Help Me! (도와주세요) | EXO Lay

25 1 0
                                    

Sejeong berlari-lari untuk menyelamatkan dirinya. Dengan tergesa-gesa dia keluar melalui tingkap dengan berkaki ayam.

"Mana perempuan tu? Kejap lagi customer vip datang! Cari perempuan tu cepat!!" tengking seorang perempuan tua yang digelar sebagai Mama iaitu ketua bagi tempat pelacuran terkenal di Seoul.

"Itu dia!!" teriak seorang anak buah Mama yang ternampak Sejeong yang cuba melarikan diri.

Sejeong yang terdengar suara konco Mama, terus melarikan diri. Malam semakin gelap. Tempat itu pun turut dipenuhi dengan orang-orang mabuk.

Sejeong menyorok di satu tempat. Dia mengeluarkan telefon lipatnya untuk membuat panggilan.

"Hello! Jiyoon..tolong aku!"

"Eh! kenapa ni Sejeong? Kau dekat mana ni?" tanya Jiyoon, kawan karib Sejeong.

"Mama nak tangkap aku dan nak jadikan aku pelacur. Tolong aku Jiyoon!"

"Hah! Kau ada di mana ni?"

"Di lorong..."

"Hello?! Hello?!"

panggilan mereka tiba-tiba tamat. Tidak sempat Sejeong memberitahu kawannya di mana lokasinya pada ketika itu.

Sejeong memaling ke belakang. Telefonnya di rampas oleh konco-konco Mama. Sejeong membeliak matanya. Dia cuba mengundur langkah demi langkah dan cuba untuk melarikan diri. Tapi malangnya pantas tangan konco-konco itu merentap tangan Sejeong.

"Ahh!"

"Kau kena ikut kitorang balik sekarang!!" konco-konco itu mengangkat Sejeong ke bahunya. Sejeong menjerit-jerit meminta tolong. Tapi tiada siapa yang berani kerana semua orang di situ kenal akan konco-konco Mama.

Sejeong sampai di bilik hotel.

"Lepaskan aku lah!!" teriak Sejeong.

Tidak lama kemudian, Mama datang menjenguknya. Sejeong terdiam.

"Kau nak lari ke mana huh?!" lantas rambut Sejeong ditarik dengan kasar oleh Mama sehingga Sejeong mengerang kesakitan. "Kau ingat kau boleh lari dari Mama ke?!" ditenyeh kepala Sejeong dengan kuat.

Sejeong menangis teresak-esak.

"Tukar baju kau sekarang! Pakai baju ni!! Sejam lagi customer kau sampai. Jangan nak cuba-cuba lari lagi ye.." kata Mama sambil menuding jari ke arah Sejeong.

Sejeong tidak berkata apa-apa. Mama dan konco-konconya beredar dari bilik itu dan mengurung Sejeong di bilik hotel yang agak mewah. Sejeong melihat sekeliling. Dia tidak tahu ingin berbuat apa. Dia ternampak telefon di dalam bilik itu dan cuba untuk menelefon kawannya sekali lagi.

"Jiyoon!"

"Sejeong!! Apa dah jadi? Kau tak apa-apa ke?"

"Jiyoon..aku nak kau datang dekat Hotel Vista Walkerhill Seoul. Aku tunggu kau! Cepat tau, Jiyoon. Sejam lagi customer vip datang."

"Baiklah!"

Beberapa minit kemudian, bunyi ketukan dari luar bilik Sejeong.

"Siapa tu?" tanya Sejeong.

"Akulah! Jiyoon!"

"Jiyoon! aku tak boleh buka pintu ni. Kau kena minta kunci pendua dari receptionist. Palli!"

"Ok. Ok. Kau tunggu jap."

Selepas Jiyoon mendapat kunci pendua dia berjalan menuju ke bilik Sejeong. Tapi malangnya, terdapat dua orang konco Mama yang menunggu di depan pintu bilik Sejeong. Tiba-tiba telefon dari seorang konco-konco itu berdering. Selepas menjawab panggilan itu, mereka pun beredar. Jiyoon perlahan-lahan berlari ke bilik Sejeong dan membuka pintu itu.

MY ONE SHOT COLLECTION | Variety CastsWhere stories live. Discover now