Tangan ligat membelai si kucing yang terlena diriba. Udara pagi yang nyaman meyapa wajah. Dirinya termenung seketika sementara menanti kedatangan abahnya yang sedang bersiap.
Mata masih mengantuk namun digagahi juga menyarung baju sekolah demi menimba ilmu. Jam ditilik.
God! It's late! Mana abah ni?!
Baru kaki mahu melangkah masuk ke dalam rumah,tiba-tiba Syahmie keluar. Badannya disarungkan baju sweatshirt berhud berwarna biru gelap yang membuatkan kulitnya yang putih makin putih.
Tubuhnya yang tinggi menghalang pintu masuk sambil memandang Syamimi yang lengkap barbaju formal sekolah. Baju kemeja putih,blazer ungu pekat,kain labuh susun belakang dan riben emas. Tudung sarung putih dimasukkan ke dalam baju. Nampak macam nak pergi wakil sekolah pertandingan bahas pula!
Syamimi yang hendak cepat mendengus.
Ni pahal pula pagi-pagi nak cari pasal? Dahlah semalam dia punca tidur lambat. Tak pasal-pasal ada dark ring dah mata aku ni. Syamimi membebel dalam hati.
"Ish! Tepilah! Dah lambat nak ke sekolah ni!"kata-kata Syamimi tidak diendahkan. Syamimi ketap gigi menahan geram.
"Encik Syahmie,benarkan saya lalu. Saya dah lambat nak ke sekolah ni,"Syahmie cuma mengangkat kening sebelah dan buat tidak tahu lagi.
Okay fine! Dah kemuncak dah kesabaran aku nih. Kau ni memang!
Dengan sekuat hati,Syamimi merempuh saja Syahmie. Nak sangat kan! Kuat sungguh rempuhannya,Syahmie hampir terjatuh ke belakang.
Amboi brutal betul nampak!
"Woi!"sergahan Syahmie tidak dipedulikan Syamimi. Dengan laju,dia menonong ke hadapan mendapatkan bilik ibu bapanya.
TOK! TOK!
Pintu bilik diketuk perlahan. Wajah mengantuk Puan Zuerica terjegul dimuka pintu. Syamimi tersengih.
"Sorry,umi kacau umi tidur. Abah ada? Dah lambat nak ke sekolah ni,"
"Abah awak demamlah,Syamimi. Kan umi ada suruh Syahmie minta tolong hantar ke sekolah. Panggil Syahmie lah,"terkejut Syamimi mendengar penyataan Puan Zuerica.
"Abah demam?! Abah ok tak?"Puan Zuerica mengangguk. Mukanya masih mamai kerana tidur lambat menjaga Encik Zakaria.
"Abah ok je. Penat sangat maybe. Awak tu yang tak ok kalau awak lambat pergi sekolah. Pergilah cepat, Syahmie tunggu tu,"belum sempat berkata apa-apa,pintu bilik dikatup rapat.
Berat rasa kaki melangkah mendekati Syahmie yang dah siap posing dengan kunci kereta ditangan sambil menayangkan muka berlagaknya.
"Tulah,rempuh orang lagi. Tak sempat cakap apa-apa,hang dah pi langgar orang. Padan muka! Dah cepatlah nanti lambat,"muka cemberut Syamimi tidak dipedulikan lalu dengan selambanya dia menonong mendekati keretanya.
And jenama kereta mamat gila ni mampu melompongkan mulut sesiapa termasuklah Syamimi. Kereta dahsyat,tidur rumah orang. Apakah? Pergilah sewa bilik suite kat hotel. Confirm mampu punya melihatkan pada jenis kereta yang si Syahmie ni ada.
Ketawa kecil Syahmie mengejutkan Syamimi dari lamunannya.
"Impressed?"keretanya yang berwarna biru laut itu diusap. Sengihan terukir dibibirnya.
Siapa tak bangga kalau diri sendiri kaya dan mewah? Kuikui!
"Heh! Not at all. Anyway,kalau dah mampu beli kereta semewah ni,kenapa tak sewa suite kat hotel je? Kau kan kaya?"sinis nada Syamimi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Mr. Setia
RomanceWARNING! SLOW UPDATE! Lebih 9 tahun aku menanti dia. Aku masih setia menyayanginya. Kadang-kadang aku pun tak sangka. Senyumannya yang pertama. Manis menusuk jiwa ketika aku masih lagi dalam proses mengenal dunia. Gadis kecil yang mudanya 5 tahun d...