6 bulan kemudian......
"Macam mana keadaan dia? Masih sama ke?" Kedengaran suara di hujung talian inginkan kepastian.
"Ya, dia masih tak boleh nak terima keadaan disini. Setiap hari dia asyik termenung dan menyebut nyebut nama 'unnie'. Sampaikan semua kawan kawannya pinggirkan dirinya" ujar seorang wanita dihujung talian memberi jawaban pada persoalan gadis tadi.
"Takpe, bulan depan saya akan kesana. Saya harap Auntie tolong jagakan dia untuk saya sebab kerja saya hampir selesai" ujar gadis itu pada pengasuh asrama Xiang di Gongzhou, China.
"Baiklah Cik Jihyo, janganlah Cik risau pasal tu. Saya akan sentiasa pantau keadaan dia dekat sini" ujar wanita itu lagi pada gadis yang masih ditalian sebelum panggilannya diputuskan.
.......
Keluhan kecil terbit dari bibirnya. "Maafkan Unnie sayang, Unnie terpaksa hantar kamu jauh dari Korea kerana kerja Unnie masih belum selesai" Ga Reum telah dihantar ke China selepas peristiwa dia hilang diculik, Ga Reum telah dikembalikan dengan selamat tanpa ada kesan luka.
Yang menjadi persoalan gadis itu siapakah yang menjadi dalang semua ni. Kenapa dia menculik Ga Reum, selepas itu mengembalikannya semula. Apakah motif penculik tu sebenarnya? .
Tapi semua itu dah tak penting lagi melainkan keselamatan adiknya. Sebab tu dia telah menghantar jauh adiknya dari Korea supaya orang orang itu tidak akan mengapa apakan adiknya lagi.
"Unnie janji lepas semua ni dah selesai kita pasti hidup bersama sama macam dulu lagi" dipegang erat bingkai gambar keluarganya. Ibu, ayah, dia serta adiknya yang masih dalam kandungan ibunya.
Gambar itu diambil semasa umurnya 19 tahun sebelum ibubapanya meninggal akibat terbunuh dalam kemalangan jalanraya tidak lama dahulu. Ga Reum sempat diselamatkan melalui pembedahan yang dijalankan sebelum ibunya meninggal.
•••••
Jaket kulit hitam disarung kemas ditubuh kecilnya. Tidak lupa juga topi serta mask bewarna hitam turut dipakai agar dirinya tidak diketahui oleh sesiapa. Semua persiapan seperti sniper M16 telah disediakan. Hanya tunggu untuk mengenakan mangsa sahaja. Dia menuju ke ruang yang telah ditetapkan untuk mengenakan sasaran. Tubuhnya direndahkan sedikit untuk menyamai posisi sniper miliknya.
"Kau tunggulah- aku akan hancurkan kau, dah lama aku nak kau tumpas ditangan aku ni" bisik hatinya, senyuman sinis terukir dibibir mungilnya.
"Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya" dia sudah siap untuk memburu mangsanya.
Hari yang ditunggu telah tiba.. hari penentu untuk dia langsaikan segala dendamnya. sebagai seorang yang professional dia tidak kekok dengan keadaan itu walaupun hatinya ada sedikit rasa kasih yang mula bercambah tapi peranannya sebagai seorang yang terlatih dia terpaksa tepis segalanya meskipun nyawa yang bakal diambil nanti adalah orang yang dia cintai.
Ya, dia akui yang hatinya mulai merasakan perasaan yang aneh semasa lelaki itu masuk ke dalam biliknya pada malam itu.
•••••
Pasukan unit Interpol The Eagle sudah bersedia dengan senjata masing masing Shownu selaku ketua kumpulan itu mengerahkan anak buahnya supaya berhati hati dengan misi kali ini kerana adalah melibatkan kes sindiket perdagangan manusia.
Mereka semua telah bersedia di tempat yang telah ditetapkan. Kelihatan seorang wanita berpakaian lengkap serba hitam sedang memasuki kawasan villa yang terletak di pulau itu.. Shownu tidak dapat melihat wanita itu dengan jelas kerana dia memakai topi, itu menyukarkan dia untuk melihat penjenayah yang difikirkan adalah orang terpenting dalam ops jenayah pelacuran ini.
Shownu, Kihyun dan Jooheon sudah berada di kawasan belakang villa.. manakala yang lainnya masih diposisi masing masing.. mereka hanya menunggu arahan dari ketuanya sahaja apabila disuruh bertindak.
.....
XXX ::
Aku nak jumpa kau sekarang, kau kat mana? Tolong hentikan niat untuk membunuh dia. Aku dah tahu apa rancangan kau sebenarnya. Aku tak mahu kau terlibat dalam masalah ni lagi. Jumpa kat tempat biasa.
....."Huh!! tak guna!! gagal semua rancangan aku. Kenapa time time macam ni orang tua ni nak ubah plan pulak, bukan ke dia yang beria ria nak suruh aku bunuh lelaki tu" gadis itu menyimpan kembali sniper M16 miliknya ke dalam beg khas setelah mendapat mesej dari ketuanya. Lantas dia meninggalkan kawasan itu dengan segera agar tidak diketahui sesiapa.
Dia tidak habis fikir kenapa ketua dia sanggup hentikan plan yang telah mereka rancang sekian lama. Dia ingin sangat tahu apa yang ketuanya telah rancang pulak lepas ni. Pemanduannya dipercepatkan agar sampai ke tempat yang ingin dituju.
.....
"Boss. Semua perempuan ni adalah stock baru. Macam mana? okay tak? Mereka semua masih belasan tahun" salah satu dari anak buahnya memberitahu kepada wanita yang dipanggil boss itu.
"Okay. Cantik. Aku nak kau siapkan semua perempuan ni kerana sebentar lagi akan ada orang yang nak beli mereka. Aku tak nak ada yang lari atau korang semua akan terima akibatnya. Faham!!" Tengking wanita itu dengan tangannya membelek belek wajah gadis gadis muda yang akan menjadi mangsa pelacuran itu nanti.
"And one more thing, aku tak nak dia tahu pasal ni.. kau faham tu.. kalau dia dapat tahu, siaplah kau akan aku kerjakan" wanita yang dikenali sebagai boss itu memberi amaran pada anak buahnya agar merahsiakan sindiket haramnya dari pengetahuan suaminya, kerana selama ni telah merancang dari awal untuk mempergunakan suaminya sebagai perisai untuk dia melancarkan segalanya.
....................TBC.....
SORRY KALAU PART NI TAK BERAPA PANJANG N BEST. WAITING NEXT CHAPTER. ✌😉
YOU ARE READING
Dangerous Love [18++]
AksiMengisahkan Pola kehidupan sebenar. Antara dendam, cinta, kekeluargaan..... Kisah hidup yang amat perit untuk dijelaskan melalui kata-kata. Terlalu sakit bila terkenangkan kisah silam yang menghantuinya. Dia berjuang demi negara dan dalam masa yang...