Bab 7

308 12 0
                                    

-Did I already fall in love with her?-




"Sedapnya bau. Mama masak apa ni?" tanya Harridz yang baru menjengah dapur.

"Wah, tomyam!" mata Harridz seakan-akan bersinar-sinar apabila melihat lauk kegemarannya di depan mata.

"Nah, ambik ni. Letak kat meja," arah Puan Sukainah kepada Harridz.

Mangkuk yang berisi tomyam dibawa oleh Harridz dengan berhati-hati ke arah meja makan.

"Ha, Ridz kenapa kamu pulak yang bawak mangkuk tu. Mana bini kamu? Sepatutnya dia yang kena buat semua ni," sergah Hajjah Maimunah yang baru tiba di ruang makan.

"Ain masuk bilik tadi. Lagipun dia yang masak semua ni. Kinah cuma tolong sikit-sikit je," celah Puan Sukainah yang tiba-tiba ke ruang makan sambil menatang sejag air oren.

Hajjah Maimunah merengus lalu mengambil tempat duduk di meja makan. Puam Sukainah hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah emaknya itu.

"Ma, papa dengan Hafidz pergi mana? Dari tadi tak nampak," tanya Harridz apabila kelibat Encik Hazriel dan Hafidz tidak kelihatan.

"Diorang keluar. Kejap lagi diorang baliklah,"

Harridz meng'oh'kan sahaja jawapan mamanya lalu meminta diri untuk ke bilik untuk menjenguk Ainnur. Risau jugak dibuatnya apabila Ainnur tidak turun-turun lagi.

🔹🔹🔹

"Ain,"

Pintu yang telah terbuka sedikit dikuaknya. Badannya melolos masuk ke dalam bilik lalu dia menutup pintu. Ainnur didekati lalu dia duduk disebelah Ainnur di atas katil itu.

"Ain, kenapa ni?"

Ain menunduk. Kepalanya digelengkan. Kesakitan yang dirasainya ditahan.

"Hey, hey. Kenapa ni?"

Mata Harridz tertacap pada pergelangan kaki kanan Ainnur yang sudah tidak berbalut. Kakinya bengkak dan urat biru jelas kelihatan padanya.

"Kenapa kaki bengkak ni? Ain jatuh ke?"

Harridz membelek-belek pergelangan kaki kanan Ainnur yang membengkak itu.

"Jatuh kat bilik air tadi," suara Ainnur menjadi sedikit serak kerana menahan tangisannya daripada terhambur keluar.

"Kejap eh. Harridz pergi ambil ubat," kepala Ainnur digosok dengan lembut, seolah-olah memujuk Ainnur.

Tidak lama kemudian, Harridz datang sambil membawa peti kecemasan. Dia mengambil tempat di hadapan Ainnur. Minyak dikeluarkan lalu di mengurut lembut kaki kanan Ainnur yang semakin membengkak.

"Tahan sikit,"

Walaupun Harridz telah mengurut kaki Ainnur sehabis lembut, kesakitan yang dirasai seperti urat sarafnya hendak terputus.

"Kaki Ain dah masuk angin ni. Sebab tu kaki jadi bengkak," Harridz menerangkan kepada Ainnur tanpa dipinta sambil membalut semula kaki kanan Ainnur.

"Maaf. Ain selalu menyusahkan Harridz,"

"Ain tak pernah menyusahkan Harridz malahan melengkapi Harridz,"

Lama mereka terdiam sebelum Harridz bersuara semula.

"Tiada yang sempurna kecuali Allah. Ain pemilik tulang rusuk Harridz. Tanpa Ain, Harridz tidak sempurna. Kerana itulah Allah menciptakan Ainnur Maisara binti Airil Al-Hafiz untuk melengkapi Harridz Mikael William bin Hazriel William.

Kerana itulah Ainnur dan Harridz ditakdirkan bersama. Untuk melengkapi antara satu sama lain. Istilah 'menyusahkan' tidak akan pernah wujud dalam hubungan kita. Sebaiknya, istilah 'melengkapi' menjadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan anggap diri Ain sebagai bebanan kerana bagi Harridz, Ain merupakan anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah.

Mungkin pada awal perkahwinan kita Harridz melayan Ain endah tak endah. Tapi, percayalah. Pada masa itu hati Harridz masih lagi berbelah bahagi. Harridz tak pernah rapat dengan perempuan lain kecuali mama, dan nenek. Sebab itu Harridz rasa kekok dan layan Ain macam tu...,"

Nafas dihela perlahan. Tangan Ainnur digenggamnya. Mata Ainnur ditatap. Jelas kelihatan air mata Ainnur bergenang di kelopak mata. Menunggu masa untuk jatuh.

"Tapi,...

Semakin lama Harridz mengenali Ain, Harridz rasa selesa dan tenang. Sebab tu Harridz selalu je menyibuk dekat Ain. Kalau jauh sikit je hati Harridz bagaikan rasa kekurangan. Mungkin hati Harridz dah selesa dengan Ain. Mungkin jugak hati Harridz dah terpaut dengan Ain. Dan Harridz tak pernah menyesal berkahwin dengan Ain.

Memang dulu Harridz rasa mama tak adil sebab aturkan perkahwinan Harridz dengan Ain. Sedangkan Hafidz, mama tak aturkan pun walau hakikatnya kitorang ni kembar walaupun Harridz ni abang. Tapi, Harridz akui yang tindakan mama memang betul kerana kahwinkan Harridz dengan perempuan sebaik Ain. Takkan ada lagi perempuan sebaik Ain. Kalau ada pun, dia takkan dapat menjadi Ain di hati Harridz."

Ainnur mengesat air matanya yang menitis. Rasa terharu menyelubungi dirinya. Terharu dengan ucapan ikhlas Harridz.

"Harridz, terima kasih kerana dapat menerima Ain sebagai seorang isteri. Terima kasih kerana cuba mengenali Ain. Terima kasih kerana menjadikan Ain sebahagian daripada hidup Harridz dan terima kasih untuk segalanya... Ain hargai sangat walaupun perkenalan pertama kita bermula dengan pergaduhan kecil," Ainnur ketawa kecil apabila teringatkan pergaduhan mereka itu.

"Memori aiskrim tu, kan?" tanya Harridz.

Ainnur mengangguk lalu tertawa.








































***

⚫Terima kasih sebab vote dan komen⚫
⚫Maaf atas kekurangan dan kelemahan dalam bab ni⚫

Sayonara,
↪Aisy

ISTERI DIAWhere stories live. Discover now