CHAPTER 15

8K 248 31
                                        

Boop!!!! Satu hentakan yang kuat mengena sama kereta saya. Tu kereta mula hilang pertimbangan.

Badan saya berputar-putar ikut tu kereta yang berputar. Saya menangis sekuat hati menahan marah. Kenapa pula saya marah tapi tidak takut? Saya lagi rela mau mati daripada hidup. No, saya sepatutnya takut! Kenapa saya rasa mau mati? No!!!!

"Huuuuhuu..... Sakit hati saya, kenapa saya tidak mati ja?" Ada air mata mengalir keluar dari mata saya.

"Nak... Nak...!" Badan saya kena kasih guyang. Saya cuba buka mata. Samar-samar tu lampu di bilik. Ada peluh di dahi saya. Berdegub kencang jantung saya sambil saya tercungap-cungap. Saya bulih rasa tu degupan jantung saya yang begitu laju. Saya nampak muka mommy terus saya peluk.

"My, saya takut... Saya mimpi eksiden.." Saya menangis lagi. Kuat betul tu degupan jantung saya. Saya rasa macam saya betul-betul masuk dalam tu mimpi. Kenapa saya mimpi mau mati?

"Ko mengigau ja tu.. Sudahlah tu, tiada pa-pa juga tu." Saya angguk and pegang kuat tangan si mommy. Saya rasa takut. I don't feel good. Saya takut. Kenapa saya mimpi macam tu?

°°°°°°°°°°
Saya duduk menyandar di katil lepas bangun dari posisi baring. Mommy pula sedang mandi di kamar mandi. Saya tinguk jari jemari saya. Aik? Saya nampak cincin di jari manis saya. Saya sentuh tu buah cincin. Dari mana saya dapat ni cincin? Kenapa macam saya pernah nampak ni?

Tidak lama tu, si mommy pun keluar dari kamar mandi. Tadi sebelum si mommy mandi, saya cuma kena lap oleh si mommy, sebab badan saya masih lemah lepas lama tidak sedar.

"Nak, ko punya handphone sana rumah pula tu. Tu hari polis kasih serah tu barang-barang ko yang kena jumpa masa eksiden, tapi handphone ko yang satu rusak sudah, macam hancur." Saya terus kerut dahi. Berapa juga handphone saya?

"Bah yalah. Nanti ja bagi lah." Mungkin selepas saya tinguk handphone, ada juga memory yang bikin saya ingat something, kan?

Hari ni, sepatutnya saya balik. Tapi saya kena jumpa dulu doktor Isaac untuk pemerhatian lanjut.

Seawal jam 8.00am, doktor Isaac masuk dalam bilik sudah mau interview saya.

"So, hari ni okay ko, Hazel?" Senyum bersemangat si doktor hari ni memulakan kerja dia.

"Okay." Saya jawab ringkas.

"Okay. Jadi macam mana? Ada sudah sikit yang ko ingat?"

Dipendekkan cerita, saya kasih cerita si doktor pasal semua yang saya ingat. Doktor angguk-angguk sambil buat catatan. Masa tu, cuma saya and mommy ja di bilik.

"Okay, jadi betullah macam yang saya cakap tu. Si Hazel menghidap Retograde Amnesia, maksudnya semua memory yang berlaku dari tahun 2011 sehinggalah dia sedar dari koma telah hilang. Saya tidak dapat bagi jaminan yang dia akan pulih dari ingatan dia. Mungkin akan pulih, mungkin juga tidak. Petang ni si Hazel boleh balik sudah. Kena tunggu ubat dari pihak farmasi dulu, baru boleh balik." Mommy angguk dengar penerangan dari doktor Isaac. Saya cuma tunduk selepas dengar. Ada sikit kerisauan yang saya rasa. Okay, so 50-50% lah peluang saya ni? Saya rasa macam missed banyak memory. Macam manalah tu time saya graduated dulu. Macam manalah cara saya dating sama si Craigh.

Tok tok..

Mata kami tertumpu sama tu pintu. Baru saya perasan yang doktor Isaac sudah pula keluar dari bilik. Tu pintu kena buka. Si Wayne. Saya telan air liur. Terimbas kembali tu kenangan time di kolej. Mata saya automatik melilau pi tempat lain.

"Hi Hazel." Si Wayne datang pi depan saya sambil bawa bungkusan dalam plastik. Saya cuma senyum.

"Aunty sudah makan? Saya ada bawa bubur ayam." Dia terus kasih keluar tu container dari dalam bakul kertas.

RULES (21+) CompletedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang