Dalam cermin itu
Aku tidak percaya
Apa yang aku lihatSeorang lelaki pelik
Merenung tajam padaku
Berwajah lesu dan tidak bermaya
Murung dan runsing
Sedih dan sendirianMaaf atas segala rungutan
Aku tidak harus mengeluh
Aku sepatutnya tiada perasaan
Kerana perasaan adalah kesakitanSemua yang aku perlukan
Tidak lagi aku perolehiSemua yang aku mahukan
Telah dirampas daripada dirikuSiapa yang harus dipersalahkan?
Tiada sesiapa melainkan akuAku bukan tamak
Aku cuma mahu kembali
Kepada kehidupan
Yang lebih baikNamun
Ia harus bermula
Dengan lelaki
Di dalam cermin itu