Bab 1

939 22 8
                                    

"AKU terima nikahnya Ainnur Maisara binti Airil Al-Hafiz dengan mas kahwinnya RM 25 dibayar tunai"

Akhirnya aku, Ainnur Maisara binti Airil Al-Hafiz telah selamat menjadi isteri kepada seorang lelaki yang hanya aku kenali sebagai Harridz. Harridz Mikael William bin Hazriel William, nama yang baru aku ketahui selepas akad nikah.

"Ain, Ridz ajak solat sunat." Puan Sukainah, ibu Haridz memberitahu Ainnur Maisara dengan berbisik.

Ainnur hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sebelum bangun daripada duduk dan berjalan ke arah suatu sudut masjid yang telah diletakkan penghadang dengan kawasan majlis akad nikah agar memudahkan pasangan pengantin itu menunaikan solat.

Selepas selesai semua acara, pihak lelaki mula sibuk kerana pada sebelah malamnya akan diadakan majlis sebelah pihak lelaki. Majlis sebelah pihak perempuan tidak akan diadakan kerana sudah diadakan pada sebelah pagi selepas selesai acara akad nikah. Majlis kedua-dua belah pihak diadakan sekali gus dalam masa sehari untuk menjimatkan masa. Kerana masing-masing sibuk dengan dunia pekerjaan.

Ainnur Maisara ayu mengenakan jubah labuh berona putih dan shawl yang dililit simple berona hijau manakala Harridz Mikael William mengenakan tuksedo? berona putih bersama kemeja berona sama dengan tudung yang dipakai oleh Ainnur.

Majlis disebelah lelaki dijalankan tanpa persandingan, kerana majlis persandingan diharamkan di dalam Islam kerana ia akan menarik perhatian orang lain yang bukan mahram melihat raja sehari.

Ainnur dan Harridz masing-masing besetuju untuk tidak mengadakan majlis persandingan walaupun tidak pernah bersua muka antara satu sama lain.

Selesai majlis pihak lelaki Ainnur dan Harridz pulang ke rumah ibu bapa Harridz.

Ainnur sudah mengurut-ngurut kakinya yang terasa hendak tercabut.

Ya Allah, sakitnya kaki.

Ainnur menyeringai sakit apabila dia mengurut kakinya.

Ya Allah, menyesalnya pakai kasut 5 inchi ni. Yang aku cerdik sangat pakai kenapalah. Wedding planner ni pun, ada ke patut suruh aku pakai kasut ni sebab aku ni pendek? Pendek sangat ke aku ni? Rasanya okey je ketinggian aku dengan Harridz. Tinggi takat bahu Harridz je pun. Nak tinggi macam mana lagi?

Setelah puas membebel, akhirnya Ainnur terlelap di dalam kereta akibat keletihan.

Harridz berpaling ke kiri apabila bahunya terasa berat.

Harridz tidak menghiraukan Ainnur dan menyambung meneliti telefonnya.

"AINNUR, bangunlah. Dah sampai ni. Ainnur..." namun, Ainnur sedikit pun tidak terjaga dari tidurnya.

"Menyusahkan orang je minah ni" dalam membebel Harridz tetap mengangkat Ainnur ala-ala bride style.

"Eh, Ridz kenapa dengan Ain?" Puan Sukainah segera bertanya keadaan manantunya apabila ternampak Harridz mendukung Ainnur.

"Ain tertidur, ma. Ridz dah banyak kali kejutkan Ain. Tapi dia tidur je. Tak terganggu langsung" Harridz meluahkan ketidakpuas hatinya kepada Puan Sukainah.

"Oh, biasalah tu. Ain mesti penat. Seminggu dua ni dia selalu sibuk. Tak ada masa nak berehat. Kesian dia. Eh, dah dah bawak Ain masuk. Dahlah tercegat je dari tadi depan pintu sambil dukung Ain. Nasib Ain tu ringan je" Puan Sukainah segera menghalau Harridz daripada tercegat depan pintu sambil mendukung Ainnur yang sedari tadi masih lena.

"Hmm, yelah. Assalamualaikum and goodnight ma"

Harridz melangkah ke arah tangga dengan berhati-hati.

Nasib kau ringan je Ainnur. Kalau kau berat dah lama aku tinggal kat kereta.

Ainnur dibaringkan di atas katil lalu Harridz terus menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri.





AINNUR terjaga dari tidur apabila terasa panas.

"Eh? Aku kat bilik? Rasanya tadi aku dalam kereta."

Bunyi pintu terbuka membuatkan Ainnur berpaling ke arah bunyi itu.

Kelihatan Harridz yang lengkap berbaju keluar dari bilik air dan mencapai remote air-conditioned. Aircorn dibuka dan diset 16°C.

"Tu baju kau. Simpan sendiri dalam almari."

Patutlah panas dia tak buka kipas or aircorn pun.

Kejam punya suami!












































































ISTERI DIAWhere stories live. Discover now