ps: author ada update sikit part sebelum ni. i changed it a bit. enjoy!
Mata bundar Syamimi tidak lepas dari memandang Syahmie. Hailah mamat ni!
Aku baru kenal kau tiga hari dah macam-macam bala datang kat aku. Dahlah tak handsome!
Keluhan dilepaskan. Eleh! Walaupun banyak bala datang,dia juga yang tolong kau kan?
Baru sahaja mahu bangun,tangannya ditarik. Terkejut mak kau!
"He..ada orang renung kitalah,"Syahmie tersenyum comel. Syamimi sudah menjulingkan matanya.
"Eiii cliché novel lah! Ada orang renung,eh mana ada,eiuww eiuww whatsoever,"mulut mengajuk dialog-dialog kebiasaan novel masa scene-scene macam ni.
Ingat aku tak baca novel ke?
Syahmie menayang muka masam mencuka. Eii budak ni,baru nak buat drama sikit,dah sound kaw-kaw.
Kang kahwin nanti agaknya tak mampu dia nak romantic semua. Asal nak romantic je kata cliché lah,novel lah. Potong stim je.
Eh,eh? Kahwin? Syahmie menggulum senyum.
"Haa dah kenapa senyum-senyum? Tak cukup kaki berbalut,nak otak pula berbalut?"
"Saya nak hati saya dibalut cinta awak,"
Seketika Syamimi terkedu sebelum ledakan tawanya meletus.
"Achiaaaaa! Ala-ala Encik Syahmie,lain kali cuba lagi ya? Hahahahaha!"Syahmie mencebik geram. Aku serius dia buat lawak pula.
Hello Cik Montel, I do meant what I said!
"Nak buah?"Syamimi menunjukkan sebiji epal yang berada dalam genggamannya.
"Tak nak! Nak merajuk!"kening Syamimi bertaut rapat.
Kau ni memang ada split personality ke?! Baru dua hari kot aku kenal kau?! Asal banyak sangat perangai pelik-pelik kau ni?
First day,serius semacam. Masa malam tu,romantic plus seram. Sekarang,manja pula?
Weii kau fikir kau siapa?!
Mata mencerlung tajam pada Syahmie yang membelakanginya. Acah-acah merajuk ah kononnya. Gedik.
"Merajuklah. Bukan aku yang rugi,"Syahmie tidak dipedulikan. Dia mengupas sebiji epal lalu disusun dalam pinggan.
Dengan selamba badaknya,dia bermain dengan telefon tanpa sebarang perasaan. Langsung tidak ambil pusing ugutan si Syahmie ni.
Syahmie masam. Eii dia ni! Susahnya nak tackle!
Tiba-tiba muncul tubuh Puan Ryana disebalik pintu bersama Encik Zakaria dan Puan Zuerica.
"Haa..Syahmie,sihat? Dah ok sikit kaki tu?"Encik Zakaria mendekati Syahmie yang terbaring dengan kaki yang berbalut.
Hari first hantar anak aku,dah berbalut kaki. Geli hati Encik Zakaria namun ditahankan sahaja. Bukan dia tak tahu budak Syahmie ni minat pada anaknya.
Ni ke gaya nak kahwin nanti?
"Boleh tahan juga,uncle. Tapi tak boleh jalan lagi. Pedih sangat,"
"Tulah kamu. Nakal lagi,"Puan Zuerica mengusik.
"Mana ada,ibu. Sampai hati ibu kata Mie macam tu,"
"Mestilah sampai! Kalau tak sampai,ibu sanggup ambil tangga. Tak cukup lagi ibu naik lif,"ledakan tawa memenuhi ruang wad itu. Syahmie yang asalnya merajuk akhirnya turut tertawa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Mr. Setia
RomanceWARNING! SLOW UPDATE! Lebih 9 tahun aku menanti dia. Aku masih setia menyayanginya. Kadang-kadang aku pun tak sangka. Senyumannya yang pertama. Manis menusuk jiwa ketika aku masih lagi dalam proses mengenal dunia. Gadis kecil yang mudanya 5 tahun d...