Bab 4

386 11 0
                                    

"Melindungimu menjadi keutamaanku"


Kehidupan Ainnur telah berubah seratus peratus semenjak dia berkahwin dan tinggal bersama suaminya.

Dulu nak masak ikut suka hati. Sekarang kena tanya dulu encik suami nak makan apa. Kang masak, dia tak nak makan tak ke haru.

Dulu boleh oversleep kalau hujung minggu. Sekarang hujung minggu kena bangun awal. Kemas rumah apa semua.

Dulu jarang pergi joging. Sekarang hari-hari terpaksa pergi joging. Awal pagi pulak tu. Sebabnya kena teman encik suami. Katanya, dia tak naklah isterinya tu menternak lemak je setiap hari. Tapi, apa kejadahnya nak ternak lemak kalau dulu pun badan dia kurus. Makan banyak mana pun maintain je badan.

"Ain, cepatlah. Joging." laung Harridz dari tingkat bawah.

"Sekejap." Ainnur tergesa-gesa memakai stoking.

'Tak boleh ke tunggu sekejap. Kacau je. Dahlah hari ni hari minggu. Sepatutnya aku berehat je hari ni.' Mulut Ainnur terkumat-kamit membebel.

"Lambatnya siap. Bukannya nak pergi jalan-jalan. Nak pergi joging je."

"Padam muka kena tunggu lama. Siapa suruh kacau cuti hujung minggu Ain." ujar Ainnur perlahan kerana takut didengari oleh Harridz.

"Apa?"

"Walau nak pergi joging pun aurat kena jaga, suamiku. Sebab tulah kalau isterimu ini lambat sikit bersiap janganlah membebel. Ingat senang ke nak pastikan pakaian tu menepati piawaian sebagai seorang Islam."

Harridz tersentap.

"Dah jom. Jangan nak tersentap sangatlah. Dah lewat dari biasa dah ni. Biasanya masa ni kita dah sampai rumah. Ni pergi tak lagi." Ainnur menarik tangan Harridz supaya mengikuti langkahnya.

Selepas mereka memakai kasut, mereka memanaskan badan sebelum berjoging. Mereka selalunya akan berjoging dari rumah hingga ke taman berdekatan perumahan mereka.

Setelah mengunci pintu pagar mereka memulakan joging mereka.

"Segarnya udara" guman Ainnur.

"Harridz memang kena selalu joging ke pagi-pagi?" tanya Ainnur.

Ainnur memang tertanya-tanya tentang perkara itu sebab setiap hari mesti Harridz akan ajak Ainnur pergi joging awal pagi.

Dulu, masa duduk dengan mak dan ayah mertua dia tak adapun dia nampak Harridz joging.

"Taklah. Harridz joging ni pun sebab nak kekalkan stamina. Harridzkan sibuk, sebab tulah kena stamina yang kuat baru tak cepat letih"

"Oh, sebab tulah Harridz ajak Ainnur joging jugak?"

Harridz dan Ainnur mula berhenti berjoging dan mula berjalan.

"Pandai pun isteri Harridz." hidung Ainnur dicuit.

"Lagipun Harridz tak naklah Ain jadi gemuk"

"What?" Harridz ketawa mengekek lalu berlari menjauhi Ainnur.

Gemuk tu perkataan sensitif bagi insan yang bergelar wanita. Boleh hancur mood hari tu kalau ada orang cakap dia gemuk.

"Harridz Mikael William bin Hazriel William!"

🔹🔹🔹

"Aduh"

"Cari penyakit apasal? Kan dan terseliuh kaki tu" bebel Harridz.

"Mana ada Ain cari penyakit. Ain cari Harridz." air mata Ainnur sudah bergenang dan hanya menunggu untuk jatuh. Entah kenapa dia tiba-tiba menjadi sensitif.

"Harridz Mikael William bin Hazriel William!"

Harridz berlari meninggalkan Ainnur apabila melihat Ainnur yang tidak ubah seperti Hulk. Sekelip mata Harridz hilang dari pandangannya.

"Dia lari tinggalkan aku?"

Ainnur menyepak-nyepak(?) batu-batu jalan sambil membebel-bebel.

"Sampai hati dia tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Dia tak takut ke bini dia yang comel ni kena culik? Kalau dia takut aku jadi Hulk janganlah cakap aku gemuk. Macamlah dia tak tahu perkataan gemuk tu umpama mimpi ngeri buat wanita."

Tanpa Ainnur sedari salah satu batu-batu jalan yang disepaknya terkena seekor anjing yang sedang kelaparan.

"Huh, sekarang ni nak buat apa kat sini? Baik aku balik buat sarapan. Dapat jugak aku makan. Dahlah lapar."

Tiba-tiba terdengar bunyi salakan anjing di depannya.

Ainnur memandang ke hadapan lalu terlihat seekor anjing sedang menuju je arahnya.

Air liur yang ditelan bagaikan tersekat dikerongkong. Hormon adrenalina serta-merta dirembeskan dengan banyak.

Ainnur terus berlari pecut meninggalkan anjing itu. Sesekali Ainnur memandang ke belakang.

"Wahai anjing yang haram ku sentuh. Tolonglah berhenti kejar aku."

Namun, anjing itu semakin menghampiri Ainnur.

Ainnur tiada pilihan lain selain memanjat pokok yang banyak terdapat di tepi jalan itu.

"Harridz, tolong Ain!"

Ainnur menangis teresak-esak.

'Ayah, Ain perlukan ayah'

Tak lama kemudian anjing yang mengejar Ainnur berputus asa untuk memanjat pokok yang diduduki Ainnur. Anjing itu mungkin tak pandai nak panjat pokok.

"Ain! Ainnur!" kedengaran laungan seseorang.

"Ya Allah, Ainnur!"

Ainnur yang sedari tadi memejamkan matanya sambil menangis mula membuka matanya.

"Harridz!"

"Ain buat apa kat atas pokok ni? Takkan marahkan Harridz sampai panjat pokok"

"Tadi, ada anjing kejar" Ainnur memeluk dahan pokok. Baru dia sedar bahawa agak tinggi dia memanjat.

"Dah, turun. Anjing dah tak ada." arah Harridz.

Ainnur memandang ke bawah.

"Hmm- Ain tak tahu nak turun." Ainnur tersengih.

"Ya Allah, budak ni. Pandai panjat tak pandai nak turun. Ma-"

"Ala, macam mana nak turun ni?" Ainnur segera memintas percakapan Harridz. Dibuatnya Harridz membebel sampai ke petang tak turun dia.

"Terjun jelah Harridz sambut." usul Harridz.

"Ain kan gemuk. Larat ke Harridz nak sambut." sinis pertanyaan yang diutarkan Ainnur.

"Larat je. Harridzkan sado. Cepatlah. Kan Harridz tinggal kat sini." sempat lagi Harridz memuji dirinya 'sado'. Tangan atas bahu mata ke atas.

Ainnur teragak-agak hendak terjun. Kan dibuatnya Harridz tak sempat nak sambut masuk hospital dia.

"Dah, dah. Cepat terjun. Harridz kira sampai tiga Ainnur terjun."

"Satu-"

"Dua-"

"Tig-"

Bukk!





























***

⚫Terima kasih sebab vote dan komen⚫
⚫Maaf atas kekurangan dan kelemahan dalam bab ni⚫

Sayonara,
↪Aisy

ISTERI DIAWhere stories live. Discover now