#2 Dewan

2.2K 71 3
                                        

Kisah benar cockysloth
Ty sudi hbeskn 40min 12saat nk taip chapter nih

Lobeu yu ㅡ3ㅡ
Sorreh bnyk edit

.
.
.

2013

That night, ada prep class. Ye, ni cerita budak-budak asrama. Cerita 4 tahun lepas.

Aku dan Iffah (bukan nama sbenar) tengah syok sembang masa tu. Kitorang duduk menghadap. Kelas kami ni kat tingkat tiga, kelas paling hujung. Dan aku ngan Iffah ni dok meja belakang sekali. Boleh bayang tak keseramannya di situ huhuu.

Tepi blok kami ni dewan sekolah. So bila aku dan Iffah saling menghadap ni secara automatiknya dia akan menghadap dewan.

Mula-mula elok lagi dia dok bercerita dengan tangannya pegang pen purple dok melakar atas kertas.

Perghhhh hebat gak ingatan aku ヽ('▽`)/

Masa tu aku perasan gak mata dia ada lari jap tengok bumbung dewan, then tengok aku balik. Then tengok bumbung dewan lagi. Pelik gak tapi aku layan je.

Then Iffah dekatkan muka dia dengan muka aku. Nampak la muka dia cemas gitu. Dia bisik perlahan.

"Weh aku nampak benda atas bumbung dewan."

"Huh? Ape, Fah? Aku tak nampak papepun. Gelap je."

"Ada benda weh. Aku takut."

"Ok chill Fah. Now gitau aku camna rupa benda tu."

"Dia hitam. Berbulu. Besar. Mata merah. Tengah tengok aku now. Wehhhh aku takuttt"

Ah sudahhh...

Iffah dah start nangis. Aku pun dah meremang bulu roma. Gila tak takut. Dahla kitorang baru form 1.

"Weh dia nak terjun dewan tu wehhh. Dia nak datang sini."

"Rilek Fah rilek. Jangan tengok benda tu keyy. Tengok aku je"

Tapi mata Iffah masih tertancap kat bumbung dewan. Peliknya takde sorang pun classmates kitorang perasan keadaan Iffah.

"Wehhh dia ada kat tingkap tu wehhh. Dia makin dekat wehhh. Aku takut!"

Iffah dah tundukkan muka dia ngadap buku. Dengan tangan kanan still pegang pen purple and tangan kiri pegang kertas, dia tenung kertas tu macam nak tembuskan benda alah tu.

Aku dah takut tengok dia tak bergerak. Dahla aku dengan dia je kat belakang ni. Tetiba rasa sejuk semacam. Aku lambai tangan depan muka Iffah and mengejutkan dia tak berkelip pun. Tenung je kertas tu. Aku panggil dia beberapa kali pun dia tak menyahut.

Ok ini menakutkan.

Aku pergi depan kat meja guru. Ada pengawas bertugas. Kak Qilah dan Kak Adleen. Aku inform apa yang jadi sambil mata aku melirik kat Iffah. Still tak bergerak.

Kak Qilah suruh Kak Adleen panggil Kak Tiyah. Kak Tiyah memang pro kalau bab-bab camni. Kak Tiyah datang and pergi kat Iffah. Cakap sikit" and then terus Iffah peluk Kak Tiyah.

Kak Tiyah pujuk Iffah bangun and ikut dia. Bayangkan masa tu baru pukul 10 lebih and prep habis kul 11.

Camna aku nak survive dok belakang sorang do. Maka aku tarikla kerusi ke meja orang lain.

Esoknya, Iffah cerita pasal dia kena rawat oleh abang naqib ensem. ( perghhh jeles siaaa )

Aku tanya dia ingat tak apa yang jadi malam tu dan dia cuma ingat setakat nampak lembaga tu atas bumbung dewan je. Lepas tu dia tak ingat apa-apa dah.

Nampaknya aku sorang jelah yang merana ni. TT

Iffah gitau yang Kak Tiyah ada cerita psl keberhantuan bumbung dewan tu tapi aku malas nak taip hohoho. Lain kali yaa ╮(╯3╰)╭

silalah pollow beta @cockysloth Beta peramah yallss

:)

CUAK?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang