Pisau yang dipegang diacah pada Syamimi. Hati sudah diserbu ketakutan yang teramat.
Ya Allah,tolonglah selamatkan aku..
"Jangan bising,kalau tak aku bunuh kau!"peluh sudah menjerijih laju keluar akibat peningkatan adrenalin pada badannya.
Pintu ditutup dan dikunci. Lelaki itu memulakan pemanduan dan sedia untuk lari. Perkarangan Giant segera ditinggalkan.
Ni dahlah sport car. Kalau lari ni,memang polis susah kejar sebab kereta kompem laju. Lamborghini kot!
'Ya Allah apa aku nak buat ni?' otak dikerah kuat. Kalau nak tunggu diselamatkan,confirm peratusan keselamatannya sangatlah tipis memandangkan peratus untuk menangkap lelaki ni sangat tipis juga.
Haish! Mentang-mentang baru habis sekolah,habis semua kau guna percentage! Argh! Berhenti melalut!
Dia melihat sekeliling. Mungkin ada alat yang mampu membantunya. Malangnya,barang yang ada Cuma sekotak tisu yang sebiji bantal.
Syahmie! Kenapa takde langsung besi ke benda tajam dalam kereta kau ni? Kan dah susah hidup aku!
Ketakutan cuba untuk diredhakan supaya fikirannya lebih lapang. Jalan raya dipandang.
Argh! Terjun ah apa lagi! Tu je jalan keluar! Dia lagi sanggup cedera daripada dijual,dibunuh hidup-hidup or worst jadi pelacur!
No way!!
Sedikit demi sedikit,tangannya berura-ura memegang pembuka pintu dan kuncinya.
Baru sahaja kunci dibuka,lelaki itu memandangnya tajam. Gerun Syamimi melihat. Air mata dah mengalir.
Tudung sekolah ditarik membuatkan tubuhnya ke hadapan sedikit. Seketika kemudian tengkuknya diketuk kuat sehingga segalanya gelap tanpa sebarang cahaya.
----------------------------------------------------------------------------------
Adegan kejar-mengejar berlaku dengan sengit. Pihak polis cuba mengejar kereta yang dicuri bersama seorang gadis yang dilaporkan ada dalam kereta itu juga.
Syahmie sudah berada dalam tahap kegelisahan maksimum. Tak boleh jadi ni! Syamimi dalam kereta aku!
Telefon dikeluarkan. Nombor telefon seseorang didail. Menggigil tangan Syahmie menahan marah dan risaunya.
Panggilan diangkat.
"Bawa DEW 90 now!"
-------------------------------------------------------------------------
Pemanduan yang melebihi 140 km/j berjaya melepaskan dirinya daripada penglihatan polis. Dia sudah tersengih lebar sambil meneruskan pemanduan.
Gadis disebelahnya dijeling seketika.
'Huh! Dapat budak gemuk? Kalau lawa takpe juga. Jual mahal,buat pemanas badan pun best. Kalau yang macam ni,hurmm..jual organ lah,'mindanya dipenuhi dengan bayangan duit yang terbang merata mengelilingi dirinya.
Indahnya dunia bila kau banyak duit.
Baru sahaja dia mahu berseronok sakan,sesuatu menghempap kuat pada bumbung kereta. Tersentak lelaki itu.
"Haish! Benda pula jatuh atas kereta ni? Hilang saham woo kalau rosak.!$%#%& betul lah!"habis segala carutan keluar. Butang untuk membuka bumbung kereta ditekan.
Dia sangkakan panas hingga petang rupanya rebut salji di pagi tu juga. Sebaik sahaja bumbung dibuka,tubuh sasa seseorang menerpanya.
"Tak guna! Kau cari pasal dengan orang salah,bro!"lelaki asing itu cemas melihat muka tuan kereta.
Macam mana dia boleh ada kat sini?!
Pemanduannya mula terganggu. Dia cemas apabila dia mendapati mereka sedang berada di tepi lereng dan bila-bila masa sahaja boleh masuk ke dalam curam di bawah!
