Someone Like You | BTS Jin & SNSD Tiffany

44 2 0
                                    

Di sebuah market,

"Ne. Nanti I datang jemput you. You jangan risau. Ya..ya, baiklah!" lelaki itu menamatkan panggilannya itu. Dan kemudian dengan tidak sengaja dia terlanggar seseorang.

"Ahh!" habis jatuh buah-buahan dari bakul wanita itu.

"Maafkan saya, cik. Saya tak sengaja." kata Jin dengan pantas tangannya membantu wanita itu mengutip buah-buahan yang jatuh berderai itu.

"Eh, tak apa." wanita itu mengukir senyum.

Jin memandang wajah wanita itu. "manisnya senyumannya.." bisik hati Jin.

"Terima kasih kerana tolong saya kutip buah-buah ni. :) saya mintak diri dulu." kata wanita itu dan mula untuk beredar.

"Ah! Saya Jin. Kim Seok Jin." Jin menghulur tangannya untuk berjabat tangan.

Wanita itu melontar senyuman manisnya pada Jin dan dia tunduk hormat dan ingin beredar. Tapi sempat Jin menahan.

"C-cik..! Boleh saya tau nama cik?"

telefon Jin sekali lagi berdering.

"Tunggu sekejap ya." kata Jin pada wanita itu.

Jin menjawab panggilannya.

'Jin-ah!! mana you ni? lama I tunggu ni.' teriak seorang perempuan dari corong telefon Jin.

"You tunggu jer laa. Nanti I sampai kayy!" Jin berpaling ke belakang untuk melihat wanita tadi. Tapi wanita itu sudah hilang. Jin melihat kanan dan kiri. Matanya liar mencari wanita itu.

"You, nanti I call you back!" kata Jin dan terus mematikan panggilan itu.

Dia melihat sekeliling. Tiada pun kelibat wanita itu.

"Mana perempuan tadi tu pergi?"

Jin pun ternampak sesuatu yang bersinar datang dari bawah rak barang. Dia mengambilnya. Gelang tangan. Jin menilik gelang itu dan menemui sesuatu perkataan yang terukir di gelang itu. Yoon Jae X Tiffany.

"Jadi, nama dia Tiffany." Jin tersenyum gembira dan dia menyimpan gelang itu ke dalam poket seluarnya.

###

3 hari kemudian.

"Fany, kau dah jumpa belum gelang tangan kau tu?" tanya rakan serumahnya atau rakan karibnya.

"Hmm~ tak jumpa. Aku pergi market hari tu dan cari balik tempat barang-barang aku jatuh tu pun takde. Aku cari dekat studio pun takde. Hmm..macam mana ni Lola? Gelang tu satu-satunya kenangan aku dengan Yoon Jae."

"Entah-entah lelaki yang langgar kau tu yang ambil kot?!" teka Lola.

"Ish! Takkan lah. Aku tak rasa camtu laa." kata Tiffany.

"Omma! Joon dah siap."

Tiffany memandang anaknya yang berusia 3 tahun itu.

"Aigoo~ anak omma dah siap. Handsome nyer. Dah ready nak ke sekolah?"

"Eung!" jawab Joon dengan bersemangat.

"Geurae, kaja!" kata Tiffany dan dia mencubit lembut pipi anaknya, Joon.

###

"Terima kasih, Lola sebab hantar aku ke studio. Menyusahkan kau jer. hee."

"Eh, no hal laa. Lagipun studio kau ni bukan jauh sangat pun dari office aku. Tapi, nanti kau kena belanja aku makan tau! haha."

"Ohh..ada sebab rupanya. hahaha. Ok laa, aku turun dulu erkk. Nanti lambat pulak kau nak ke office. Petang nanti kita jumpa."

"Ok, bye!"

MY ONE SHOT COLLECTION | Variety CastsWhere stories live. Discover now