Aku, seorang doktor yang suka mengembara untuk menimba ilmu, nama aku Hwang Jina.
Pada satu hari, aku mengikut satu rombongan percutian ke sebuah pulau yang terletak agak jauh dari tanah darat. Tujuan aku menyertai percutian itu hanya untuk menimba ilmu, melihat atau meneroka keadaan sekeliling.
Setelah beberapa jam kemudian, aku dan yang lain sampai di sebuah pulau. Di pulau ini dikatakan terdapat sebuah rumah agam yang kosong. Maka di situlah tempat yang bakal aku dan rombongan percutian akan menginap. Di pulau itu agak sunyi. Sukar untuk mendapat pengangkutan dan 'line' telefon untuk membuat panggilan.
Sesampai di tempat penginapan. Aku masuk ke salah satu bilik di rumah itu dan aku berehat. Suasana di situ amat dingin.
Setelah 3 hari aku dan rombongan tinggal di pulau itu. Aku mendapati sesuatu yang aneh berlaku pada ahli rombongan. Seorang demi seorang diserang penyakit yang aneh. Mereka muntah-muntah dan sering mengadu sakit perut. Muntah mereka bukan muntah biasa, tetapi berwarna coklat kehijauan.
Aku turut mengalami sakit kepala. Tapi, sebagai doktor, aku harus kuatkan diri aku untuk membantu yang lain. Pada hari itu, rumah agam itu telah menjadi sibuk seolah-olah berada di hospital di wad kecemasan. Semua orang mengadu sakit. Aku cuba sedaya upaya untuk merawat mereka seorang demi seorang.
Beberapa jam kemudian, aku berasa mual dan ingin muntah. Aku pantas berlari menuju ke sinki berdekatan dan muntah. Muntah darah! Kenapa dengan aku?
Tapi aku menghiraukannya. Aku harus kuat! Masih ramai lagi orang yang perlu pertolonganku.
Lalu aku menerima panggilan bahawa ambulans dalam perjalanan ke tempat penginapan kami. Aku berasa sedikit lega. Aku memberitahu semua bahawa 20 buah ambulans akan datang ke situ. Tapi, ada sedikit masalah. Bilangan pesakit lebih ramai dari ku jangka. 20 buah ambulans tidak dapat memuatkan semua orang itu kerana 10 ambulans akan membawa pesakit warga emas dan 10 lagi golongan dewasa. 20 ambulans tidak cukup untuk membawa mereka ke hospital sekali gus. Apa harus aku lakukan? Aku berfikir, aku harus mengetuai mereka. Dahulukan yang lebih kritikal dan yang lebih tua. Aku harus tunggu sehingga semua pesakit selamat dihantar ke hospital. Tempat itu tidak selamat. Barang kelengkapan untuk aku merawat mereka juga tidak mencukupi. Aku harus bertahan demi pesakit lain.
Saat aku menunggu ambulans untuk datang ke pulau itu, terdetik di fikiranku...
'Bagaimana 20 ambulans dapat masuk ke pulau itu? sedangkan di pulau itu amat sukar untuk mendapat bantuan pengangkutan serta sukar mendapat line telefon..?!'
Aku memandang sekeliling, memandang pesakit. Seorang demi seorang ahli rombongan itu lenyap dari pandanganku.
'Apa yang telah berlaku?'
Aku melihat di tanganku di mana ku genggam telefon sebentar tadi, tetapi ia bertukar menjadi ranting kayu. Aku terus mencampakkan ranting itu.
Di mana aku? Aku cuba menyedarkan diriku. Ini rumah agam yang terletak di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Rumah ini sudah usang. Buruk. Kotor, dengan dedaun berselerakan di lantai. Tiada orang yang menjaganya lagi. Bagaimana aku boleh sampai ke sini?
Dan rombongan percutian itu...
ahlinya..semua hilang. Lenyap. Hanya tinggal aku seorang di situ.'Adakah aku tidak waras?'
Dan...siapa pula yang membawa aku ke sini? Tidak! Tidak mungkin aku berhalusinasi.
Aku terus keluar dari rumah agam itu. Cuba mencari jalan keluar. Namun, aku tersesat. Tidak dapat menjumpai air lautan.
Waktu senja kian tiba, langit mulai suram. Aku masih di situ. Sendiri. Takut dan buntu.
'Pulau apakah ini? Bagaimana aku boleh berada di sini?'
YOU ARE READING
MY ONE SHOT COLLECTION | Variety Casts
AcakHah! Korang boleh baca fanfic ONE SHOT author dekat sini. harap korang suka dan sudi sedekahkan vote untuk author. hoho. Dalam ONE SHOT Collection author ni, author amik cast dari pelbagai kpop group, mcm EXO, NCT mungkin akan dtg, Seventeen, BTS or...