Mukanya ditumbuk kuat oleh Syahmie. Hidung rasa seperti patah apabila diperlakukan begitu. Tangannya cuba menghalang tumbukan lagi sebelum dia terlupa,dia sedang memandu!
Kereta yang mula hilang kawalan menjunam ke dalam curam. Syahmie terkejut lalu dengan cepat tubuh Syamimi dicapai dengan susah.
Yelah,Syamimi dahlah berat.
Tubuh itu dipeluk kuat lalu tangannya mencapai tali yang tergantung. Baru perompak itu sedar ada tali berdekatan yang datang dari helicopter!
Apabila kereta hampir menjejak tanah,tubuh Syahmie terangkat bersama Syamimi dalam dakapannya. Perompak itu mula cuak. Kaki Syahmie dicapai lalu tubuhnya terangkat juga.
Nak tercekik Syahmie rasa bila dia perlu menampung dua tubuh yang berat sekaligus. Namun,semarah-marah dia pada lelaki itu,simpatinya masih ada. Dia bukanlah seorang pembunuh untuk membiarkan lelaki itu maut begitu sahaja.
DUM! DUM! KEBOOM!
Dia memandang kereta kesayangannya meletup. Selamat tinggal my Veneno! Melayang duit 2.8 juta pound aku(ringgit Malaysia 11.6 juta). Api yang marak menjilat habis kereta itu. Tinggal sisa sahaja. Huhu!
Kelihatan beberapa buah kereta polis yang berada berdekatan. Melalui sebuah mikrofon ditelinganya,dia memberi arahan mendekati polis-polis tersebut.
Hanya beberapa meter sahaja lagi sebelum mereka sampai ke arah polis,kaki Syahmie ditikam.
"Argh!"terpejam matanya menahan sakit yang teramat. Kurang ajar! Aku simpati pada kau,ni yang kau buat pada aku?
Dasar manusia tak kenang budi!
Mendengar jeritan kesakitan Syahmie, Iskandar yang sedang memandu helicopter sudah agak apa yang berlaku. Helicopter yang diterbangkan mula bergerak ke arah laut.
Nak bagi pengajaran sikit.*kenyit mata
Syahmie yang sudah tidak mampu menahan kesakitan mula menyepak muka lelaki itu. Bergelut pula mereka ditali mereka apabila lelaki masih cuba berpaut.
"Kau dah tikam aku,kau turunlah,bengap! Pergi!"dengan menggunakan seluruh tenaga,kakinya menendang sekuat hati. Akhirnya pautan lelaki itu terlepas dan melayanglah tubuhnya ke udara.
'Huh! Orang tolong buat perangai,'Syahmie melepaskan nafas lega. Hilang beban pada kakinya yang cedera. Dia memandang Syamimi dalam pelukannya.
"So cute,..,"tanpa sedar,Syahmie terucapkan kuat dengan mikrofon terpasang.
"Syahmie,jangan buat apa-apa. Anak orang tu,"Syahmie tergelak.
"Yelah,Iskandar. Anyway,cepat sikit. Pergi hospital,kaki saya cedera. And call police to settle down that urgh!"Iskandar tergelak.
Syahmie..Syahmie..
Author's note: hey guys sorry lambat gila2 punya update yg latest ni. sebenarnya dah lama siap memandangkan part ni pendek je. cuma laptop lak buat hal. nak pakai phone,phone kat rumah(sei) hahaha
sorry penek je kali ni. enjoy
KAMU SEDANG MEMBACA
Mr. Setia
RomanceWARNING! SLOW UPDATE! Lebih 9 tahun aku menanti dia. Aku masih setia menyayanginya. Kadang-kadang aku pun tak sangka. Senyumannya yang pertama. Manis menusuk jiwa ketika aku masih lagi dalam proses mengenal dunia. Gadis kecil yang mudanya 5 tahun d...