2⃣

697 47 6
                                    

                           ✖✖✖✖✖✖

                        ~ Beautiful ~
                       [ Monsta X ]
                 °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Wonho menggosok² perutnya yang asyik bergendang riang Minta diisi makanan.. lapar betul dia rasa pada saat itu.. niat untuk menjamah makanan di kedai makan tadi terpaksa di batalkan gara² kehadiran kumpulan Red Dragon.

Perlahan² dia bangun dari katil dan menuju ke dapur.. dia berharap adalah makanan untuk dijamah.. paling kurang pun mi segeralah.

Wonho menyelongkar Kabinet di dapur.. nasibnya amat beruntung kerana menjumpai sebungkus ramen segera.. tarikh luput diperiksa, malangnya tarikh luput itu telah tamat.

"Wahai perut.. apalah nasib kau"..

Banggg!!.. Banggg!!..

Kedengaran dua das tembakan dilepaskan dari arah luar rumah tumpangan mereka.. Wonho segera mengeluarkan pistol yang sentiasa disisip dipinggangnya.. dia mengintai ke luar melalui cermin tingkap dapur.

"Wonho.. apa hal ni"?? Ujar Minhyuk dalam keadaan dirinya yang masih mamai.

Lelaki tinggi lampai berkulit putih pucat itu meletakkan jari telunjuk dibibirnya memberi isyarat.. di luar kelihatan kelibat dua orang memakai pakaian serba hitam serta bertopeng.. Wonho menyasarkan tembakannya pada salah seorang daripada mereka.

Banggg!!!..

Salah seorang dari mereka terkena tembakan Wonho.. setelah menyedari kehadiran Wonho dan Minhyuk, seorang lagi musuh telah melarikan diri.. Wonho dan Minhyuk segera mendapatkan pengintip tadi tapi malangnya dia sudah tidak bernyawa lagi kerana terkena tembakan dari Wonho yang telah mengenai tepat ke jantungnya.

"Kenapa ni?.. aku terdengar bunyi tembakan" soal Shownu dengan wajah yang kebingungan.

Wonhoo menunjukkan mayat pengintip tu pada Shownu.. laju saja tangan Shownu memeriksa pergelangan tangan mayat itu untuk memastikan apa yang bermain dibenaknya sekarang ni.. "memang benar ini tattoo red dragon!!!.. dengus Shownu.

"Red Dragon!!!.. marah Shownu lalu dengan laju tangannya menumbuk kuat tanah dihadapannya.. perasaan amarahnya yang amat sangat tak dapat dibendung lagi.

Jooheon menepuk lembut bahu Shownu.. dia cuba menenangkan sahabatnya merangkap ketua unit the Eagle.. semua aggota the Eagle tahu yang Shownu amat membenci kumpulan gangster itu disebabkan sejarah silam yang amat perit.. kerana Red Dragon jugaklah dia telah terpisah dengan orang-orang yang dia sayangi.

                        ************
Skip
°
°
°
°
Wonho, Jooheon dan Minhyuk berjogging sambil menghirup udara pagi di tepi pantai manakala I.M dan Kihyun masih berada di rumah sedang bermalas-malasan di atas katil.. mentang-mentang ketua mereka Shownu takde di situ dengan seenaknya mereka berdua menyambung tidur.

Shownu dan Hyunwoo telah keluar dari rumah awal-awal pagi lagi.. mereka pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan mengenai kes kematian ahli kumpulan Red Dragon.

                       ************

Wonho dan Minhyuk sedang sibuk menyediakan sarapan pagi buat mereka semua.. selepas jogging tadi mereka sempat menyinggah di sebuah kedai runcit dan membeli sedikit bahan² untuk dimasak.. Minhyuk memang pakar dalam acara masak, Wonho hanya membantu mana yang patut.
°
°
°
Kedengaran bunyi pintu dibuka dari arah luar bilik Kihyun.. terjengil biji mata Jooheon melihat Kihyun masih terbaring di bawah selimut tebal itu.. dia merasa geram dengan kawannya yang satu ini.. Jooheon menarik selimut itu lalu yang terdapat di bawah selimut tebal itu hanyalah timbunan banta-bantal.. dia menjadi hairan.

Dangerous Love [18++]Where stories live. Discover now