Bab 2

504 12 3
                                    

Jiwaku terasa kosong,
Hatiku terasa resah,
Adakah ini tanda aku sudah jauh dariNya?
@AisyOfficial

↪〰〰〰↩

"MORNING ma, pa" ucap Hafidz lalu mengambil tempat di sebelah kiri papanya.

"Assalamualaikum ma, pa. Morning" Harridz yang baru muncul selepas beberapa saat Hafidz muncul mengambil tempat duduk disebelah Hafidz.

"Ha, kan bagus kalau Fidz bagi salam dulu macam Ridz ni. Kalau kita beri salam dapat pahala. Ni morning, morning. Lagipun kita ni orang Islam. Kan lagi elok beri salam." Puan Sukainah mula bersuara setelah membalas ucapan salam dan morning anak-anaknya itu.

Bukan apa, niatnya hanya nak menegur anaknya yang seorang lagi tu. Dari dulu sampai sekarang masih tak berubah. Ucapan Mat Salleh tu suka sangat sebut. Tapi, ucapan salam tu memang payah sangat nak keluar dari mulut anaknya tu.

Ainnur kemudian datang sambil membawa seteko air milo.

"La, kenapa Ain yang buat kerja ni. Kan Ain masih penat." Puan Sukainah bangun untuk mencapai teko untuk menuangkan air ke dalam cawan.

"Tak apa, ma. Biar Ain yang buat. Lagipun tak penat mana pun" tak penat konon. Tadi hampir-hampir terbabas bangun lewat. Badan pun rasa tak bermaya. Tu tak rasa penat lagi?

Ainnur menuang air milo ke dalam cawan Puan Sukainah terlebih dahulu. Diikuti dengan cawan Encik Hazriel.

"Papa tak minum air milo, Ain. Mama dengan Fidz je yang minum milo. Papa dengan Ridz biasanya pagi-pagi minum kopi." terang Puan Sukainah.

Ainnur kelihatan serba salah. Harridz yang melihat keadaan Ainnur itu menukar cawan Encik Hazriel dengan cawan Hafidz.

"Dah, Ain pergi buat air lain" arah Harridz.

"Err, Ain pergi buat air kopi kejap eh?" Ainnur terus berlalu ke dapur.

Setelah selesai membuat air, Ainnur datang menatang seteko air kopi dan segelas susu.

Air kopi itu dituang ke dalam cawan Encik Hazriel dan Harridz.

Ainnur kemudian mengambil tempat di sebelah Puan Sukainah.

"Air apa tu Ain? Air susu kambing ke tu?" tanya Puan Sukainah apabila melihat Ain minum segelas susu.

"Ha'a ma. Kenapa? Ain salah ambil ke? Maaf ma. Ain tak tahu." muka Ainnur sudah cuak. Baru hari pertama kat rumah mak mertua dah buat hal. Apalah kau Ainnur.

"Tak, susu kambing tu kawan mama yang bagi. Tapi, tak ada pun yang minum. Sebab rasa hamis(?). Tak sedap nak minum. Mama tanya sebab nampak Ain minum okey je." Puan Sukainah menjelaskan hal yang sebenar setelah melihat muka cuak Ainnur.

"Oh, Ain masak susu kambing ni dengan kulit kayu manis. Baru hilang sikit rasa hamis(?) tu. Lagipun, biasanya pagi-pagi Ain minum susu kambing dengan kurma je. Maaf ma, Ain ambil je susu ni tanpa beritahu mama"

Sejuk hati Puan Sukainah melihat Ainnur. Nampaknya dia tak salah pilih menantu. Harap-haraplah anak terunanya seorang lagi tu pandailah memilih isteri. Dah penat dia membebel tapi tak berkesan. Nak tolong carikan katanya nak cari sendiri. Adik dah kahwin abang je duk membujang. Langkah bendul, langkah bendul lah janji dapat menantu.

"YA Allah, nikmatnya baring" tubuh langsingnya dihempaskan ke katil.

Penat. Penat menolong mak mertua. Tambahan penat semalam tak habis lagi.

Ainnur kembali bangun dan membuka tudungnya lalu diletakkan di atas kerusi.

Tubuhnya kembali dibaringkan dan tidak lama kemudian satu dengkuran halus kedengaran menandakan Ainnur telah lena.

Krak,

Pintu terbuka dari luar menampakkan satu batang tubuh tegap meloloskan dirinya memasuki bilik.

"Amboi, seronoknya tidur. Habis katil ni dikuasainya. Dah tu aku nak tidur mana?" dalam membebel, kakinya diatur mendekati katil.

"Ainnur, oh Ainunur. Tepilah sikit. Aku nak tidur jugak. Kau ingat kau tu tuan katil ni ke? Sedap sedap je kau tidur" tubuh Ainnur digoncang sekuat hati.

Ainnur bangun mendadak.

Ainnur merintih kesakitan apabila kepalanya terasa sakit kerana dia bangun mendadak.

"Tsk, kejutlah elok-elok. Sakit kepala Ain" kepalanya diurut-urut sambil dia beralih ke kiri sedikit, memberikan ruang kepada Harridz.

Sempat Ainnur mengerling ke arah jam yang berada di dinding. Pukul 9.00. Dalam 5 minit baru dia lena. Dah kena kacau.

Badannya kembali dibaringkan apabila kepalanya masih terasa sakit.

Kepala diurut sedikit agar sakit kepalanya berkurang.

"Sakit lagi ke?" tanya Harridz. Ainnur mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Dah, larikan tangan Ain. Biar Ridz tolong urut" tangan Ain ditepis perlahan lalu Harridz mula mengurut perlahan-lahan.

"Emm, sorry"

"Hah? Sorry untuk apa?"

"Sebab kejut Ain tiba-tiba"

Janggal.

"Oh, tak pe"

"Ain" seru Harridz setelah 10 minit mereka mendiamkan diri.

Harridz memandang Ainnur apabila tiada suara Ainnur kedengaran.

"Laa, dah tidur dah?"

Kepala Ainnur dialihkan posisinya agar Ainnur lebih selesa.

"Good morning. Sleep tight" selimut diambil lalu diselimutkan hingga ke paras pinggang.
















































***

Sayonara,
↪Aisy

ISTERI DIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang