aku tahu Jimin sempat tertawakan aku tadi. Mesti sebab aku gelabah gila dengan muka pisang ni.

Harapnya tak ada taik mata buat mesyuarat.

Nasib lah dekat sini ada kemudahan jugak untuk staff. Kalau tak aku kena balik rumah sekarang confirm tak sempat. Dah lah apartment tu boleh tahan jauh, nak ambik bas lagi kan memang lambert lah jawabnya.

Tiba tiba aku tersenyum sendirian. Dah macam kena sampuk.

Aigo, baiknya Jimin.

Caring bebenor. Agaknya kalau tak ada selimut ni mesti aku dah selsema. Weh tak boleh tahan senyum, dah spesis kerang hanyir ni. Kepala digeleng laju, fokus Yeowi! Kau dah kenapa angau sangat dengan pertolongan simple Jimin? Dia tu dari dulu memang baik. Lehmek.

Apa pun aku terus bersiap tanpa meneruskan kebuduhan.

*************

"YEOO!! JANGANLAH PINDAH ISK ISK."

"HUA YEO SARANGHAE! JANGAN TINGGALKAN KITAORANG SEMUA!."

"Goo Iyeori! Andwae. HUA!"

Mingyu melutut, "Gurae. Memang salah aku sebab mulakan peperangan semalam. Tapi, tapi, jangan lah sampai berhenti! Tsk."

Kening aku berkerut seusai masuk kembali ke dalam gelanggang. Semua orang dah meleleh hingus sambil menjerit terlolong macam orang hilang anak. Sedangkan aku pun tak faham apa apa. Amende seh. Bila aku alih pandangan ke arah satu sudut yang agak jauh, ada seorang lelaki dingin bermain dengan telefon pintarnya. Langsung tak kisah apa yang terjadi.

Hek eleh.

Tapi jap, asal ayat dorang macam nak halau aku ni?!

"Dah kenapa ni? Yeo nak pergi mana?"

Hobie menyeka pipinya. "Kitaorang nampak kertas kertas dekat atas meja Yeo tu ha. Yeo nak pindah kelab kan?"

"Pindah?"

"Jangan lah pergi. Jebal." Hoshi mengerdip kedua belah mata berkilau dengan nada merayu. Bibir dicebikkan, tangannya memeluk sebelah kakiku.

"Okey, okey tenang semua. Yeo, tak faham."

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now