-7-

1.3K 74 1
                                    

"Tak semua benda yang kita dapat akan jadi hak kita selamanya"

*Asyallie lawa gila😍*

Beg tangan yang terletak di meja di biliknya itu diambil lalu dibimbit.

Dia memandang dirinya yang dipantulkan oleh cermin di meja soleknya. Usai menilik dirinya, dia segera keluar dari bilik untuk pergi ke cafe miliknya.

Baru sahaja kakinya mahu melangkah keluar, seorang wanita memintasinya.

"Baru balik, makcik?" Nadya berkata.

Aina hanya tersengih macam kerang busuk.

"Haah. Sorry aku tak balik malam tadi. Mesti kau takutkan kat rumah seseorang? Haha." Aina ketawa terkekek.

Nadya menjeling.

"Mana ada. Kau ingat aku penakut ke ha? Wait. Kau dari mana?" Nadya mengangkat keningnya.

Hairan juga dia melihat Aina yang yang baru sahaja pulang ke rumah ini.

Tak kan kerja sampai tak leh balik?

Aina tersengih lagi. Dia menggaru kepalanya.

Apa aku nak kelentong ni?

"Aku baru balik kerja lah. Eh, ni dah pukul 8.30 a.m. kau tak pergi cafe ke?" Aina cuba ubah topik.

Tolonglah jangan ulang soalan kau, Nadya.

"Eh. Haah. Okay,lah. Aku gerak dulu. Nasi lemak ada kat dapur. Kalau lapar, kau makan lah eh. Ok, bye. Jaga rumah." sempat lagi Nadya membebel sebelum masuk ke dalam kereta Honda City miliknya.

Aina hanya menggelengkan kepalanya sebelum menutup pintu rumah itu.

'Suka sangat membebel makcik ni.' kata hatinya.

~~~

Nadya segera membuka pintu cafenya yang tersergam cantik itu.

'QaiRi Cafe' itu adalah cafe milik Nadya.

Cafe itu didirikan dua tahun lalu selepas Nadya mula rapat dengan Irfan.

Irfan yang paling banyak membantunya dalam mengubah sebuah bangunan yang hampir dirobohkan menjadi sebuah cafe yang tersangat gah dan kelihatan mewah.

Dan nama cafe itu diambil gabungan nama akhir milik mereka berdua.

Qaisara dan Fakhri.

"Bos!" seorang gadis memakai baju lengkap berlengan panjang berwarna hitam bersama apron dan rambutnya diikat dan dimasukkan ke dalam topi itu menyapa Nadya.

Nadya tersenyum.

"Waalaikumsalam, Raisya." perli Nadya.

Raisya mencebik.

"Hehhe. Assalamualaikum, bos. Bos apa khabar? Sihat? Bila nak kahwin?"

Ramah Raisya bertanya.

Walaupun Raisya ini agak kasar, tetapi dia sangat menjaga kelakuannya di tempat kerja. Itu sebabnya, Raisya menjadi salah seorang pekerja Nadya yang amat disayangi.

*tangan ke bahu, mata ke atas*

"Alhamdulillah, sihat. Amboi, bergosip memanjang. Kang saya bagitahu Encik Irfan baru tahu."

"Encik Irfan, tak garang. Dia baik. Tapi, bos ni macam singa. Mengaum je kerja."

"Kutuk nampak? Dah buat kerja sana, Raisya." Nadya bersuara lembut. Dia memegang lengan Raisya sekilas lalu mengarahkan pekerjanya itu pergi melakukan kerja.

Satu Jam Untuk CintaWhere stories live. Discover now