-6-

1.4K 77 0
                                    

Sejumlah wang yang berada di dalam sampul kertas itu dibaling ke atas meja.

Dia menyilangkan kaki di kerusi panjang sambil bersandar. Telinganya yang hanya mendengar lagu rancak dan kuat dari kelab malam itu tidak memberi kesan.

Dua orang pelayan perempuan di situ memeluk lengannya dengan erat dan tangan kasarnya pula ralit melingkari pinggang perempuan-perempuan itu.

Air kencing setan yang berada di atas meja diteguk rakus seperti sudah terbiasa minum air itu.

Kadang-kadang dua pelayan itu mencium pipi putihnya. Dia tersenyum senang.

Seorang wanita yang berada di hadapannya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat lelaki di hadapannya.

Perangai tidak semenggah langsung!

"Zaf, kau nak jumpa aku kenapa?" suara nyaring wanita itu menyentakkan dirinya.

Lelaki yang bernama Zaf itu segera meleraikan pelukannya pada pelayan-pelayan itu. Dia membetulkan kedudukannya.

Alkohol yang diminum itu, seperti tidak memberi kesan padanya kerana air itu sudah sebati dengan dirinya.

"Aku nak kau pisahkan Nadya dengan Irfan."

"Tak! Aku tak akan buat!"

"Kau perlu buat!"

"Aku tak nak! Kalau kau nak aku pisahkan diorang, maybe aku yang akan pisahkan ruh kau dari jasad!" usai berbicara, wanita itu terus berdiri.

Zaf turut berdiri. Pelayan-pelayan yang ralit memeluk lengannya ditolak perlahan.

"Aku bayar kau! Aku tahu kau perlukan duit, Aina."

"Tapi bukan dengan duit haram macam ni, Zaf. Aku tak nak."

Zaf memandang Aina tajam. Dia mengetap gigi.

Belum ada lagi orang yang boleh kata tidak pada aku!

Ini Haikal Zafry lah!

"Serius kau tak nak buat benda ni?" soal Haikal.

Aina yang berada di sisinya menolehnya secara perlahan-lahan. Dia memandang Haikal dengan pandangan jelek.

Bau alkohol menusuk hidungnya!

Busuk!

"A.Ku.Tak.Nak."

"Walau apa pun yang berlaku, kau tetap tak nak?"

"Yap! Aku rasa kau faham kut bahasa melayu?" Aina menjelingnya tajam.

Haikal tersenyum sinis.

"Walaupun adik kau-"

"Kau nak buat apa dengan adik aku?"

"And I knew what is your weakness, dear." Haikal tertawa sinis.

Dia merapatkan kedudukannya dengan Aina.

"Apa yang kau nak buat dengan adik aku?" suara Aina sedikit bergetar kerana marah.

"Just for fun."

Pang! Satu tamparan yang agak kuat melekap pada pipi Haikal.

Suasana di kelab malam itu bertukar dingin. Mata-mata yang memandang mereka berdua, tidak diendahkan.

Dada Aina sudah berombak-ombak. Wajahnya yang putih itu berubah merah. Rambutnya yang diikat tocang itu sedikit serabai.

"Kau jangan sentuh adik aku, bodoh!" Aina menolak dada bidang Haikal kuat lalu pergi.

Belum sempat Aina melangkah, Haikal menarik pergelangan tangannya kuat menyebabkan dia terdorong ke belakang.

"Aku akan hancurkan hidup adik kau, kalau kau tak ikut cakap aku" ugut Haikal.

Aina merentap tangannya.

"Dalam mimpi kau!"

"Ayu Damia. Dia girlfriend aku, kau jangan lupa."

Aina memandang Haikal tajam.

"Aku akan suruh dia jauhkan diri dia dari lelaki setan macam kau."

"Dan dia tak akan tinggalkan aku."

"Apa bukti kau cakap macam tu?"

"Dia sayangkan aku. And maybe dia akan tinggalkan aku, if dia jumpa kekasih lama dia semula." ujar Haikal yakin sambil duduk semula dikerusi di kelab itu sambil meneguk semula arak yang terhidang.

Aina hanya menggenggam penumbuk sebelum keluar dari tempat maksiat itu.

'Serabut!'

-TBC-

--------------

*media di atas*

Danilova Angelina as Ainazihah

Satu Jam Untuk CintaWhere stories live. Discover now