Bab 8

342 17 7
                                    

-Memori kita bersama akan sentiasa tersemat kukuh di ingatanku-







"Weh, Sara. Cepatlah. Lupakan pasal aiskrim tu. Kita dah lambat ni," jerit rakan Ainnur. Rakan-rakan Ainnur memanggilnya sebagai Sara yang diperoleh daripada namanya, Maisara.

"Kejap," Ainnur bergegas membayar aiskrimnya walaupun mereka telah lambat untuk ke suatu tempat. Aiskrimnya lebih penting buat masa ini.

Setelah selesai membayar, Ainnur melajukan langkahnya untuk mengejar kelibat rakannya yang semakin menghilang daripada pandangannya.

"Ah sudah. Mana minah ni? Dahlah aku rabun. Nak pergi mana ni?" bebel Ainnur sendirian namun dia tetap jua melangkah dengan laju dan tergesa-gesa. Aiskrim di tangannya sudah sedikit mencair.

'Sayang, maafkan mama tak dapat nak makan sayang sekarang. Mama tengah kejar masa ni. Lepas dah sampai kat kereta nanti mama makan. Lagipun tak baik makan sambil berdiri,' monolog Ainnur sambil menjeling sekilas aiskrim di tangannya itu.

Ingin sahaja dia menjilat aiskrim itu sekarang. Namun apabila memikirkan dia sudah lambat dan amalan makan berdiri ni tidak patut ditunjukkan buat generasi muda, dia membatalkan niatnya.

Sedang asyik dia melangkah, kakinya tiba-tiba tersadung batu yang berada di laluannya lalu menyebabkan aiskrim yang dipegangnya 'terbang' lalu mendarat pada kot seorang jejaka yang berada berhampiran tempat kejadian.

Lelaki itu melopong apabila kotnya tiba-tiba menjadi tempat 'pendaratan' aiskrim berperisa coklat milik Ainnur.

"Oh no. You are dead, Ain!"

Perlahan-lahan kakinya mengundur ke belakang dengan langkah yang agak kecil. Dia kemudian memusingkan badannya lalu bersedia untuk lari!

"In three...

Two...

One...,"

"Ehem, awak nak pergi mana tu?" deheman seseorang membuatkan pergerakan langkah Ainnur terhenti.

"You are dead. Really dead!"








"Lepas tu menggelabah Ain minta maaf dengan Harridz,"

"Ha'a. Comel je Ain masa tu. Rasa nak cubit je," puji Harridz.

Muka Ainnur kemerah-merahan menahan malu.

"Maafkan Ain ya Harridz. Ain tak sengaja mendaratkan aiskrim terbang tu kat atas kot Harridz,"

"Benda tu dah lama dah berlalu. Harridz pun dah lama dah maafkan Ain. Harridz tahu Ain tak sengaja. Dah, jom turun bawah. Orang lain dah tunggu kita tu. Papa dan Hafidz pun dah sampai kot,"

Harridz menarik perlahan lengan Ainnur. Perlahan-lahan Ainnur menuruni katil.

"Boleh jalan tak ni?" tanya Harridz risau apabila melihat cara Ainnur berjalan.

"Boleh, insya-Allah,"


"Ha tu Harridz dah turun," suara Puan Sukainah menyebabkan seluruh isi rumah yang berada di meja makan menoleh ke arah Harridz dan Ainnur.

"Harridz, lambat pulak kamu turun. Tadi kata nak jenguk je si Ain ni. Kesian Aira dah tunggu lama ni," kata-kata Hajjah Maimunah membuatkan Ainnur yang sedari tadi hanya menunduk mengangkat wajahnya.

Matanya terus terpandangkan seorang gadis yang agak cantik yang duduk bersebelahan Hajjah Maimunah. Terasa kerdil dirinya apabila membandingkan dirinya dengan Aira.

"Kaki Ain bengkak tadi. Harridz pun urutkan sekejap. Tu yang lambat sikit turun. Maaf, nenek,"

Harridz dan Ainnur sempat bersalam dengan Encik Hazriel sebelum melabuhkan punggung mereka di atas kerusi.

Hafidz mula membacakan doa makan sebelum mereka mula menjamu selera.

