Aku cuba
Yang terbaikAku buat
Yang terbaikAku beri segala-galanya
Untuk hasilkan
Yang terbaikTetapi
Ada selalunya
Yang terbaik dariku
Masih belum cukup baik
UntukmuUsahaku
Kesungguhanku
Kerja kerasku
Segala yang terbaik dariku
Bukanlah yang terbaik padamuMaafkan aku
Kerana tidak dapat
Memenuhi jangkaanmu
Dan menjadi
Seperti mana
Yang kamu mahuMaafkan aku
Kerana melukakan hatimu
Memusnahkan harapanmuAku sedar
Aku bukan yang terbaik
UntukmuNamun
Aku pasti
Aku akan sentiasa ada
Untuk kamu