-8-

1.1K 75 1
                                    

"Pengorbanan cinta itu sangat memedihkan, tetapi boleh menjadi indah apabila tidak didustakan."

*dia buat live. Semnya.*

Tudung yang dililit dicampak entah ke mana. Dia merebahkan tubuhnya pada katil di biliknya. Bantal yang berada di situ disembamkan pada wajahnya.

Tangisan di hamburkan sekuat-kuatnya.

"Argh!" dia menumbuk-numbuk katilnya sambil menangis.

Sungguh dia tidak kuat dengan semua ini.

"Nad! Kau okay tak?" suara nyaring seorang wanita bersama bunyi ketukan pintu menusuk gegendang telinganya.

Nadya tidak menghiraukan suara yang agak cemas itu. Dia hanya menangis sekuat hati.

"Nad! Kau rileks. Please, open the door." kata suara itu lagi.

Nadya mencampakkan bantal ke arah pintu itu sambil menangis.

"Kau tak akan faham, Aina! Kau tak tahu apa yang aku rasa!" Pekik Nadya. Rambutnya yang diikat itu sudah serabai. Kulitnya yang putih menjadi merah.

"Nad, kita boleh bawa sabar. Aku sayangkan kau. Kita boleh usaha. Nad, buka pintu ni." Aina masih lagi memujuk. Risau dia akan tindakan Nadya sebaik sahaja keluar dari hospital tadi.

Nadya hanya menangis.

"Cik Nadya menghidap kanser otak tahap empat dan kemungkinan anggaran jangka hayat Cik Nadya hanya sekitar empat bulan sahaja."

Riak wajah Nadya terus berubah. Senyuman yang tadi menghiasi akhirnya mati. Liur yang ditelan terasa kelat.

Sukar untuk dia mahu terima ketentuan ini.

Kanser otak?

Stage 4?

Empat bulan?

Dia terkedu. Jantungnya seakan-akan berhenti berdetak.

Dia menekup mulutnya.

Tubir matanya mula panas dan bertakung dengan air mata.

"Ada ke cara untuk menangani sakit ni, doktor?" soal Aina yang sedang meraih bahu Nadya.

Doktor Humairah menghela nafas berat. Dia menggenggam kedua-dua belah tangannya.

"Saya minta maaf. Stage 4 bukannya benda kecil. Buat masa ini, pesakit hanya bergantung pada ubat dan berserah kepada Allah. Itu shaja yang boleh saya beritahu."

Satu Jam Untuk CintaWhere stories live. Discover now