7⃣

479 39 13
                                    

                        " If You Do "
                         ~ [ GOT7 ] ~
                _____________________

Hujan mula turun membasahi kawasan tanah perkuburan.. pengebumian Wonho dijalankan dengan sempurna tadi. Saudara dan sahabat² mendiang Wonho mula meninggalkan tanah perkuburan kecuali unit The Eagle dan adik perempuan Wonho yang masih tetap berada disitu. Adik perempuan Wonho baru tiba dari Hong Kong setelah dia mendapat tahu yang abang kesayangannya meninggal.

Shin Woomi, 23 tahun masih belajar dalam bidang seni.. dan sekarang dia terpaksa berhenti belajar dan menetap di tanah airnya Korea. Setelah ketiadaan abangnya ini dia akan mula hidup berdikari untuk menyara hidupnya sendiri kerana sebelum ini segala tanggungan ditampung oleh Wonho abangnya sendiri.. setelah kematian kedua² ibubapa mereka 5 tahun lalu akibat kebakaran, hanya Wonho menjadi tempat Woomi bergantung harap dan setiap bulan Wonho akan mengirimkan duit pada adiknya untuk perbelanjaannya disana..

Shownu, Minhyuk, Kihyun, I.M, Jooheon dan Hyunwoo masih lagi kekal berdiri disitu, mereka tidak bergerak setapak pun.. hujan sudah membasahi mereka.. sepertimana airmata Shownu yang membasahi pipinya.. kehilangan seorang sahabat seperti Wonho amat mendukacitakan.. dia dan Wonho seperti adik-beradik​ kembar yang tak dapat dipisahkan.. kehilangan Wonho membuat luka lamanya kembali berdarah sepertimana dia kehilangan kedua² ibubapanya serta adik perempuannya yang diculik beberapa tahun lalu.

"Maafkan aku Wonho.. kalau aku awal sikit, kau mungkin takkan pergi" Shownu meletakkan bunga rose diatas pusara Wonho.. Kihyun, Minhyuk, I.M, Jooheon dan Hyunwoo turut melakukan perkara yang sama.

"Wonho.. lepas ni takdelah orang nak merungut dekat aku lapar setiap malam.. nak tidur sekatil dengan aku.. jerit dekat aku pagi².." Jooheon mengesat airmatanya.. Wonho memang rapat juga dengan Jooheon selain Shownu.

Seperti biasa Kihyun akan menenangkan kawan-kawannya.. airmatanya yang ditahan mengalir jua.. hujan yang lebat bagaikan mengerti kesedihan hati enam sahabat itu.

"Aku akan balas dendam untuk kau Wonho.. jika itu yang Goh Ahn mahukan.. aku pasti akan tunaikan. Hutang nyawa dibayar nyawa" Shownu bangun meninggalkan kawan-kawannya dengan wajahnya yang kemerahan.

Unit The Eagle sudah beransur pergi.. Woomi masih lagi berdiri dihadapan pusara abangnya.. cuma Kihyun yang masih setia menemani gadis genit itu, dia cuba mendekat Woomi lalu bahu kecil gadis itu dipegang dengan tangan kanannya.. Woomi yang merasa seperti ada yang menyentuhnya cuba berpaling, wajah mulusnya sudah dibasahi dengan airmata tanpa henti.. kini dia berasa lemah tak bermaya.. entah kenapa kepalanya seakan-akan berat seperti mahu rebah.. mujurlah Kihyun yang perasan dengan keadaan itu cepat² menangkap tubuh kecil itu ke dalam pelukannya, dia menampar perlahan wajah Woomi tapi tiada respon.

Kihyun mengambil keputusan untuk mengangkat tubuh kecil Woomi ke tempat letak kereta.. unit The Eagle yang sedari tadi menunggu Kihyun terkejut apabila melihat sahabatnya sedang mengangkat tubuh Woomi, dengan pantas Hyunwoo membukakan pintu kereta tempat duduk penumpang bahagian belakang, Kihyun membaringkan tubuh Woomi dengan perlahan di seat belakang dan dia turut serta masuk ke dalam kereta lalu meriba kepala gadis itu diatas pahanya.

"Apa yang berlaku ni Kihyun" soal Jooheon yang berada sekali di dalam kereta itu.. Minhyuk dan I.M sudah pulang terlebih dahulu dengan kereta yang dipandu Shownu.

"Entahlah.. tadi masa aku nak tenangkan dia, tiba² je dia jatuh pengsan.. aku terus je angkat dia kat sini.. aku rasa lebih baik kita bawak dia balik kat apartment kita dulu.. macam mana?.." Kihyun bertanya pada dua lagi sahabatnya.

"Okay jugak tu.. lagipun dia baru je sampai kat Korea kan.. sekarang mesti dia sedang sewa hotel je.. kita tumpangkan dia kat apartment kita je sehingga dia sedar, lagipun dia ni kan darah daging Wonho" ujar Hyunwoo yang masih tekun memandu keretanya menuju ke apartment mereka di Seoul.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Di dapur kedengaran orang sedang memasak.. ternyata itu adalah Jihyo yang sedang sibuk menyediakan makan malam.. dia tidak dapat ikut ke pengebumian Wonho kerana terpaksa menjaga adiknya Ga Reum yang masih lagi belum pulih sepenuhnya.. Ga Reum dibenarkan pulang kerana kecederaan yang dialaminya sudah beransur baik cuma dia perlu banyak berehat, mujurlah takde apa² kecederaan serius yang berlaku padanya.

Dangerous Love [18++]Where stories live. Discover now