#11 Histeria

997 44 1
                                    

Kisah aspuriku yg trcintaaa
The wicked aspuri
:)

.
.
.

2016


Pernah tak aku cerita pasal ke'keras'an aspuri?

Alkisahnya begini.

Aspuri dan aspura ada 2 blok. Tengah" aspura ada wakaf tempat berteduh. Tengah" aspuri pulak ada taman mini dan pokok".

So aspuri ni teduh la gak sebab adanya pokok" tu. But satu petang lepas balik sekolah, aku nampak kawasan tengah aspuri dah 'botak'. Habis pokok-pokok kena tebang.

Katanya nak bina wakaf sebijik - macam kat aspura.

Dan malam tu jugak ada histeria. Terkejut semua. Sebab last histeria berlaku masa 2014.

Masa tu malam Jumaat. Berderet" junior kena histeria. Maklumlah, dorang tak 'kuat' macam senior" hati kental ni.

Esoknya weekend. Masa program An-Nisa', masa pelajar lelaki semua solat Jumaat, ustazah merangkap warden kitorang kumpulkan semua budak yang 'kena' dengan benda tu kat tengah musolla. Dan yang lain kepung dorang.

Kitorang baca ayatul Kursi.

Lepastu sorang demi sorang rebah. Kena rasuk. Menangis-nangis. Dari Zohor sampai masuk waktu Asar barulah reda.

Dengar kata 'benda' tu marah sebab ganggu 'kawasan' dorang.

Entah bila tengah" aspuri tu jadi 'kawasan' dorang. Wallahua'lam.

Dan sepanjang 5 tahun aku stay asrama ni, 2016 la tahun paling banyak kena histeria. Setiap hujung minggu.

Pandai pulak 'benda' tu timing.

Kan?

CUAK?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang