Bab 1

21 2 0
                                    

"Abang, tunggulah adik!" Dua kanak-kanak saling berkejaran. Laju je lari, takut lak jatuh kang.

Syahmie yang sedang sibuk menelaah buku besar mengenai business itu tersenyum melihat telatah mereka. Satu sahaja perkataan yang muncul di benak fikirannya.

Nostalgia.

"Abang letih lah dik. Kejap," termengah-mengah budak lelaki tu bila laju dikejar kanak-kanak kecil tu.

"Haa tu lah. Tak nak tunggu adik lagi! Padan muka," giliran si adik membecok mengejek abangnya.

Syahmie melepaskan tawa kecil.

'Hey.. I really miss you,'

@@

"Haihhhhh.... Nana tolong aku... aku tak suka sekolah!" Tubuhnya yang tembam dihempaskan ke katil. Nana atau Eina Marina tergelak.

"Kau apa je kau suka?" Wajah kecil milik Nana dipandang lama.

"Nana... nak tolong tak?"

"Tak nak"

"Ala tolonglah," muka comel ditayang. Pujukan secara halus on!

"Berhenti buat muka tu. Aku nak muntah!"

"Setuju nak tolong aku, aku berhenti," mata dijulingkan sebelum menatap geram sahabatnya yang tembam nih.

"Nak apa, tuan Puteri Eryna Syamimi?" Tersengih Syamimi Nana memanggilnya tuan puteri. Mood perli dah dia tu.

"Tolong buatkan kerja sekolah aku," bantal busuk Syamimi yang berwarna purple dirampas sebelum dilekapkan ke muka tuannya.

"Memang taklah, genius!" Bantal segera ditepis sebelum tangannya menggeletek sahabatnya tu

"Balasan atas cubaan membunuh aku!" Terkekek-kekek Nana ketawa. Dia memang jenis tak tahan geli. Pegang bahu pun dah geli, apa lagi geletek.

"Woi berhentilah," akibat cuba mengelak, Nana terlanggar meja belajar disebelah katil Syamimi. Habis berterabur buku!

"Alamak!"

"Nana, Syamimi! Buat apa tu?!" Tu dia! Puan Ryana dah sound!

"Tak buat apa-apa umi! Nana jumpa lipas je. Habis jatuh barang," Terjegil mata Nana.

Amboi! Yang takut serangga tu kau! Aku buat lek je lipas lalu!

Kepala Syamimi disengkeh

"Nah balasan kacau aku,"laju kaki menuruni katil lalu mengutip buku-buku yang terjatuh. Syamimi yang sememangnya pemalas cuma meniarap memandang Nana yang sibuk menyusun kembali buku-bukunya.

Biarlah bukan salah aku pun.

Tiba-tiba matanya tertancap sebuah buku purple lusuh yang terselit dalam sebuah album besar. Entah kenapa hatinya tertarik.

"Nana.. tolong..,"

"Tolong apa? Tak nak!" Laju Nana menyudahkan kerjanya lalu kaki diatur meninggalkan Syamimi berseorangan.

"Nana!"

@@

Rambutnya yang pendek seakan lelaki itu digosok kuat dengan tuala bagi melajukan pengeringan. Kipas kaki yang dibeli untuk komputernya agar tidak panas digunakan bagi mengeringkan laju.

"Ahh.. sejuknya...," rambut bahagian depan yang panjang dilurutkan ke bawah hingga menutup mata. Nak bagi kering bahagian tu alang-alang nyaman sikit bila angin menyapa mukanya.

Maaflah dia bukan jenis perempuan keringkan rambut pakai pengering rambut. Mahal katakan!

Anak engineer dan pemilik butik dan kafe terkenal ni kedekut ya bab bab duit nih!

Sedang elok nyaman dia berangan kat tepi pantai, tiba-tiba bunyi botol jatuh. Alamak! Dahlah rumah tengah gelap sekarang ni! Boleh pula main jatuh-jatuh barang masa ni.

Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan ke belakang. Dalam kepala dah terbayang segala jenis makhluk ngeri yang selalu diperlekehnya.

Ya Allah, tolonglah bukan benda-benda macam tu.

Matanya menangkap lembaga seseorang yang masih kaku berdiri memandangnya. Yang anehnya, dia tiada sebarang aura hitam seperti yang dibayangkan tadi.

Tapi lebih ngeri!

"Arghhhhhhhh!" Seribu langkah diatur ke bilik bagi segera mendapatkan tudung yang berada dalam bilik. Pintu dihenpas kuat sebelum dirinya terduduk tercungap-cungap mencari nafas.

Maaf suamiku, auratku terdedah kepada orang lain. Kesian awak!

@@

Jeritan Syamimi ternyata membuat dirinya kembali tersedar dari pukauannya tadi.

Walaupun pendek mahkotanya, dia terlalu comel.

Bidadarikah dia?

Merona habis wajahnya yang putih apabila teringat kekhilafannya tadi.

Tapi comel sungguh ciptaan Mu, aku terpaku. Senyuman kecil terukir tanpa sengaja.

Comel betul awak lari bila nampak saya.

Agak-agak awak ingat saya?

Mr. SetiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang