ISTANA PASIR

1K 8 0
                                    

Megahnya
Istana pasir itu
Tidaklah sukar
Untuk dibina

Tanpa perlu kudrat yang banyak
Tanpa perlu masa yang lama
Tanpa perlu orang yang ramai
Tanpa perlu usaha yang lebih

Tidak perlu kos yang tinggi
Tidak perlu bahan yang mahal
Tidak perlu usaha yang gigih
Tidak perlu asas yang kukuh

Kerana istana pasir itu
Pada akhirnya
Bertahan hanya
Untuk sehari

Buasir Otak: The PuisiWhere stories live. Discover now