"Biar Harridz je yang ambik," Harridz bersuara perlahan kepada Ainnur yang cuba bangun dari duduknya untuk mengambilkan lauk-pauk buat dirinya.

"Aira, letakkan lauk-pauk tu untuk Harridz," arah Hajjah Maimunah apabila melihat Harridz ingin mengambil tomyam.

Puan Sukainah dan Encik Hazriel saling berpandangan antara satu dama lain. Mereka merasakan Hajjah Maimunah merancangkan sesuatu. Di tambah pula dengan kehadiran mengejut Aira di rumah mereka.

"Eh, eh. Tak apa. Biar Harridz je letak," tolak Harridz lembut.

"Biar jelah Aira letak. Ada isteri tak boleh nak harap. Manjakan sangat si Ain tu," bebel Hajjah Maimunah.

Harridz akhirnya pasrah. Pinggan yang sudah penuh diisi dengan lauk-pauk diambilnya dari Aira.

'Ini bukan taste aku,' Harridz melihat sayu pinggannya itu.

Hafidz di sebelahnya dipandang sekilas. Bukan main berselera dia makan.

Harridz mengeluh kecil. Dia memejamkan matanya buat seketika, muhasabahkan dirinya terlebih dahulu sebelum dia terpaksa menelan segala lauk-pauk yang diletakkan oleh Aira.

Ainnur mengambil pinggannya yang belum terisi dengan lauk-pauk lalu meletakkan tomyam dan seketul ayam goreng berempah.

Pinggannya ditukarkan dengan pinggan Harridz.

Harridz mencelikkan matanya.

Dia tercenggang.

Harridz memandang Ain di sebelahnya yang mula menjamu selera. Senyuman terlakar dibibirnya.

Ni yang sayang lebih ni.

"Terima kasih," bisik Harridz perlahan di telinga Ain.

Ain mengangguk.

Hanya Ain yang memahaminya.

Harridz kemudian makan dengan berselera.

Air tangan isteri tercinta.

Ainnur yang melihat telatah Harridz tersenyum senang.

Mudah nak masakkan untuk Harridz ni. Masak dua tiga hidangan pun dah cukup sebab Harridz ni simple orangnya. Dia tak suka terlalu banyak lauk-pauk.

Ainnur teringat kembali saat Harridz mengadu lapar pada hari pertama mereka di rumah baharu mereka. Tiada barang basah yang boleh dijadikan lauk. Kesudahannya, Ainnur hanya menggoreng telur dadar dan menanak nasi. Jadi, mereka hanya makan nasi bersama telur dadar dan sedikit kicap.

Tapi, Harridz tidak merungut dan makan tanpa banyak soal malahan Harridz siap memuji kegebuan telur dadar buatan Ainnur.

Hajjah Maimunah yang melihat telatah pasangan suami isteri di hadapannya membuat muka meluat. Nasi disumbat rakus ke dalam mulut.

"Huk, huk, huk, huk," tiba-tiba dia terbatuk akibat tercekik nasi.

"Ya Allah, mak. Kenapa ni?"

Puan Sukainah kelam kabut menepuk belakang badan Hajjah Maimunah. Gelas yang berisi air turut dicapai lalu disuakan kepada Hajjah Maimunah.

"Dahlah, mak tak ada selera nak makan," ujar Hajjah Maimunah setelah batuknya reda.

Dia melangkah keluar dari bilik makan.

Semua yang berada di meja makan saling berpandangan sebelum masing-masing mengangkat bahu lalu menyambung aktiviti makan mereka.







































#Maafkan kekakuan bahasa di situ. Dah lama tak menulis. Saya pun nak habiskan cerita ni. Tapi kekangan masa. Lebih-lebih lagi sekarang ni. Stres otak dibuatnya. Lagipun tak ada yang nak vote dan komen. Jadi saya beranggapan cerita ni hambar dan membosankan. So, jangan tunggu sambungannya sebab saya hanya update bila saya nak. Lagipun tak guna letak note nak 20 vote untuk next update sebab matlamat tu takkan tercapai. So, bye uolls.

ISTERI DIAWhere stories live. Discover now