♣♣♣♣♣
~ Craying in the club ~
[Camila Cabello]
________________________"Bagus!!.. nampaknya rancangan aku berjalan dengan lancar.. hanya sedikit masa lagi aku akan berjaya untuk menghancurkan keturunan kau Eun Chae. Aku nak seluruh darah daging kau merasa betapa sakitnya penderitaan yang telah kau dan Hyunsik tanamkan dalam diri aku ni.." puntung rokok yang hampir separuh itu masih melekap dibibir tuanya.
Go Ahn ketawa sinis memandang foto² yang berada diatas meja kecil berhadapan dengannya.. Sebahagian foto lagi masih tersisip kemas dalam kotak sederhana besar bewarna hitam yang tidak pernah berusik sehingga ke hari ini.. dia mengambil sekeping foto itu, ditatapnya penuh kasih.
Dia masih ingat lagi ikrar janji yang telah dilafaskan mereka berdua pada suatu masa dulu.. Go Ahn dan Eun Chae pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum dia berkahwin dengan Hyunsik.. tak lama kemudian, Eun Chae dikahwinkan dengan Hyunsik atas dasar pilihan keluarga. Hyunsik adalah seorang ahli perniagaan berjaya manakala Go Ahn pula pada waktu itu hanya seorang pekerja biasa di sebuah Firma guaman.
Daripada situlah cinta dia terputus ditengah jalan.. dengan perkara itu membuatkan dirinya menyimpan dendam terhadap pasangan kekasihnya.. kali ini dia boleh tersenyum bangga kerana hampir 90% rancangannya bakal menjadi.
Ketika mahu bangun dari sofa dia terlanggar kotak hitam itu sehinggakan semua barang yang berada dalam kotak tadi bersepah di atas lantai.. Go Ahn cuba mengutip kembali barang² yang terjatuh tadi, kemudian matanya tertancap pada sebuah sampul surat bewarna putih.. dengan perlahan dia menarik isi surat yang berada ditangannya.
Dengan penuh teliti dia membaca isi kandungan surat itu.. dia sudah berasa tidak sedap hati dengan apa yang barusan dia baca.. dia melihat ada sekeping gambar yang masih berada dalam sampul.. ditarik keluar gambar itu, ini membuatkan dia tertanya² dengan keadaan sebenarnya.
"Maafkan aku Eun Chae.. maafkan aku-- aku telah berdosa pada kau.. aku akan menebus kembali kesalahan yang telah aku lakukan pada kau sayang.." airmatanya kini tidak dapat dibendung lagi setelah dia mengetahui perkara sebenarnya.. Go Ahn menangis meratapi apa yang dia telah lakukan pada orang yang dia sayangi.. kakinya menjadi lemah lalu dia jatuh terduduk diatas lantai.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~ United kingdom ~Seorang gadis berambut perang paras bahu sedang duduk sambil kedua tapak tangannya digenggam kemas, matanya sayu memandang kehadapan.. dia berdoa kepada Tuhan agar hidupnya boleh bahagia sepertimana dahulu.. kini airmatanya tidak dapat ditahan lagi dari mengalir keluar.. dia sudah tidak tahan menanggung seksa setiap hari.
Perlahan dia melangkah keluar dari gereja Wales.. dia menuju ke tempat keretanya diparkir.. kemudian, Kereta range rover silver miliknya meluncur laju meninggalkan kawasan gereja.
.
.
.
.
.
.
.
.
Deruman enjin Kereta telah mengejutkan Kris dari lenanya.. dia bangun dari sofa lantas melangkah ke pintu utama.. belum sempat Gal masuk ke rumah, wajah suaminya sudah terpacul dipintu."Kau pergi mana!!?.."
"Saya keluar sekejap.. bila awak balik?.." terketar² suara Gal menjelaskan keadaan sebenar pada suaminya.
