-1-

3.6K 150 6
                                    

[Versi yang telah Diedit]

Suasana yang sunyi itu membuat hatinya sedikit resah. Matahari pula sudah lama melabuhkan tirai dan yang tinggal hanya malam yang sepi. Bercayakan bulan purnama.

Seorang gadis berbaju kurung biru masih berada di perhentian bas. Menunggu seseorang yang mengukir janji untuk datang. Tetapi entah sampai bila dia harus menunggu. Langsung tiada bayang. "Huh." Satu keluhan dilepaskan.

Jam di tangan dipandang sejenak. Tepat jam 8.15 malam. Bayangan lelaki yang diharapkan itu masih tidak muncul. Harus bagaimana lagi dia mahu menunggu.

Beg baju yang berada di sebelahnya digenggam erat kerana takut. Takut jika ada apa-apa berlaku. Boleh dia lari. Lebih-lebih lagi apabila angin malam menghempas di tubuh. Sejuk!

"Tunggu siapa?" kaget dia sebentar apabila satu suara garau menusuk gegendang telinga. Dada diurut lembut menghilangkan rasa terkejut. Jelingan diberi.

Langsung tidak berminat untuk menjawab soalan lelaki itu. Boleh nak dikatakan 'miang' jugalah jantan ni. Flip kau baru tahu...

"Sombong. I love it." semakin galak lelaki itu mengusiknya. Bahu kirinya disentuh lembut membuatkan mata bundarnya terbeliak. Suka hati mak bapak atok kau je pegang aku! Ini dah melebih tau mat...

"Don't disturb me, bullshit!" Hambur gadis itu. Tangan yang masih melekap di bahunya ditepis kuat untuk dilepaskan. Boyfriend aku pun tak pernah pegang aku, kau entah siapa-siapa nak pegang. Tembak nanti!

Hanya tawaan halus sahaja bergetaran daripada lelaki itu. Eh kau ni, gila ke apa. Tiba-tiba ketawa! Dasar orang gila! Katanya di dalam hati. Besar kecil sahaja dipandang lelaki itu.

"Meh lah, sayang baby buchuk cikibum aum..." tanpa diarah, tangan kecilnya kemas dipegang oleh lelaki itu. Semakin lama pegangan itu semakin kejap. Langsung tiada sedikit rasa bersalah atas kelakuannya itu. Lagi pun, tak de siapa.kat sini. Dapat pancing satu ikan jadi lauk pun okey apa! Geh.

"Blah lah setan. Sakit lahan^t!" Jika dalam keadaan marah. Mulut hanya mampu memaki hamun. Orang suruh lepas, lepaslah! Ingat dia ni GRO ke sesuka hati mahu dilayan sebegini! Dasar hanj^ng!

"Don't worry lah baby. Nanti aku bayar kau." Ujar lelaki itu berserta sengihan. Bibir bawah dijilat basah. Perempuan ni memanglah...

"F^ck off!" Dengan sepenuh tenaga dia menarik kembali tangannya daripada genggaman lelaki yang tidak dikenalinya itu. Sudahlah berpakaian tidak terurus. Lepastu nak bayar-bayar orang. Cermin dulu sikitlah pakcik oi!

"Kau ingat aku pelacur ke, setan?!" Suaranya mula meninggi. Dengan penuh keberanian, tubuh tegap lelaki itu ditolak kuat. Kerana tidak bersedia awal, lelaki itu terdorong ke belakang. Hah! Padan muka kau!

"Tak guna punya betina! Hei, sundal. Aku dah kenal sangat dengan perangai jalang macam kau ni! Mula-mula memang jual mahal. At last kau jual juga badan kau kat jantan lain! Dasar perempuan murahan!"

'Pang!' Kuat tamparan yang melekap pada pipi lelaki itu. Dadanya sudah berombak-ombak kerana marah. Asal mulut dia ni macam jilake!

"Jaga sikit mulut kau, jahanam. Pergi mereput kau dengan betina lain. Dasar jantan dahagakan perempuan!" Tuturnya bercampur sindiran. Lelaki yang macam ni patut dah lama kena lanyak dengan lori. Anggap perempuan sebagai hamba seks. Boleh pergi mati lah dei!

Tidak mahu menambahkan rasa amarah yang menggelodak di hati, beg baju di atas bangku dicapai. Kaki mula dihayunkan membuka langkah. Mahu pergi dari situ.

Satu Jam Untuk CintaWhere stories live. Discover now