ARAH YANG LAIN

307 3 0
                                    

Aku mahu bantu kamu
tetapi aku tidak tahu bagaimana

Aku hendak menenangkan kamu
tetapi aku tidak mampu bersuara

Aku ada banyak ketakutan
tentang penolakan

Aku ada banyak kenangan
yang menyakitkan

Aku sentiasa rasa malu
dengan orang lain

Aku ada banyak keraguan
tentang motif dan niatku

Aku ada banyak kebimbangan
tentang ketamakkan diriku

Aku sering menyakiti perasaan
orang yang aku sayang

Jadi aku hanya berpaling
dan melihat ke arah yang lain

Buasir Otak: The PuisiWhere stories live. Discover now