ZUPPPPPPPPPPPPPPPPPP!
Kelibat seseorang. Berlari lebih laju dari mamat dan minah yang sedang berkejaran.
Seorang dengan selipar di tangan. Seorang dengan selipar sebelah di kaki. Seorang lagi dah kenapa?
Ummu kehairanan sambil berlari. Tapi dia berlari sama membontoti lelaki yang sedang berlari di hadapannya itu. (nasib baik aku pakai seluar track. kalau baju kurung, hah tak perlu disambung ayat ini)
Rentak mereka semakin laju.
"Woi! Apasal korang lari ni?!"
Mamat yang memegang selipar berlari termengah-mengah sudah. Merengus sendirian. (apa benda semua ni? kenapa aku berlari tak berhenti ni?)
"Woi! Orang depan! Kenapa kau lari?!" Ummu memekik dalam kecelaruan sebuah pelarian padu.
"Aku bukan perogol bersiri! Kau berdua ni polis! SB! Mata-mata gelap!"
PAP! Ummu menepuk dahinya sendiri sambil berlari. Lelaki di hadapannya itu ingat dia polis. (tahulah muka aku berjerawat bak permukaan bukit Broga. kulit tak secerah Neelofa. ini suatu penghinaan!)
Ummu lajukan langkahnya cuba menyaingi lelaki yang dia lihat makin termengah sama. Mujurlah dia ni bekas olahragawati sekolah menengah johan peringkat zon, layak ke suku akhir, tewas di peringkat negeri. Stamina tu mantap sikitlah dari mamat depannya. Memang dekat sekolah, dekat universiti, jurulatih pasti pilih dia. Sebab orang lain, jarang yang sudi. Nak jaga muka flawlesslah, takut gelaplah. Tapi, dia dah memang azali begitu, tidak rupawan. Alah, kategori hodohlah senang. PALAPES pun dia jugalah yang jadi ketua kadet perempuan. Pandu Puteri apa barang. Lembut sangat.
"Nah!"
Dibentesnya kaki si mamat di depannya yang sedang berlari. Terjelepuk terus ke lantai bumi. Tertawa minah itu sendiri. Clean tackle tu. Takkan dapat kad merah punya. Habis tinggi pun kad kuning kalau atas padang. (padahal dah layak kasi penalti, diarah keluar padang)
"Jadi, kau ni pernah merogollah ya?!" Dia mencabut sebelah selipar yang dipakainya. Mengacukan ke arah muka si lelaki yang kesakitan rebah.
ZAPPPP!
Tak sempat selipar jepun warna putih berkulat dihayunkan padu pada si lelaki itu, selipar itu ditangkap oleh tangan seseorang. Rupanya, mamat yang mengejarnya tadi dah sampai.
"Ni apahal pula ni nak bantai orang lain pula ni?! Minah ni memang psiko!"
Lelaki yang terbaring tadi terus bergerak ke arah mamat tadi. Berlindung. Pegang pada sebelah kaki mamat tak hensem tu.
"Eh, ni kenapa ni pegang-pegang kaki orang ni?"
"Bang, saya tak pernah rogol orang bang. Saya minat dengan lelaki saja bang."
Lelaki 'perogol bersiri' itu melekap di betis mamat itu. Macam belangkas.
Ummu dan mamat tidak tampan itu memandang lelaki itu dengan pandangan mual. Loya tekak. Geli geleman.
PUKKKK!
PUKKKKKKKKKKK!
PUKKKKKKKKKKKKKK!Kelihatan minah dan mamat membelasah lelaki tadi dengan selipar jepun. Bertubi-tubi. Pantas dan padu. Akhirnya, terlerai jua genggaman tangan lelaki itu dari betis si mamat tak segak itu.
"Betis abang, sado..." (sempat lagi sebelum pitam)
PAPPPPPPPP!
Tamparan padu selipar jepun keturunan raja sakti bapak segala selipar jepun singgah di pipi jejaka menggelikan itu. Terus pengsan. ("Sila meninggal!")
Kedua-dua orang itu terus meninggalkan tempat kejadian. Buat macam tak ada benda. Masing-masing buat muka poyo. Muka tak bersalah.
"Tak sangka kau diminati golongan lelaki. Kah kah kah. Muka macam ni pun orang nak?" (masa ni la aku nak bahan dia, bila lagi kan?)
Ummu berdekah ketawa sambil berjalan.
"Aku hempuk dengan selipar ni kang. Nah, amik! Selipar busuk kau ni! Busuk macam muka kau!"
"Woi! Agaklah. Aku dah selamatkan keterunaan kau hari ini. Kau kena berterima kasih pada selipar jepun sakti aku." Menyarung semula selipar di kedua belah kakinya.
Mamat tu buat muka seposen.
"Kau, nama?"
"Eh, sudi pulak nak berkenalan dengan aku yang tak cantik ni?"
"Poyo. Aku tanya elok-elok kan."
"Aku Ummu. Kau?"
"Aku Taqimi."
Ummu tergelak lagi.
"Nama jambu. Muka tak jambu. Kah kah kah." (puas hati aku dapat gelakkan dia)
Taqimi mencerun mata. Melirik tajam melihat Ummu yang berjerawat sampai atas dahi. Dari hujung matanya, gadis itu memang tiada istimewanya. Biasa saja.
Dikeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Rokok Dunhill Red pek 20.
"Aku tak suka la orang hisap rokok dekat aku. Aku nak blah. Patutnya bila kau cakap dengan orang, tambah-tambah lagi bukan orang yang rapat dengan kau, kau hormatlah sikit."
Ummu buat muka menyampah.
"Okay-okay, tak." (banyak songeh minah ni)
Taqimi mematikan niatnya.
"Rumah kau kat mana?"
"Flat hujung sana. Tak jauh dah. Kau?"
"Aku flat sebelah. Menyewa sini. Aku kerja kilang dekat-dekat sini."
Tanpa perasan, mereka berjalan bersama-sama di sepanjang jalan itu. Sehinggalah sampai suatu simpang yang memisahkan haluan masing-masing.
"Harap tak jumpa kau lagilah."
"Aku pun harapnya begitulah. Siap solat hajat lagi malam ni supaya tak lagi jumpa kau. Harap next time, aku terserempak dengan awek cun tak macam kau."
"Hah, harap aku dirempuh balak hensem tak macam kau! Pui!"
Ummu berpaling dari lelaki itu. Berjalan balik.
"Woi! Nanti!"
Ummu menoleh ke arah lelaki tu. Buat muka tersipu-sipu.
"Apesal? Nak nombor fon aku ah tu!"
"Senget. Tengok tu!"
Tudingan jari lelaki itu menunjuk ke arah flat tempat tinggal Ummu. Asap hitam keluar berkepul-kepul dari celahan bangunan.
Makin melebat kepulannya.
***
Bersambung...
YOU ARE READING
Aku Hodoh. Kau Hodoh.
Short StoryDalam novel cinta semua watak rupa nan indah belaka. Kau ingat kita dah di Syurga?