AKU ROBOT

182 3 0
                                    

Setiap hari aku menaiki tren
Untuk ke tempat kerja

Sampai di kubikel
Tepat jam 8 pagi

Aku perlu mencari duit
Untuk membayar bil-bil bulanan

Ada isteri dan anak di rumah
Yang menunggu kepulanganku

Ada kalanya
Aku memberi kucingku makan

Setiap kali dilanda masalah
Aku hanya merenung kipas siling
Dalam kebingungan

Aku tidak sedar
Bagaimana hidup aku
Boleh mula terperangkap
Dalam rutin ini

Aku bagaikan robot
Yang tidak mempunyai
Apa-apa perasaan

Namun
Jangan kamu risau
Tentang diriku

Kerana kita semua sama
Terperangkap dengan rutin
Yang melemaskan ini

Buasir Otak: The PuisiWhere stories live. Discover now