Thanks For Everything, My Love | NCT Jaehyun

79 6 0
                                    

Aku menunggu di bilik doktor dengan penuh rasa gementar, fikiran aku menerawang memikirkan apa kemungkinan keputusan hasil MRI ku. Pintu terbuka menampakkan seorang doktor masuk ke ruangan itu dengan sekeping sampul yang besar di tangannya. Aku sekilas memandang sampul itu.

'Keputusan MRI aku ke tu?' tanya aku sendiri dengan rasa berdebar.

Doktor mengambil tempat di kerusinya mengadap aku. Raut wajah doktor itu kelihatan sugul. Doktor itu membuka kaca mata dan memandang ke arah aku.

"Dah berapa lama cik mengalami kesukaran untuk bergerak?" tanya doktor dengan serius.

"H-hampir 3 bulan." jawabku dengan tergagap.

"Cik ada mention yang cik ada mengalami simptom seperti kerap lupa dan kadang cik tidak sedarkan diri?"

"Ya! Terkadang saya mengalami kesukaran untuk bercakap dan penglihatan saya menjadi kabur."

"Huh~" doktor mengeluh berat.

Jantung aku berdegup dengan kencang. "Kenapa doktor?" tanyaku.

Doktor itu menekan punat di monitor komputer di hadapannya dan memusing monitor komputer ke arah aku.

"Ini hasil MRI cik. Menurut simptom yang cik sudah alami itu adalah majoriti simptom bagi penyakit creutzfeldt-jakob (CJD)."

"Ne? P-penyakit a-apa tu doktor?" jantung aku berdegup makin kencang apabila mendengar nama penyakit itu.

"Penyakit ini jarang sekali didapati dan boleh...." doktor berhenti berkata dengan tiba-tiba.

"Boleh apa doktor?"

"Hmm..boleh membawa maut."

"Ne?" kelu lidah aku mendengar apa yang keluar dari mulut doktor itu. Fikiranku kosong.

* * *

Aku keluar dari bilik doktor. Berjalan perlahan dengan fikiran ku memikirkan hidupku yang bakal tamat tidak lama lagi. Terngiang-ngiang di telinga aku penjelasan doktor sebentar tadi mengenai penyakit aku ni.

______________________________________________

'Cik mungkin telah dijangkiti oleh protein berjangkit yang tidak normal. Ia dinamakan sebagai prion. Prion ini berkumpul dalam otak pada tahap yang tinggi dan menyebabkan kerosakan tak berbalik kepada sel-sel saraf cik.'

'Penyakit saya ni ada ubat tak, doktor? Macam mana saya ingin pulih dari penyakit ini?'

'Buat masa ini tiada penawar bagi penyakit CJD ini kerana penyakit ini jarang berlaku. Tetapi kami akan memberi cik ubat sebagai penahan daripada tekanan.'

'Jadi..adakah saya akan mati dalam masa singkat ni?' aku tunduk dan menitis air mata atas ribaku.

'Urmm..saya tidak mahu beritahu hal ini pada cik, tapi cik bertanya soal ini, jadi saya harus menjawabnya.'

'Berapa lama tempoh saya dapat hidup lagi, doktor?' aku mengangkat mukaku dengan air mata berjujuran memandang ke arah doktor itu.

'Lebih kurang setahun.'

__________________________________________________

2 hari kemudian

"Baby! I'm here!!"jerit satu suara seorang lelaki dari luar pintu rumahku.

'Oh! Jaehyunnie..' bisikku sendiri.

Dengan perasaan yang gembira, aku berlari-lari menuju ke pintu untuk membuka pintu.

"Baby!" kata Jaehyun sambil mengangkat tangannya yang penuh.

"Ohh..Chimaek!"

"Jom kita makan! Jaehyunnie dah lapar ni..hee."

MY ONE SHOT COLLECTION | Variety CastsWhere stories live. Discover now