-4-

2K 92 18
                                    

Jari manis di tangan kirinya dipandang. Sebentuk cincin emas putih yang berbatu kecil-kecil di keliling cincin itu telah selamat tersarung pada jari manisnya.

 Sebentuk cincin emas putih yang berbatu kecil-kecil di keliling cincin itu telah selamat tersarung pada jari manisnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Nad." suatu suara nyaring seorang perempuan menerpa gegendang telinganya.

Seorang wanita yang agak berusia memandangnya dengan senyuman.

"Ye-ye, Puan Sri." Nadya sedikit gugup bersuara apabila suara itu milik bakal mak mertuanya.

"Janganlah panggil, saya Puan Sri. Panggil mama je. Lagipun Nad kan nak jadi 'anak' mama 'lagi'." Puan Sri Irdina mengusap lengan Nadya yang masih berlapik baju kurung.

"Er-er. Tapi, saya tak biasa lah Puan Sri." Nadya mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tu yang kena biasakan dari sekarang. Nanti lepas kahwin, dah biasa panggil mama, mama." Puan Sri Irdina tertawa kecil.

Nadya hanya mengangguk

"Okay, mama."

"Macam tu lah. Nad, lepas ni kalau Irfan sakitkan hati Nad, bagitahu mama. Nanti mama ajar dia." Nadya hanya tertawa.

"Apa lah mama ni. Irfan tu baik tau. Dia tak pernah nak sakitkan hati Nad." Jujur Nadya berkata.

"Nad tahu,kan. Dulu dia ada girlfriend tapi mama tak berkenan. Mama takut dia akan berpaling pada Nad dan getback dengan ex-girlfriend dia tu." Puan Sri Irdina memeluk bahu Nadya.

Nadya memandang wajah yang agak berusia itu. Kata-katanya itu membuatkan dia curious nak tahu siapa ex-girlfriend Irfan dahulu.

Memang Irfan ada menceritakan hal itu padanya sebelum mereka berkenal rapat, tetapi Nadya masih tidak pernah bersua muka dengan wanita yang dikatakan oleh tunangnya itu.

Yang dia tahu. Nama ex-girlfriend Irfan adalah,

Ayu Damia.

Namanya sungguh sedap didengar. Pasti secantik wajah dan mengalahkannya.

Yelah. Irfan Fakhri orang berada. Siapa yang tidak mahu dengan lelaki yang kacak lagikan kaya itu?

Petik jari,mungkin 100 orang perempuan beratur.

Mereka berkenalan sejak sekolah menengah time tu form 3. Sejak dari situ, mereka semakin rapat sehinggalah girlfriend Irfan curang belakang dia.

Alaa novel melayu.

K.L.I.S.H.E. perlu wujud.

"Qaisara?!" tersentak Nadya dari lamunannya sebentar tadi.

Dia tercari-cari kelibat Puan Sri Irdina yang bersamanya tadi, tetapi hampa. Kelibatnya tidak kelihatan tetapi digantikan oleh Irfan Fakhri.

Wait! Mana mama pergi?

"Mama dekat dalam tengah kenal-kenal dengan saudara-mara awak tu."

Irfan terus berkata seperti dapat membaca fikirannya.

Satu Jam Untuk CintaWhere stories live. Discover now