Ryna's POV
Angin sepoi-sepoi bahasa
menyapa lembut pipiku. Aman
dan damai sungguh rasanya.
Ditambah lagi dengan cahaya
bulan. Indah sungguh ciptaanNya.Tapi Elyn,
Dia okey ke tak? Macam mana boleh jadi macam tu. Dia kan
murid baru, baru sebulan kot
dia sekolah kat situ.Agaknya siapa yang buat tu eh?
Reyny's Highshool ni ramai sangat
orang yang jahanam. Tapi
yang paling jahanam ni tak silap
aku si Mila je. Masalahnya Mila kan
tak datang sekolah tadi. Ntah
kenapa dia tak datang, accident kot. Huish! Apa fikir bukan-bukan
ni nanti jadi macam mana? Tapi
ada baiknya juga kalau betul-betul
jadi, tenang sikit budak-budak
yang lain.Masalah, masalah apasal muncul
waktu-waktu aku tengah happy
hidup dengan Elyn.Hm, aku rasalahkan orang
yang tolak Elyn tadi tu. Mungkin
pelajar baru masuk sebab
sebelum ni takdelah pulak
sampai main tolak kepala and
then terhantuk dekat bucu dinding
tu. Sakit tu woi! Aku pun belum
rasa lagi.Esok aku kena cari tau Iblis mana
yang kacau sahabat aku tu.
Siaplah kau Iblis kalau aku jumpa
kau, aku lenyek kau sepuas hati
sampai jadi macam ikan Ibelis.
Wujud ke ikan tu? Tah lah.Ketawa kecil pula aku jadinya.
Aku ni tak reti jugak takut nak
duduk lama-lama dekat luar ni.
Kot-kot Iblis tu datang dengan kawan-kawan dia yang nama dia
syaitan tu. Terbang-terbang dekat
sini, tak ke nayanye centu. Hui
taknak aku.Aku kerling jam di telefonku.
Amboi awal sangat ni, dah nak
pukul 12 rupanya. Masuk dulu
ah. Good night para syaitan dekat
luar tu, malam ni korang jangan
lewat sangat tidur nanti tak
dapat cari mangsa esok. Jangan
aku jadi mangsa kau sudah.Aku masuk ke dalam bilik semula.
Aku tutup segala langsir dan
lampu sebelum tidur. Kalau di biar
tingkap dan langsir tu terbuka
dah lama aku arwah.End POV
Keesokan paginya Elyn tak
dapat nak pergi sekolah
disebabkan kepalanya yang masih sakit, bagaikan nak meletup rasanya.Pintu dikuak dari luar dan terjengullah kepala Tg. Mai
di situ. Cuma ingin memastikan
keadaan Elyn.'Lena betul Elyn tidur tapi kepalanya mesti masih sakit lagi. Ya Allah, kesian betul dengan
anakku yang satu lagi ni. Baru sebulan bersekolah tapi macam
ni pula jadinya.'Tg. Mai masuk ke dalam bilik
tidur Elyn. Niatnya tadi hanya
ingin melihat keadaan Elyn dari
pintu bilik sahaja tapi kasih
sayangnya terhadap anaknya itu memang tiada bandingan.Tg. Mai berdiri di sebelah katil Elyn dan menatap sayu muka Elyn
yang pucat itu.Tg. Mai cuba untuk menyentuh
dahi Elyn. 'Ya Allah panasnya'.
Tak dapat disangka pulak kelukaan
di kepala Elyn ini sampai boleh
menyebabkan dia demam panas.Tg. Mai segera turun ke dapur untuk mengambil bubur ayam yang dimasaknya sebentar tadi dan kembali dengan dulang yang berisikan semangkuk bubur ayam dan segelas susu.
YOU ARE READING
Tengku AF & Tengku AN
Teen Fiction"Kita kawan sampai kahwin! Janji?" "Ok janji!" 10 Tahun berpisah dan bertemu semula sewaktu mereka meningkat dewasa. Bakal berpisah selama 1 Tahun lagi. Apa 10 Tahun tidak cukup lamakah? Sampai harus berpisah lagi. "I hope you know that I miss you"...