#4 Hilang

1.4K 52 10
                                    

Kisah benar junjeonnim
Ty hbeskn hmpir 30min nk taip bnda ni
Saranghae babe ㅡ3ㅡ

.
.
.

2016

Malam tu malam jumaat tak silap, so takde kelas prep. Bergumbiralah lah kami di asrama jawabnya.

Kecuali form 1 dan form 2, sebab diorang ada perjumpaan dengan naqibah. Maklumlah, budak kecik, kena ada pembimbing aka naqib naqibah.

Biasanya tiap-tiap malam ada bacaan al-mulk oleh pelajar lelaki yang bertugas. Malam tu dalam kul 10, aku tidur sementara nak tunggu al-mulk yang sepatutnya baca kul 11.

Tidur punya tidur, kawan aku kejut aku bangun untuk baca al-mulk dengan mamainya. Aku ingat masa tu baru kul 11.

Lepas habis baca al-mulk, doa apa semua tu, aku keluar dorm nak pergi tandas untuk cuci muka, gosok gigi etc.

Tapi aku pelik. Kenapa penghuni aspuri macam kalut semacam je? Aku tanya kawan aku yang aku terserempak dalam perjalanan nak pergi tandas tu, apa sebenarnya yang dah jadi?

Silap tanya dia, sebab dia ni jenis penakut sikit. Punya la aku paksa nak suruh dia bukak cerita tu. Akhirnya dia cakap, "Ada budak form 1 hilang."

Tekojot beruk eden masa tu. Aku pon tanya lagi nak tahu lebih lanjut tapi dia takut nak cerita. Then aku tanya kawan aku yang lain yang ada kat situ jugak.

Dia pon ceritalah and masa tu baru ku tahu rupa-rupanya dah kul 1 pagi. Pelajar laki tak bacakan al-mulk sebab entahlah, dah belayar ke alam mimpi kot.

Lepas dah kembali ke alam nyata, aku teruskan perjalanan menuju ke tandas. Then aku nampak sorang kawan aku ni duk jenguk-jenguk ke bawah (dorm kami kat aras 2) dengan muka yang tak dapat aku nak tafsirkan.

Curious, aku join jenguk bawah "Kau tengok ape wehh?"

"Tu.. aku rasa tu lah budak yang hilang tu," dia jawab. Aku pon panjangkan leher tengok bawah aka kawasan belakang aspuri yang dikenali dengan 'kekerasan'nya.

Aku nampak.. sorang budak.. berdiri membelakangi dinding aspuri tu.. dan tertoleh-toleh kiri kanan macam tak tahu nak pergi mana since masa tu skuad mencari dah jumpa dia dan dia dah dikepung.

Dia pon terus duduk sambil tekup muka dan meracau-racau halau orang yang nak datang dekat dengan dia.

Aku sampaikan berita tu kat kawan-kawan yang lain dan bergosip-gosip lah kami. Malam tu, masa semua orang dah tidur, aku dengar kata ustaz masuk aspuri sebab akak-akak yang sentuh budak tu kena histeria.

Aku dengar dua versi cerita macam mana budak tu boleh hilang. Taktau lah yang mana satu betul. Wallahua'lam.

So, moral of the story, bacalah al-mulk.

:)

CUAK?Where stories live. Discover now