Kisah benar online friend aku, Akim
Dia lupa usernme wp dy -,-).
.
.Aku pernah kena sekali.
Katil kat asrama aku ni jenis double decker. Alkisahnya, malam tu aku tertido kat katil bawah, tepi tingkap. Dekat ngan pintu dorm. Bahagian atas kosong. Takde orang.
Lebih kurang pukul 3am aku terbangun.
Masa nak lelapkan mata, tak semena-mena aku dengar bunyi guli dari siling.
Ah sudah..
Ustaz cakap kalau dengar bunyi guli tengah malam buta, memang ada 'benda' yang menumpang sekali.
Aku buat-buat tak peduli dan cuba tido.
Huhuhuuu...
Hareyyyy. Budak mana pulak nangis ni. Aku dah cuak dah.
Aku pandang kawan aku yang duduk katil sebelah. Kebetulan dia pun tak tido lagi masa tu. "Wei Naim hang dengaq dak budak teriak tadi?" Aku tanya.
"Aaa... Aku dengaq gak."
Aku pejam mata. Paksa diri untuk tidur. Dan suara budak menangis tu hilang camtu je.
Kok! Kok! Kok!
Tiba-tiba tingkap sebelah katil aku diketuk. Tapi aku tak berani nak pandang. Harom! Menggigil satu badan aku. Berpeluh bhaii. Nasib baik ketukan tu terhenti sampai situ je. Kalau tak, mahu pengsan aku.
Selang beberapa minit kemudian katil aku tetiba bergoyang. Kimak tul hantu tu.
Kau cuba bayangkan cam ada orang goyangkan katil aku padahal takde pun. Orang lain semua dah tido dah.
Pastu aku tekup muka dengan selimut pastu baca 3Qul ngan ayat Kursi pastu tido. Lantaklah hantu tu. Asal jangan pegang-pegang dah.
Pagi esoknya aku tanya Naim pasal kejadian semalam. Dia cakap takde pape pun jadi kat aku.
Sekarang aku paham kenapa takde orang nak guna katil tu.
...
'Sup mah fellow readers :) this is last update for this week
Author ni pghuni asrama so pls bear wif the slow update naaaa ^.^)7
See ya <3
YOU ARE READING
CUAK?
Horroronly true stories. not quite eerie, not really scary. just enough to make you feel 'CUAK'.