Ummu melangkah lesu.
Hari-hari berlalu tanpa seorang yang bernama ayah di sisi buat hidup bagai tiada erti. Biarpun ayahnya tidak boleh bekerja, tidak jana sebarang pendapatan, malahan menjadi suatu liabiliti kepadanya, dia tak kisah. Bukan harta dan wang ringgit atau keselesaan hidup yang didambakan seorang anak.Kasih sayang seorang ayah dan ibu, itu yang tertinggi di sanubari. Ayah yang boleh meneman sepi. Ayah yang boleh mendengar luahan hati. Biarpun dibalas dengan bebelan atau leteran, itulah respon terjujur tulus hati. Tidak perlu menjaga hati anak-anaknya demi menyatakan sebuah kebenaran yang dirasakan patut atau tidak sepatutnya anak kesayangan ambil sesuatu jalan itu.
"Ayah, Ummu datang ni."
Tiada jawapan dari sebuah perkuburan sepi. Masih lembut tanahnya.
"Ayah apa khabar?"
Sendu.
"Ayah tahu tak.. hari-hari balik dari kelas..tengok kerusi roda ayah dalam rumah..."
Titis-titis air mata mulai merembes. Membantutkan kata.
"...seolah terasa ayah sambut seperti selalunya...'lewat balik?' 'Ummu dah makan?' 'hujan, kenapa tak bawa payung?' .."
"Ayah jangan risau..Ummu kurus sikit bukan tak nak makan. Selera berkurangan. Bulan depan, dah masuk study week. Selalu, sebelum exam, Ummu akan salam tangan ayah. Minta ayah doakan dalam sujud ayah. Tapi, sekarang, Ummu nak salam tangan siapa, ayah?
Ummu nak suruh siapa doakan Ummu?
Ummu nak minta restu siapa?
Ummu nak kongsi result Ummu dengan siapa? Siapa lagi yang gembira dengan keputusan peperiksaan Ummu, siapa lagi yang akan berleter bila keputusan Ummu rendah?Siapa lagi nak bebel pada Ummu, suruh solat, solat, dan solat?"
Air mata makin laju menuruni pipinya yang bergerutu dan berlubang-lubang kecil bekas parut jerawat.
"Ayah....."
"Ayah........"
"Ayah..........."
"Ayah...Ummu tak kuat. Tak kuat..."
Gadis itu terduduk. Melutut pada tanah kubur arwah ayahnya. Berkali-kali dia menyatakan maafnya.
Hilanglah sudah tangan yang selalu menyambut huluran tangannya sedari kecil. Yang selalu mengucup pipi dan dahinya dengan penuh kasih. Permata bergemerlapan dunia miliknya kini malap. Padam dari langit. Namun, tidak pernah padam dari sudut hatinya yang paling dalam.
Mahu saja gadis itu laungkan pada dunia. Hargailah seorang ayah. Meski buruk, meski hodoh, meski tidak gah dengan apa status atau punya harta benda sekalipun, hargailah.
Langkahnya longlai keluar dari tapak perkuburan.
Segalanya tawar.
Hambar tiada rasa.
***
"Hei, kejap!"
Seorang lelaki berlari keanak-anakkan ke arahnya. Dia cam sangat. Taqimi. Pemuda yang dah bersusah payah selamatkan nyawanya dan ayahnya.
"Kau okay?"
Gadis itu senyum tawar. Lelaki yang berperut ke depan sikit itu melangkah bersama-samanya. Seiringan. Tanpa perlu diterangkan, jejaka itu cukup memahami, kesedihan yang terpapar pada wajah Ummu. Jelas sangat. Dengan eyebags cukup perisa panda-nya. Kulit kusam tak sekata.
"Aku baru balik kerja ni. Aku belanja kau makan KFC nak?"
Taqimi beriya-iya, niatnya untuk menggembirakan Ummu. (Weh, acceptlah offer aku! acceptlah!)
"Tapi, aku tak habis kemas lagi dalam rumah. Banyak barang kena buang. Hampir kesemua barang terbakar. Total lost."
Ummu mengelak. Sebenarnya, dia tak ada mood.
"Aku tolong kau nak tak?"
Taqimi senyum lebar. Menampakkan giginya yang kurang tersusun. Ada rongak sedikit. Namun, senyumannya tetap manis. Bibirnya sedikit gelap. Mungkin kesan dari ketagihan rokok.
Gadis itu tidak menjawab. Langkahnya diteruskan. Meninggalkan jejaka itu di belakang. Terus saja ke flat tempat tinggalnya. Flatnya masih tidak terurus. Kesan kebakaran masih melata terlihat pada dinding-dinding. Ada kesan retak yang nyata hasil nyalaan padu tempoh hari. Penghuninya ada yang sudah berpindah ke tempat lain untuk sementara waktu. Namun, Ummu masih enggan berganjak. Lagipun, dia tak tahu ke mana arah hendak dituju. Bila segala kenangan bersama ayahnya ada di situ.
***
Pukul 9.00 malam. Ummu bersandar di pintu rumahnya. Ambil angin. Kipas di dalam masih rosak. Tuan rumah kata juruletrik akan datang sehari dua lagi untuk baiki wiring. Semua sudah diinsurankan. Nasib baiklah. Walaupun duit insuran belum dapat sekarang, tapi katanya lulus. Sebab kebakaran terhasil dari lintar pintas. Bukan kebakaran yang disengajakan. Dua tiga bulan lagi, dapatlah tu duit insurans.
Dia terdengar tapak kaki seseorang menaiki tangga mendekati tingkat flat rumahnya.
Seorang lelaki. Dicapainya suratkhabar lama berhampiran. Dilapiknya di luar rumah. Di bawah lampu yang menyala. Dihidangkan sesuatu yang dibawanya khas untuk gadis itu.
"Aku tahu kau sedih. Kau tak selera. Tapi, perut kau tu ada perasaan juga. Kena makan."
Tiga bungkusan; KFC, satey, nasi air (bubur nasi).
Dua lagi bungkusan; Coklat bar dan kek Secret Recipe.
Ummu melihat Taqimi dengan pandangan seribu pertanyaan.
"Semua ini untuk aku ke?"
"Ha ha. Banyaklah semuanya untuk kau. Kau pilih satu, dua saja sudah. Selebihnya, aku habiskan!"
"Tapi, coklat dan kek tu, memang untuk kau."
Jejaka itu memandang tepat ke dalam matanya. Jejaka berkulit gelap tinggi lampai itu bersila di hadapannya. Berkelah di depan pintu rumahnya.
"Kau nak mengurat aku ke ni?"
Taqimi tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Jangan nak perasan! Makan!" (hei minah ni sempat dia menguji aku?!"
Taqimi kemerahan telinganya menahan malu entah kenapa entah. Namun, dia gembira melihat Ummu menyentuh ayam goreng dan nasi yang dibawanya. Mulai mengalas perutnya.
Sweet juga jejaka tak kacak ni.
Siapa kata hanya yang berupa saja layak punya rasa?
Bersambung...
Karya: Muhammad Rusydi
YOU ARE READING
Aku Hodoh. Kau Hodoh.
Historia CortaDalam novel cinta semua watak rupa nan indah belaka. Kau ingat kita dah di Syurga?