-5-

1.6K 89 3
                                    

Kepalanya berdenyut-denyut secara tiba-tiba. Sakit sungguh tidak terkata.

Dia segera mencari panadol yang tersimpan di dalam laci di biliknya. Air mineral yang sudah tersedia di atas mejanya diambil lalu diteguk selepas sebiji panadol itu ditelan.

Dia memicit-micit kepalanya yang masih berdenyut-denyut itu. Dahinya berkerut menahan sakit.

Selama ini dia ada juga mengalami sakit kepala, tetapi tidaklah seteruk ini.

Rambutnya yang panjang itu diikat kembali. Dia menarik nafas lalu dihembus. Tudung selendang yang tergantung di kerusi di hadapan meja solek itu diambil lalu dililit kemas.

Hari ini dia sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan kerjanya yang sudah tergendala.

'Esok je lah pergi hospital.' kata hatinya.

Risau pula dia akan sakit kepalanya itu.

Dia menarik bagasinya lalu keluar dari bilik.

"Qaisara. Meh, saya bawakan beg awak." ujar Irfan sebaik sahaja Nadya keluar dari bilik.

"Tak menyusahkan awak, ke?"

"Awak tak pernah menyusahkan saya, sayang." Kata Irfan sambil mengenyitkan mata. Nadya hanya tertawa.

"Thank you." usai itu, Nadya berlalu pergi dan diikuti Irfan yang sedang menarik bagasinya keluar rumah untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

---

"Hang jaga diri baik-baik naa. Ingat hang tu tunang oghang. Jangan nak gatai dengan laki lain pulak lepaih ni." pesan Puan Saleha dengan loghat Kedah yang terlampau pekat.

"Dengaq tu Nad. Apa yang mak hang kata tu semua betui. Lima bulan lagi hang dah nak menikah. Jangan nak ketegaq lagi peghangai tu, faham?" ujar Encik Ahmad pula.

Nadya mengangguk macam burung berlatuk.

"Ye,lah mak abah. Nad bukannya kecik lagi. Tak payah bebel. Nad tahu semua tu, jangan risau."

Encik Ahmad dan Puan Saleha hanya menggelengkan kepala sahaja.

Susah sangat nak dengar kata orang budak ini.

Ketegaq!

"Ya, lah. Hang, Irfan. Drive elok-elok. Kalau Nad buat apa-apa hang teguq dia naa. Lepaih tu, hang kasi tau mak dengan abah." Encik Ahmad pula membebel kepada Irfan.

Irfan hanya tersenyum.

"Baiklah, abah, mak. Jangan risau. Irfan akan jaga Nad."

Selepas itu, Nadya mula bersalam dengan ibu dan bapanya manakala Irfan pula bersalaman dengan bapa Nadya sahaja.

"Drive elok-elok!" sempat lagi Puan Saleha berpesan kepada Irfan semasa kereta Irfan mahu bergerak pergi.

Pin! Irfan menekan hon kereta dan keretanya mula hilang dari pandangan mata.

***

"Awak ceritalah tentang Airil, awak?" entah mengapa dia berasa berminat sungguh untuk mengetahui tentang Airil.

Irfan mengangkat kening.

"Asal? Suka dia ke?"

Nadya mengangguk.

"Tak nak lah cerita."

Satu Jam Untuk CintaWhere stories live. Discover now