"Adoi, sakit belakang Harridz. Ain lah ni. Tak habis sebut tiga dah terjun." Harridz membebel setelah selesai memapah Ainnur hingga ke ruang tamu.
Dia membuat sedikit regangan bagi membetulkan tulang belakangnya yang agak lenguh kerana memapah Ainnur yang rendah daripadanya.
"Sorry. Nanti Ain masak makanan kegemaran Harridz sebab tolong Ain. Boleh?" Ainnur tersengih.
"Hmm"
'Bad mood ke?'
***
Ainnur menuruni tangga dengan perlahan-lahan sambil tangan kanannya memegang pemegang(?) di tangga untuk menyokong badannya.
"Haih, tinggilah pulak rasa tangga ni" guman Ainnur.
"Dah tahu kaki tu terseliuh tak reti ke nak panggil Harridz?" tanya Harridz yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.
"Astaghfirullah al adzim. Terkejut Ain." Ain mengurut perlahan dadanya.
"Dah meh lengan."
Harridz perlahan-lahan memapah Ainnur menuruni tangga.
"Lain kali kalau nak turun panggillah Harridz." Ainnur hanya terdiam.
"Nak pergi mana turun ni?" tanya Harridz.
"Emm- dapur."
"Okey. Dah sampai. Nak buat apa kat dapur? Nak buat air?"
Ainnur didudukkan di atas sebuah kerusi di dapur itu.
"Emm- sebenarnya Ain nak masak." Ainnur tersengih memandang Harridz yang mula berubah air mukanya.
"Ain-" sura tegas Harridz memanggil nama Ainnur mula kedengaran di corong telinga milik Ainnur.
"Err- Ain nak masak sebab Ain tak nak menyusahkan Harridz. Lagipun Ain tak nak kejadian pagi tadi berulang." Ainnur tersengih sambil menayangkan giginya. Sengaja dia menyebut tentang kejadian pagi tadi.
"Err, Harridz nak pergi mana tu?" tanya Ainnur yang melihat Harridz ingin beredar ke dapur.
"Nak pergi dapur. Nak masakkan sarapan. Ain tak masak lagi, kan?"
Ainnur menggeleng.
"Emm- mehlah Ain pergi masak." ujar Ainnur takkala dia melihat Harridz ingin meneruskan langkahnya ke dapur.
"Ain kan sakit tu. Biar Harridz je pergi masak. Ke Ain tak sudi rasa masakan Harridz?"
Setelah mendengar lirihan Harridz, Ainnur hanya mengiakan perbuatan Haridz yang ingin memasak.
'Ya Allah, semoga masakan Harridz tu menjadilah' monolog Ainnur
Setengah jam kemudian, terdengar laungan Harridz memanggil namanya untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh Harridz.
Perlahan-lahan Ainnur melangkah ke dapur sebelum Harridz datang membantunya ke dapur.
"Tadaa!"
Ya Allah!
Pandangan pertama Ainnur tentang masakan Harridz, masya-Allah. Hitamnya! Hangit.
"Hmm- Harridz, kalau Ain tanya jangan marah eh?" Ainnur serba salah.
"Tanya apa." Ainnur didudukkan di atas sebuah kerusi lalu Harridz mengambil tempat disebelah Ain.
"Kenapa sosej, nugget ni hitam?" Ainnur menggigit bibirnya. Risau andai kata-katanya tadi melukai hati Harridz.
"Err- Harridz tak sedar yang sosej dengan nugget ni dah hangus masa goreng tadi. Tapi, masih boleh makan- rasanya." tutur Harridz lalu mencubit sedikit nugget.
"Huk- huk- Pahit!"
"K. Fine. Ain masak. Tapi Harridz tolong"
"Okey"
***
⚫Terima kasih sebab vote dan komen⚫
⚫Maaf atas kekurangan dan kelemahan dalam bab ni⚫Sayonara,
↪Aisy

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI DIA
Teen Fictionalso known as Mrs. Ninja Kesayanganku , by @AisyOfficial Karya ke 2 *** Setiap pasangan mendambakan cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga yang dibina. Namun, apabila seorang wanita itu tidak dapat memberikan zuriat buat suaminya adakah masih...