26

4.4K 798 719
                                    

❀ ; ada certain dialog or baris ayat yang chan tak rewrite tau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


❀ ; ada certain dialog or baris ayat yang chan tak rewrite tau. sayang komen lama lama, precious 🥺 hehe.
.
.

*****************

Semalam aku dapat email dari Shin Hyeok iaitu si pengarah, dia mintak aku bawak ahli kelab basketball untuk pergi bercuti atau pun senang cerita trip. Excited? Boleh tahan, tapi dorang ni lagi kemain teruja. Aku cuma sempat bagitahu dekat dalam group je. Tak ada lah berjalan jauh mana, naik bas ramai ramai pergi Gangwon-do lebih kurang satu jam setengah kalau bergerak dari Seoul. Aku dah berjaya tempah resort menggunakan card hasil pemberian Shin Hyeok.

Tak sangka, garang garang pun masih sayang dekat budak budak tu.

Keluhan dihela.

Tiba tiba terimbas kes malam lepas. Muka Jungkook risau sangat lepas dapat panggilan dari Aehyun. Mungkin perasaan lama tak pernah terkubur?

jiminnie
•> yeo dekat mana?

iyeowi
•> baru sampai Hankuk
•> awak jadi join?!! ><

jiminnie
•> mian. ada kerja lagi nak uruskan
•> lain kali eung? have fun!!
•> jaga diri <3

iyeowi
•> eung! arraseo
•> awak pun. jaga diri

Skrin dimatikan.

Tangan diseluk ke dalam poket selesai memasukkan beg ke dalam perut bas. Semua orang mengenakan pakaian yang tebal sebab tempat tu merupakan gunung yang dingin dan sejuk. Sengaja pilih Ski Resort supaya ada aktiviti waktu malam nanti. Hehehe mesti seronok.

"Annyeong Yeowi!"

"Annyeong~"

"Annyeongihaseyo."

Macam macam jenis sapaan aku terima, ada yang mengantuk, ada yang semangat, ada yang bawak beg macam nak pindah rumah. Hampir tergelak aku tengok. Lagipun dorang semua memang dari dorm. Sebab tu tak ada yang lambat. Sekarang aku dah mula berpeluk tubuh dengan muka gangster. Dalam list, lengkap dah senarai nama ikut kerusi. Tapi ada satu tempat kosong yang sepatutnya diisi.

Jeon Jungkook.

"Jungkook mana?" aku menyoal kepada roommate dia, Wonwoo, Taehyung dan Mingyu.

"Eum. Dah dua malam tadi dia tak balik. Kitaorang tak tahulah. Tapi Taehyung dah telefon. Katanya dia pergi." jawab Wonwoo telus. Semakin bingung lah aku jadinya, bas dah nak gerak dari 20 minit lepas tapi aku asyik lewatkan masa.

Boyfriend + jjkWhere stories live. Discover now