Epilog

24 2 2
                                    

"Ni anak aku, Rayyan Syahmie nama dia," seorang kanak-kanak lelaki menjengukkan kepalanya sedikit dari belakang Puan Zurieca. Pemalu budak ni.

"Hai," Puan Ryana melambai pada kanak-kanak itu sebelum kepalanya kembali disorokkan dibelakang ibunya. Tergelak Puan Zurieca dengan telatah anaknya yang pemalu itu. Umur dah 9 tahun pun masih lagi pengecut.

"Salam auntie, sayang," bahu Syahmie ditepuk perlahan sebagai tanda menenangkan.

Syahmie memandang ibunya lama seakan tidak mahu. Namun kelama-lamaan, tangannya dihulurkan jua.

"Comelnya budak nihh. Besar nanti mesti handsome," seloroh Puan Ryana.

"Hahaha... tu lah dia. Harap-harap bukan playboy macam zaman ayah dia bujang dulu,"

Ketawa kecil dilepaskan. Saling mereka berborak, tiba-tiba datang seorang kanak-kanak kecil menerpa Puan Ryana.

"Umi...," kanak-kanak itu tersenyum menampakkan giginya yang putih namun satu je kekurangannya.

Gigi tengahnya tiada! Rongak!

"Eh, Syamimi. Dah cabut gigi dah? Sakit lagi tak?" Pipi kanak-kanak itu ditelek perlahan, melihat gigi anaknya. Takut-takut masih berdarah.

"Tak, tak sakit dah. Tadi Mi cabut sendiri!" Dengan riang kanak-kanak itu bercerita sampai tangannya tergawang-gawang ke udara.

"Iye? Macam mana cabut?"

"Mi letak benang kat gigi dan kat pintu, lepastu hempas pintu and tada! Gigi dah takde!" Beristigfar Puan Ryana mendengar kaedah budak ni cabut gigi.

Gila berani!

"Waahhh... beraninya! Tak sakit ke?" Tiba-tiba Syahmie yang sedari tadi membisu kini bersuara. Syamimi berpaling ke belakang memandang budak lelaki itu.

Senyuman paling manis dan kelakar diukir.

"Tak! Tak sakit langsung!"

Entah kenapa, Puan Zuerica dan Puan Ryana berasa seronok melihat telatah keduanya.

"Ni anak aku, Rie. Eryna Syamimi," saat diperkenalkan diri, tangannya terus menyalami Puan Zuerica.

"Comel! Umur berapa ni?" Kepala Syamimi diusap. Sengihan Syamimi membuatkan dia sejuk hati.

"4 tahun baru,"

"Ouhh... muda dari Syahmie lah ni. Syahmie dah 9 tahun," Syahmue yang tahu dirinya disebut, mengukir senyuman kelat. Seakan tak ikhlas.

"Mi, bawa Syahmie main kat bilik game. Umi nak cerita dengan umi Syahmie jap,"

"Aye aye umi!" Tabik diberikan. Ketawa kecil meletus dari mereka semua sebelum tangan Syahmie dipegang.

"Jom!" Sengihan Syamimi. Entah kenapa, budak degil bernama Syahmie turutkan jua.

@@

"Nah, kapal terbang! Abang saya buatkan tadi! Hebatkan?" Syamimi menghulurkan satu origami kapal terbang pada Syahmie.

"Eleh, saya pandai buat ni. Tak payah, mari saya buat yang baru,"sehelai kertas A4 ditarik sebelum tanggannya lincah membuat origami jet.

Come onlah! Aku dah 9 tahun kot!

"Waahh..pandainya awak buat,"kagum dengan kehebatan Syahmie,Syamimi mendekatinya.

"Hebatkan?"muka diangkat sebelum matanya bertembung betul-betul dengan Syamimi.

"Awak,cuba senyum,"Syahmie menggeleng tak mahu.

"Senyumlah. Awak ni bila senyum tak ikhlas pun,"

"Mana tahu saya tak ikhlas?"

"Kalau ikhlas, senyuman tu akan menggembirakan hati nereka yang melihat. Macam ni!" Kedua hujung bibir Syahmie ditarik membentuk senyuman paksa.

"Haa macam ni lah," Syamimi tersengih. Tangannya ditepis.

"Janganlah awak, saya tak suka senyum,"

"Ye? Tapi saya suka tengok awak senyum," Syamimi tersenyum memandang Syahmie. Syahmie buat muka mencebik.

Kelama-lamaan mereka tergelak bersama.

Mr. SetiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang