I Miss You | EXO Chen

9 1 0
                                    

Di pinggir kota, terlihat seorang gadis berjalan pulang ke rumahnya. Terpancar di raut wajah gadis itu, perasaan yang amat gembira.

"Hehe..benarkah dia rindukan aku?" bisiknya sendiri sambil tersenyum gembira.

Tanpa dia sedar, hujan turun renyai-renyai. Gadis itu mencari tempat untuk berteduh. Saat menunggu hujan berhenti dari turun, gadis itu teringat akan pakaiannya diampaian.

"Alamak! Baju aku..macam mana ni?" gadis itu memandang ke langit.

"Lambat lagi ke hujan ini nak berhenti?" soal dirinya.
"Ahh! Aku tak peduli.." lalu gadis itu berlari meredah hujan untuk pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia melihat diampaian..

"Eh? Mana semua baju aku?"

Gadis itu melihat sekeliling. Pakaiannya tiada di sekitar itu. Dia berasa aneh.

"Takkan laa appa dan omma dah pulang dari bercuti? Mereka baru sahaja bertolak ke sana semalam."

Lalu gadis itu berjalan menuju ke pintu masuk rumahnya. Melihat pintu rumahnya luas terbuka, mata gadis itu membutang. Terkejut. Dalam masa yang sama, dia berasa Takut. Takut ada pencuri yang memasuki rumahnya.

Gadis itu mencapai sebatang kayu berdekatan. Dia memegang kayu itu dengan kemas dan memasuki ruangan rumahnya dengan perasaan berhati-hati.

"Ada sesiapa di dalam? Baik kau keluar sekarang sebelum aku panggil polis.." kata gadis itu sambil melangkah dengan teragak².

Tiba-tiba satu kain putih menutup kepalanya menghalangnya dari melihat. Gadis itu pun berteriak sambil menghayun kayu di tangannya kerana ketakutan. Dengan tidak sengaja, gadis itu tergelincir kerana kasutnya yang licin, lalu dia hampir terjatuh ke lantai. Namun, pantas satu tangan merangkul gadis itu ke pangkuan. Jeritan gadis itu terhenti sebaik dia merasa seakan seorang lelaki memaut dirinya dengan erat. Matanya masih lagi tertutup dengan kain di kepalanya. Dia takut untuk mengalih kain itu. Takut untuk melihat rupa pencuri yang memasuki rumahnya. Dia memejam matanya dengan rapat seakan tidak mahu membukanya.

Namun, lelaki itu menyelak kain itu menampakkan wajah gadis itu dalam ketakutan. Lelaki itu hanya ketawa kecil melihat gelagat gadis itu. Lelaki itu memandang wajah gadis itu buat seketika. Gadis itu cuba untuk membuka matanya sedikit demi sedikit.

"Hai Aeri-yah!" tegur lelaki itu sambil mengenyitkan matanya ke arah gadis itu.

Terbeliak mata gadis itu apabila dia melihat wajah lelaki yang berada di hadapannya.

"WAAARRGGGHHHHH!!!" jerit gadis itu kerana terkejut.

Dia menolak lelaki itu sekuat hati. Tetapi kedua-dua mereka jatuh. Oleh sebab tangan lelaki itu memaut gadis itu dengan erat, Aeri jatuh bersama lelaki itu.

"Aduhh.." lelaki itu mengadu sakit.

Tapi, sakit itu terus hilang sebaik dia memandang gadis itu berada di atasnya. Dia tersenyum melihat gadis itu. Aeri yang menggosok-gosok dahinya yang sakit memandang lelaki itu yang sedang senyum ke arahnya. Lantas dia bangun dari posisinya.

"hah~ it will be good if it end up with a kiss.." keluh lelaki itu dalam nada bergurau.

"Awak buat apa dekat sini, Jongdae?"

"Saje! Jenguk bakal isteri saya. Tak boleh ke?" usik Jongdae sambil melirik manja ke arah Aeri.

"Awak ni! Dah! Balik sana. Nanti kalau jiran-jiran nampak awak dekat sini, apa pulak diorang cakap nanti." arah Aeri sambil cuba untuk berdiri.

"Shireo~! Saya nak tidur sini boleh? Lagipun appa dgn omma awak takde kan? So, saya boleh temankan awak.." kata Jongdae sambil mengenyit mata dengan penuh makna.

"Tak boleh!" tegas Aeri.

"Ahh waeeeee.....!!" Jongdae menempel di sebelah gadis itu dengan wajah seakan meminta belas kasihan.

"Andwaee..! Dah. Pergi balik!" kata Aeri dan dia ingin beredar dari situ.

Belum sempat gadis itu membuka langkahnya, tangannya ditarik oleh Jongdae. Jongdae memeluk erat pinggang gadis itu. Jongdae memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu. Aeri tidak senang duduk.

"Jongdae..apa awak nak buat ni? awak jangan nak macam-macam. Kalau tak nanti saya jerit..." ugut Aeri.

"Jeritlah! nanti saya kiss awak.." usik Jongdae.

"Lepaskan saya lah, Jongdae.." rayu Aeri.

"Boleh tak awak duduk diam sekejap. Rindu saya dekat awak masih belum hilang lagi tau.." ujar Jongdae.

Aeri mencebik dan menunduk wajahnya. Tidak lama itu tangan lelaki itu menyentuh dagu Aeri dan ditolak ke atas. Aeri memandang lelaki di hadapannya.

"Saya rindu awak..sangat~" ucap Jongdae dengan senyuman terukir di bibirnya.

Lalu Jongdae membenamkan bibirnya ke bibir gadis itu.

MY ONE SHOT COLLECTION | Variety CastsWhere stories live. Discover now