UNNIE (언니) | SNSD Taeyeon

16 0 0
                                    

'PPAKK!!'
satu tamparan hinggap di pipi Hayeon.

Hayeon menjeling ke arah kakaknya dan melontar senyuman sinis.

"Tampar laa lagi. Unnie dah lama tak puas hati dengan saeng kan?! tamparlah!! TAMPAR!!" jerit Hayeon sambil menarik² tangan kakaknya dan dipukul-pukul ke pipi nya.

dengan perasan marah dan geram. Taeyeon pun menolak pipi Hayeon hingga dia terjatuh ke lantai. Air mata Taeyeon mengalir.

"Sampai hati unnie buat Hayeon macam ni..." Hayeon mencapai beg sandangnya dan keluar dari rumah.

"Hayeon-ahh! Hayeon-ahh!!" panggil Taeyeon. Taeyeon tidak dapat menahan tangisannya. Dia tidak menyangka tangannya itu telah memukul adiknya sendiri.

'mianhae..Hayeon-ah~' bisik hati Taeyeon.

***Flashback***

-23 March 2007-

"Omma!! Appa!! kajima!! Omma!! Appa!!" raung Hayeon melihat jasad omma dan appanya yang tidak bernyawa oleh sebab terlibat dalam kemalangan.

"Hayeon-ah! uljima. unnie ada di sini bersama Hayeon." Taeyeon pun memeluk adiknya dengan erat dengan rasa sebak.

*8 tahun kemudian*

"Hayeon-ah, marilah sarapan dulu sebelum ke sekolah."

Hayeon menjeling ke arah makanan yang disediakan oleh kakaknya.

"Takpelah unnie. Hayeon dah bosan makan sandwich telur unnie." Hayeon pun menggapai beg sekolahnya dan terus keluar.

Taeyeon mengeluh.

-skip-

9 February 2015

'RINGGG..RINGGG..'

"Yeoboseyo?" Taeyeon menjawab panggilan itu.

"Yeoboseyo. Ini Cik Kim Taeyeon?"

"Ya, saya bercakap."

"Saya dari Gangwon Secondary School, ingin memaklum bahawa adik cik ditahan kerana bergaduh dengan pelajar sekolah lain."

"Mwo?!" Taeyeon terus bergegas ke sekolah.

sampai di sekolah. Taeyeon masuk ke bilik pengetua dan melihat Hayeon berada di situ dengan lengan baju sedikit terkoyak dan muka sedikit lebam dan luka.

Taeyeon terus meminta maaf pada pihak sekolah atas kelakuan adiknya itu.

"Jaesong hamnida. saya tak menyangka adik saya berbuat sedemikian. tolong maafkan adik saya, tuan pengetua." rayu Taeyeon

"Unnie mwohae?" tanya Hayeon.

Tapi Taeyeon menghiraukan adiknya. Taeyeon terus menunduk supaya pihak sekolah memaafkan kelakuan adiknya.

"UNNIE MWOHAE?!!" Hayeon meninggikan suaranya sambil menarik lengan kakaknya dengan kasar.

Pengetua dan guru yang berada di situ terdiam.

Taeyeon memandang ke arah adiknya dan menepis tangan adiknya. "Unnie buat apa yang patut unnie buat. Hayeon adik unnie. dan unnie adalah satu-satunya keluarga dan penjaga Hayeon. Unnie perlu bertanggungjawab atas segala apa yang Hayeon buat!!" kata Taeyeon.

Kelu lidah Hayeon.

Taeyeon berpaling ke arah pengetua dan guru kelas Hayeon. "Saya minta maaf. saya bawa adik saya pulang. saya minta diri dulu. sekali lagi maafkan adik saya." Taeyeon menunduk hormat dan berlalu pergi sambil menarik tangan adiknya hingga ke luar sekolah.

"Unnie...sakitlah. lepaskan Hayeon lah! Unnie!" Hayeon menepis dengan keras tangan kakaknya.

Taeyeon memandang ke arah adiknya. "Kenapa Hayeon buat semua ni? Kenapa Hayeon pukul pelajar sekolah? Kenapa?!"

MY ONE SHOT COLLECTION | Variety CastsWhere stories live. Discover now