Seminggu berlalu.
Saban hari, Taqimi menanti Ummu di persimpangan jalan berdekatan rumah flat gadis itu. Gadis itu tidak lagi sekasar dulu padanya. Kalau minggu lepas, mukanya masam, berkerut kening melihat jejaka itu.
Kini tidak lagi. Segalanya beransur ada perubahan.
Ternyata, Ummu sedikit demi sedikit membuka pintu hatinya untuk lelaki itu. Bukan kerana dia cinta. Tapi, dari sinar matanya, tampak nur keikhlasan dan kesungguhan untuk menyunting dirinya.
"Macam mana exam hari ini? Okay tak?"
Jejaka boroi berkulit gelap itu tersenyum menampakkan barisan giginya yang tidak berapa teratur. Karang gigi hasil dari tabiat merokok yang sudah lama sebati. Bibir tak perlu cerita memang hitam kusam.
Ummu senyum. Menunjukkan isyarat semuanya lancar.
"Kau dah habis kerja ke ni?"
"Aku ambil shift malam sekarang ni. Sebab, kalau aku ambil siang punya, aku tak dapatlah jumpa gadis idaman hati aku ni ha."
Ummu tersipu-sipu menahan rasa malu. Maklumlah, kali pertama dia menceburkan diri ke alam menuju pembinaan masjid ni.
"Ada tiga paper lagi. Pastu, habislah." Ummu memberi maklum. Sengaja.
"Wah, lepas tu, aku boleh masuk meminanglah kan, kan, kan?" Bebola matanya galak. Melarikan lirikan mata ke langit senja. Taqimi itu sendiri merasa segan. Meski hatinya berbunga setaman.
Ummu senyum saja melihat gelagat bakal orang yang nak hidup dengannya.
"Kau tahu tak, pertama kali aku rasa begini."
Taqimi memandang wajah Ummu yang berparut jerawat di pipi. Berkerut kening.
"Rasa apa?"
"Rasa gembira dalam hati.
Dan hari ini, pertama kali aku rasa boleh happy sikit selepas pemergian ayah aku."
Ummu memandang Taqimi pula.
"Aku janji akan jadikan kau isteri..."
Ummu hanya tersenyum manis. Semanis yang boleh meski tidaklah semanis artis-artis dan model-model muslimah. Harapan mulai terbentuk dalam benak hatinya. Dia cuma manusia biasa. Mudah berharap.
"Tapi, kalau kau ada pilihan yang lebih baik, kau dahulukan dirinya. Sebab, prinsip aku, aku tak nak jadi pilihan kedua atau pilihan pertama. Kalau seseorang tu nak serius dengan aku, dia tuju hanya satu destinasi. Satu arah. Bukannya ke persimpangan yang banyak cabang.
Kau faham kan?"
Jejaka itu berdiri tegak di hadapan gadis yang sedikit rendah dari dirinya itu. Tabik hormat kepadanya.
"Menjunjung perintah, tuan puteri!"
Mereka berdua gelak-gelak kecil, malu-malu. Segalanya terasa indah. Tiada apa pun yang membezakan antara mereka. Tak kira kerja kilang atau rupa tak semenggah. Yang lebih penting adalah rasa di dalam hati.
Dedaunan kering berguguran dengan angin yang berbayu lembut.
Menyaingi senja yang berlabuh.
***
"Masuk!"
Jejaka bernama Mustaqimi itu melangkah ke dalam pejabat dengan muka berang. Menghempaskan sesuatu di atas meja.
"Ni apa benda ni?!"
Suaranya meninggi.
"Kenapa? Apa yang tak kena dengan notis pertukaran tu? Biasa saja ni. Awak dikehendaki di bahagian lain. Bahagian pemprosesan selatan memerlukan ramai pekerja, di kilang sekunder kita. Mulai sekarang, awak tak perlu lagi ke kilang utama. Kilang sekunder ini fully dijaga oleh saya. Depan mata saya. Dari pejabat saya ni, boleh tengok semua pekerja sama ada buat kerja atau merewang semata."
YOU ARE READING
Aku Hodoh. Kau Hodoh.
Short StoryDalam novel cinta semua watak rupa nan indah belaka. Kau ingat kita dah di Syurga?