Bab 3

20 2 0
                                    

"Syamimi, tunjuk bilik untuk tetamu kita. Malam ni, mereka tidur di rumah kita," Syamimi mengangguk meskipun dalam hati, hanya dia yang tahu.

"Umi, Syahmie tu, kenapa dia nampak menyeramkan ya?"

"Chill lah. Dia tu sebelum ni mana ada macam tu. Biasa ceria je. Pemalu sikit kot. Yelah, baru jumpa balik dengan kita, kasi chance la kenal balik kita nih. Kalau betul dia menyeramkan dari dulu, you guys takkan rapat gila tau!"

Rapat gila?

Rapat macam mana tu? Takkan nak tanya lak, buat malu je.

"Rapat tahap masa main kahwin-kahwin je, korang gak lah suami isteri. Main masak-masak bukan kemain masak untuk si Syahmie tu. Main pondok-pondok bukan kemain sweet umi tengok. Kang kena jodoh betul-betul baru tahu," seakan-akan tahu soalan yang bakal ditanyakan, laju Puan Ryana menjawb.

Syamimi yang mendengar terlopong sedikit sebelum mukanya bertukar merah seperti biji saga!

"Seriously umi? Wow.. I didn't know I was that kind of girl," terkesima Sysmimi mendengar.

Kat sekolah, dia takut dengan lelaki. Sangat takut, bila nampak mana-mana lelaki, dia terus menggelabah dan laju menghilang.

Dia trauma dengan lelaki. Makhluk-makhluk itu selalu mengejeknya kerana rupanya yang gemuk itu. Sampailah suatu hari, dia dibaling dengan telur sehari selepas pemergian seseorang yang amat penting baginya.

Dan sebuah peristiwa yang dah dia janji takkan diingat kembali.

Selepas itu, dia trauma dengan lelaki dan mengalami amnesia sedikit. Dia lupa tentang kehidupannya ketika kecil. Dia lupa tentang seseorang itu dan suatu janji.

Lupa-lupanya, dia masih ingat bahawa dia ada membuat janji dengan seseorang, cuma tak ingat siapa. Dan hatinya dah lama meronta ingin mengingat siapa.

"Yeah, I'm serious. Anyway, can you please help me with the dishes? Umi nak layan tetamu kejap,"

"Boleh umi, no prob," tugasan membersihkan pinggan mangkuk bertukar orang.

Laju tangannya membilas pinggan dan cawan sebelum menutup air dan mencuci alatan itu dengan sabun.

Bosan. Tiba-tiba bibirnya mula menyanyi kecil-kecil.

Kaulah insan pertama
Berpacaran denganku
Dan bersama ku mahu
Masa depan yang kukuh.
Maafkan seandainya cinta tidak sempurna

Ketawa sinis seseorang menghentikan nyanyiannya. Dia berpaling dan terkejut memandang susuk tubuh lelaki itu. Ditangannya ada beberapa pinggan dan cawan kotor untuk dibasuh. Senyuman sinisnya mengundang rasa malu yang teramat kepada Syamimi.

"Ingatkan pontianak sundal pagi nyanyi. Kau rupanya,"terjegil mata Syamimi mendengarkan kata-kata celupar Syahmie.

"Biarlah,bukan susahkan kau pun,"Pinggan yang Syahmie letakkan dicapai kasar lalu dibilas. Tak puas hati apa mamat ni dengan aku?

Matanya menjeling Syahmie yang membasuh tangan disebelahnya. Tangannya bermain dengan buih sabun yang agak banyak.

"Kau akan susahkan mak kau bila pinggan mangkuk ni semua pecah dengar kau nyanyi," dia bergerak ke belakang Syamimi tanpa dia sedari lalu buih sabun tadi diletakkan diatas tudung kesayangan Syamimi.

Terselit senyuman kecil. Tawanya ditahan.

"Apa kau buat tu?"Syamimi akhirnya tersedar apabila dia cuba untuk berpusing namun ada tubuh yang menghalang. Eh eh lelaki ni kang!

Mr. SetiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang