"Syamimi, jom makan! Umi panggil," Nana menjengukkan kepalanya disebalik pintu bilik Syamimi.
Sunyi. Pelik. Jam baru pukul 8 malam?
"Mimi?" Baru selangkah dia masuk, muncul sehelai kain putih dari atas pintu.
"Aaaarrggghhhhh! Hmmmph!" Baru mahu menjerit, tiba-tiba mulutnya ditekup kuat serta badannya dikunci pergerakan.
'Ya Allah, dugaan apa ni? Janganlah aku diapa-apakan,' hatinya resah gelisah. Setiap surah yang diingati dan diajar arwah ibunya segera berkumandang dalam hati dan akalnya.
"Maa.." orang yang menekup mulutnya mula bersuara. Nana makin gelisah.
"Maa rabbuka?" Aik? Soalan macam soalan dalam kubur? Apa jenis penculik ni?
Ni tak lain tak bukan...
"Aduh! Sakitlah! Asal kau gigit? Berdarah kang jari cantik aku nih," Syamimi membelek tangannya sendiri. Risau berdarah akibat dicengkam kuat dengan gigi tajam Nana.
"Kau tuh, yang pergi cari pasal dah kenapa? Cuak aku kau tahu," Nana mula membebel. Syamimi cuma memandang sinis sebelum tergelak kuat.
"Dasar penakut!" Jeliran lidah Syamimi mengundang kemarahan berganda kepada Nana.
"Mimi!" Nana menjerit geram.
"Ya Allah, anak bertuah nih. Anak dara kat atas tu mai turun makan. Takkan nak bentang karpet merah kot," Tu dia. Sedas terus Puan Ryana sound.
"Kau lah ni, tak pasal-pasal umi sound," Nana menarik rambut pendek milik Syamimi sebelum dirinya bingkas bangun meninggalkannya.
"Ouh.. lupa. Kat bawah ada lelaki drop dead gorgeous so pakai tudung paling buruk ya! Biar mereka terpikat dengan kehodohan anda," Nana mengenyit mata memandang Syamimi yang mengusap kepalanya. Tak semena-mena, bantal tiba-tiba melayang tepat pada mukanya.
"Go die budak comot. Suka cakap ngan cermin," Syamimi tergelak sinis. Nana memuncungkan mulut sebelum pergi dengan wajah cemberutnya.
@@
"Alhamdulillah turun juga anak aku ni,"baru beberapa langkah menuruni anak tangga untuk ke meja makan,Puan Ryana sudah bersuara.
Semua orang di meja makan memandangnya. Malu siot!
Merona mukanya ditegur Puan Ryana. Langkahnya dilajukan mendekati mereka. Seorang wanita yang mungkin sebaya dengan ibunya didekati untuk bersalam. Cantik je dia tengok wanita itu walaupun kelihatan agak berusia.
Dua orang lelaki yang berada disebelah wanita itu memandangnya. Sorang buat muka atau lebih tepat menjeling,sorang lagi senyum manis.
Argh! Lelaki itu! Lelaki yang bajet kerek tu! Dialah yang rampas peluang suami aku untuk jadi orang pertama lihat rambut aku. Mujur bukan versi panjang macam wanita Melayu terakhir,versi tomboy je dia nampak. Kalau tak,naya suami aku kena share.
Eleh,sekali suami kau juga tu! Hensem kot sapa tak nak!
"Syamimi,sini!"Nana memanggilnya sambil menepuk-nepuk kerusi kosong disebelahnya. Alamak! Sebelah lelaki itulah pula!
Mata melilau kiri kanan. Aduhh..masa ni jugalah set meja makan yang mampu memuatkan 10 orang tu penuh,tinggal tempat yang Nana jaga je. Nak tak nak,...
Kerusi ditarik perlahan sebelum melabuhkan punggungnya. Dia mengengsot sedikit ke arah Nana agar jaraknya dengan lelaki itu bertambah.
"Dah besar panjang dah Syamimi ya? Masih macam dulu,tembam je aunty tengok,"wanita tadi berseloroh. Aduhh..dia punya gurauan tu,menusuk hati!
"Mestilah dah besar panjang. Takkan makin kecik ketot kot? Zue..Zue..,"Puan Ryana menyindir manja.Syamimi cuma berdiam. Sengihan macam kerang diperam toksik ditayang. Wahai hati,tabahlah!
"Syamimi ingat tak Auntie Zue? Ni lah apa Syahmie kata dulu,bakal ibu mertua?"terbeliak mata Syahmie dan Syamimi yang duduk bersebelahan tu.
Syahmie cuma membuat muka selamba dan tunduk malu. Masa ni juga diungkit. Aunty Ryana,Aunty Ryana....
Seriously? Sejak bila?Hati Syamimi penuh dengan pertanyaan.
Puan Zuerica dan Puan Ryana cuma tergelak besar apabila muka kedua anak mereka sudah merona merah dan sangat kelat. Dahlah duduk sebelah,kang silap hari bulan,hilang selera makan lak budak bertuah dua ni.
"Kamu ni Ryana,ada ngusik zaman pampers budak dua ni? Tak usah ambik hatilah dengan kata-kata ibu kamu ni,Syamimi. Sokmo putus fius,"tergelak Syamimi mendengar kata-kata Puan Zuerica mengenai ibunya.
Finally,geng kutuk!
"Takpe,Aunty. Dah terbiasa dah. Dah dekat 16 tahun saya selalu hadap umi yang sentiasa awet muda dan berperangai seperti remaja nih,"
"Tu lah. Dah anak umi tak nak jadi remaja,asyik nak ganti tempat umi sebagai orang tua dalam rumah ni. Terpaksalah umi jadi anak dara pula. Abah pun makin sayang,"ambik! Main-main lagi dengan mak aku. Nah,sedas dia bagi balik.
"Ish! Ryana,ada dikatanya anaknya yang comel ni orang tua?"tergelak seluruh seisi meja.
"Syamimi ingat tak anak Aunty?"Syamimi memandang kedua-dua lelaki yang berada dimeja makan itu. Lelaki yang disebelahnya cuma membuat muka selamba sambil terus mengunyah makanan yang dihidangkan.
Muka seems familiar,like someone important to me. Tapi itulah dia, dia lupa siapa.
Soalan Puan Zuerica disambut dengan gelengan. Puan Zuerica cuma tersenyum barangkali memahami memandangkan sudah hampir sedekad mereka tidak berjumpa.
"Yang kat sebelah tu namanya Rayyan Syahmie. Tu kawan dia,Akif Hariz,"Syahmie cuma menjeling sekali sebelum menyambung makannya. Akif pula berhenti seketika untuk memandangnya dan tersenyum manis.
Amboi,Syahmie! Kerek tul!
"Yang seorang lagi ni pun anak awak ke,Ryana?"Nana tersenyum kelat apabila semua memandangnya.
"Haa..yang ni,anak angkat saya. Dia kawan baik si Syamimi ni ha..tapi lepas something happened, saya ambil lah dia,"Puan Ryana mengusap lembut bahu Nana.
"I see. Comel orangnya. Siapa nama?"Detektif Zuerica akhirnya sudah mula menyiasat.
"Nama penuh saya,Eina Airish. Panggil saya Nana sahaja,aunty," senyuman manis dihadiahkan.
"Haa..moleklah kita ni,Ryana,"
"Apa yang moleknya,Zue?" Encik Zakaria yang membatu sejak tadi akhirnya bersuara.
"Syamimi dengan si Syahmie. Akif ni molek juga kita kenenkan dengan Nana ni. Comel dan sepadan kan?" Akif Hariz pula yang sedap melantak isi ketam masak cili api sudah tersedak. Perit tekak menahan pedas! Laju air dicapai.
Apa pula sabit aku ni? Nak makan pun tak best.
Gendang gendut tali kecapi,
Kacau perut senang hati.
Pasangan suami isteri dan Puan Zuerica sudah tertawa.Tetapi tidak buat dua pasangan itu. Diam tidak berkutik. Wajah si dara sudah bertukar merah.
"Yelahkan, sungguh lah comel,"Encik Zakaria memandang wajah anak bongsunya yang sudah cemberut.
"Haa..buat muka. Kejap lagi cepat tua baru tahu,"kata-kata Encik Zakaria tidak berguna. Muka Syamimi makin keruh dan cemberut diusik sebegitu.
"Dahlah,abangnya. Diusik budak tu karang,tak termakan pula masakan saya depan mata tu,"Puan Ryana menegur walaupun hatinya turut geli memandang wajah anaknya.
"Takpe,sayang. Biar dia tak makan,baru kurus,"usiknya masih tidak mahu dihentikan.
"Abah ni...Mi makan salah,Mi tak makan salah,"
"Makan tak salah. Tak makan pun tak salah. Yang salah bila makan,makan banyak. Bila tak makan,tak makan langsung,"ada saja lah modal ayah kome ni haih..
"Yelah ayah,orang dengar,"kerenah Encik Zakaria tidak dipeduli. Hatinya masih sebal sebab mahkotanya sudah terdedah.
Syahmie dijeling geram.
KAMU SEDANG MEMBACA
Mr. Setia
RomanceWARNING! SLOW UPDATE! Lebih 9 tahun aku menanti dia. Aku masih setia menyayanginya. Kadang-kadang aku pun tak sangka. Senyumannya yang pertama. Manis menusuk jiwa ketika aku masih lagi dalam proses mengenal dunia. Gadis kecil yang mudanya 5 tahun d...