AINNUR menarik nafas panjang lalu melepaskannya perlahan-lahan. Dia melakukankan perbuatan itu beberapa kali sehingga hatinya yang dilambung perasaan takut sedikit sebanyak berkurang.
"Ainnur, bertenang. Bertenang. It's okay. He will be back soon," Ainnur memberi sedikit kata-kata semangat buat dirinya sendiri.
Sesekali cahaya pancaran kilat menerjah ruang tamu yang kegelapan.
"Harridz, Ainnur takuttttt,"
Perasaan takutnya akhirnya tidak dapat dikawal.
Dadanya kembali terasa sesak dan Ainnur mula berasa sesak nafas. Dia memegang dadanya yang mula sesak.
"Harridz,..."
"Harridz,..."
Ainnur semakin lemah.
Namun, tiba-tiba matanya menerima cahaya.
"Ya Allah, Ainnur. Kenapa ni?"
"Ha...haridz...," matanya tertutup lalu dia rebah di lantai marmar sejuk itu.
"Allah!"
Tubuh Ainnur yang kini tumbang didekati. Telefon bimbitnya yang masih bercahaya itu didail.
"Hello, datang rumah aku sekarang,"
Setelah itu tubuh layu Ainnur didukung lalu dibawa ke bilik. Perlahan-lahan tubuh Ainnur dibaringkan di atas katil.
"SHE'S fine. Dia pengsan je. Nothing serious,"
"Dah, jangan risau. Dia okey je. Biarkan dia berehat. Aku pergi dulu eh,"
Harridz hanya mengangguk. Membiarkan kelibat rakannya itu berlalu pergi.
Pandai-pandailah kau cari jalan keluar.
Ainnur didekati. Selimut yang menyelimuti tubuh Ainnur dibaiki.
"Kau buat aku risau, Ain. Kau tahu tak separuh nyawa aku bagaikan hilang tengok kau jatuh pengsan depan aku. Kenapa dengan kau ni Ain? Kalau kau perlukan aku, panggil aku. Hubungi aku. Aku akan secepatnya datang untuk kau," dahi Ainnur dicium lama. Bagaikan menyalurkan kasih sayangnya melalui ciuman itu.
"AYAH,"
"Ayah,"
"Ayah,"
Setitik, dua titik air mata Ainnur gugur.
"Ain, hey Ain. Kenapa ni?" tanya Harridz cemas.
Keadaan Ainnur yang tiba-tiba menangis dengan mata yang terpejam membuatkan Harridz segera menerpa ke arah Ainnur.
"Nak ayah," tangisan Ainnur semakin kuat.
"Shuhh, Harridz ada. Jangan nangis," pujuk Harridz.
Namun, semakin kuat tangisan Ainnur. Tangisan kerinduan seorang anak kepada ayahnya.
"Ain, Ainnur. Hey," pipi Ainnur ditepuk perlahan agar Ainnur terjaga.
Ainnur terjaga lalu tubuh Harridz disebelahnya dipeluk erat.
"It's okay. Harridz ada," Harridz menggosok perlahan kepala Ainnur, cuba menenangkan Ainnur.
Tangisan Ainnur kembali reda. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan.
Harridz memegang bahu Ainnur menjarakkan muka Ainnur dari badannya.
Air mata yang masih tersisa disapu dengan menggunakan ibu jarinya.
"Kenapa ni?"
"A-ayah,..."
"A-in rindu a-yah"
***
Allah, lama tak sentuh. Skill mengarang yang memang sememangnya tak bersinar jadi makin makin pudar. Apapun, ni hanyalah sambungan yang tersangat pendek kerana saya sibuk sekarang ni.
04112018
AisyOfficial
YOU ARE READING
ISTERI DIA
Teen Fictionalso known as Mrs. Ninja Kesayanganku , by @AisyOfficial Karya ke 2 *** Setiap pasangan mendambakan cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina. Namun, apabila seorang wanita itu tidak dapat memberikan zuriat buat suaminya adakah masih...