"Kau jangan nak bohong dengan aku.. aku tau la kau keluar cari jantan kan!!?.. kau tak payah nak bermuka-muka dengan aku lagi.." rambut isterinya ditarik kasar supaya mengikutnya masuk ke dalam rumah.
"Awak-- tolonglah.. lepaskan.. Aaa--sakit.." Gal merayu pada Kris supaya melepaskan genggaman kasar pada rambutnya.. tanpa belas kasihan lelaki itu menolak isterinya sehinggakan jatuh ke atas lantai banglo dua tingkat itu.
Dia memaki hamun diri isterinya tanpa belas kasihan.
Gal merasakan nyeri pada bahagian perutnya, dia cuba untuk bangun tapi tidak berjaya.. tidak cukup dengan itu.. dia diseksa dengan teruk.. Kris menanggalkan tali pinggang yang dipakainya lantas dia melibaskan objek itu pada tubuh isterinya.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia merasakan pedih diseluruh aggota tubuhnya.. bibirnya yang pecah akibat ditampar bertubi² oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan itu.. lelaki yang dianggap suaminya itu telah melayan dirinya tidak ubah seperti anjing kurap.. bukan setakat mendera zahirnya malah batinnya juga diseksa tanpa mengira waktu.Gal merasakan dirinya tidak ada apa² makna lagi dalam hidup Kris setelah hampir 2 tahun mereka berkahwin.. abangnya telah menyerahkan adiknya pada Kris kerana ingin menyelesaikan hutang²nya pada lelaki muda itu. Dia telah menggantikan diri Gal bagi melunaskan segala hutangnya.
Selesai mandi, Gal menghadapkan dirinya dihadapan cermin.. dia melihat dirinya pada biasan cermin kamar mandi itu, dirasakan dirinya tidak seperti Gal yang dulu.. kini tubuhnya makin kurus.. mukanya makin cengkung seperti orang kekurangan vitamin.
Sebak di hati makin terasa tatkala mengenangkan nasib dirinya.. kenangan lama bermain² difikirannya.. dia yang dulu sangat bahagia bersama kekasih pilihannya Shownu tapi cintanya terhalang dek angkara abangnya.. lama.. lamunannya terhenti, dia segera menangkis segala kenangan lalu dari membayangi dirinya.
Gal melangkah keluar dari kamar mandi dengan hanya memakai tuala paras paha.. dia sudah selesai mandi.. dia melihat kelibat suaminya yang masih duduk di birai katil sambil memerhatikan dirinya dari biasan cermin meja solek.
"Kau mari sini kejap".. Kris memanggil isterinya dengan nada yang lembut..
Gal masih berdiri statik ditempatnya kerana takut dengan perilaku suaminya.
"Hey!!.. kau dah pekak ke aku panggil kau.. atau kau pura² buat tak tahu.. jangan sampai aku heret kau nanti".. ugutan Kris membuatkan Gal berasa takut lantas dengan segera kakinya melangkah cepat ke arah lelaki itu.
Kris mengusap lembut pipi isterinya.. dengan perlahan tangannya merayap kesegenap tubuh Gal.. isterinya cuba menepis tapi apakan daya.. kudrat Kris lagi kuat berbandingnya.. tubuh Gal ditolak kasar diatas katil, Gal cuba merayu supaya berhenti tapi Kris mengendahkan.. lelaki itu makin kasar sehinggakan diri Gal tidak berdaya ingin menolak.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. ♥♥♥ To continue♥♥♥# maaf sebab lambat update.. harap korang enjoy dengan ff ni..
YOU ARE READING
Dangerous Love [18++]
ActionMengisahkan Pola kehidupan sebenar. Antara dendam, cinta, kekeluargaan..... Kisah hidup yang amat perit untuk dijelaskan melalui kata-kata. Terlalu sakit bila terkenangkan kisah silam yang menghantuinya. Dia berjuang demi negara dan dalam masa yang...