Jimin berjalan terhuyung-hayang menuju ke apartmentnya. Sampai di depan pintu...
"WOII POMPUAN!! CEPATLAH BUKA PINTU NI!" jerit Jimin sambil mengetuk-ngetuk pintu dengan berulang kali.
Pintu pun terbuka. Berdiri seorang gadis di muka pintu yang menunggu kepulangan suaminya itu.
"Eh! Kenapa kau lambat sangat hah buka pintu?! LEMBAP BETOL!!" kata Jimin.
"Abang minum lagi?" tanya gadis itu.
"Kalau aku minum apa masalahnya? Suka hati aku laa....euupp!!" Jimin menekup mulutnya seolah-olah dia ingin muntah.
"Ohh! Tunggu kejap, saya ambilkan plastik." kata gadis itu.
Namun langkahnya terhenti apabila Jimin memegang tanganny dan kemudian...
'BLUUUEEEEEKKKK...!!'
Jimin memuntahkan arak yang diminumnya tadi pada isterinya. Kemudian dia jatuh terjelepok di depan pintu. Gadis itu mengeluh kecil. Dia memapah suaminya hingga ke bilik. Dia menukar baju suaminya kerana terkena muntah. Dia turut mengelap badan lelaki itu.
* * *
Keesokkan harinya...
"Ugghh! sakitnya kepala aku..Yeeun! YE EUN!!" panggil Jimin.
Yeeun, isterinya bergegas masuk ke bilik.
"Ya abang."
"Kau dah siapkan air mandian aku?"
"Dah!"
"Baju? Sarapan?"
"Dah! Semua saya dah siapkan. :)"
Jimin pun cuba untuk berdiri. Tapi kepalanya masih sakit dan hampir terjatuh, namun sempat Yeeun memegang Jimin.
"Abang okay?" tanya Yeeun.
Jimin memandang Yeeun dan menolaknya dengan kasar hingga jatuh ke lantai. "Tepilah!!" kata Jimin.
Jimin berjalan menuju ke bilik mandi. Yeeun hanya diam dan tunduk. Yeeun menahan air matanya dari mengalir keluar.
Selesai sahaja Jimin mandi dan bersiap. Jimin keluar dari bilik dan mencapai sekeping roti bersalut jem di atas meja lalu beredar.
"Roti jer? Minum laa sup ni dulu. Awak mabukkan semalam." pujuk Yeeun.
Jimin menjeling ke arah sup yang dibuat oleh Yeeun. "Kau makan lah! Aku banyak kerja nak kena settle dekat pejabat tu." kata Jimin lalu dia berlalu pergi.
Yeeun mengeluh. Dia tidak tahu bagaimana untuk lembutkan hati Jimin supaya Jimin dapat terimanya sebagai isteri.
"Aku tahu perkahwinan ini bukanlah kehendak kau.." bisik Yeeun sendiri.
Dengan tiba-tiba, dia berasa kepalanya teramat sakit.
"Ahh! sakit ni berulang lagi..kenapa dengan aku ni?!"
Yeeun terduduk di lantai. Dia cuba menahan sakit itu tapi kemudian dia tidak sedarkan diri sehinggalah ke malam baru dia sedar. Rumahnya gelap gelita tiada cahaya. Dia cuba bangun dan mencari-cari suis lampu.
'click!'
Rumahnya pun terang. Dia melihat ke arah jam.
"Dah pukul 12 pagi. Jimin belum balik lagi?"
Dia melihat smartphonenya, langsung tiada panggilan dari suaminya. Dengan lemah dia berjalan masuk ke bilik untuk bersihkan diri.
Selesai mandi, dia memandang ke arah jam. Jam menunjukkan sudah pukul 12:15 pagi. Jimin masih belum pulang.
YOU ARE READING
MY ONE SHOT COLLECTION | Variety Casts
AléatoireHah! Korang boleh baca fanfic ONE SHOT author dekat sini. harap korang suka dan sudi sedekahkan vote untuk author. hoho. Dalam ONE SHOT Collection author ni, author amik cast dari pelbagai kpop group, mcm EXO, NCT mungkin akan dtg, Seventeen, BTS or...