"So Dar, Is, macam mana? Any questions?" bakal raja sehari di hadapannya dipandang. Harap-harap kedua-duanya faham dengan penjelasannya tadi. Darwina dan Iskandar berpandangan sesama sendiri kemudian mengangguk. "Don't worry Jes, I think we can manage." Balas Iskandar bersungguh."Good." Jeslina terus berdiri. "Come Dar, Is, kita boleh mulakan rehearsal kita sekarang." Ajaknya.Darwina dan Iskandar menurut dan ikut berdiri."Kita mula dari pintu masuk seperti yang kita plan tadi." Beritahunya.Sekali lagi Darwina dan Iskandar mengangguk dan mula mengorak langkah menuju ke pintu. Sebaik pasangan bakal pengantin itu sudah elok berdiri di muka pintu, Jeslina terus berjalan menghampiri gadis-gadis pengiring yang dibawa khas oleh Darwina. "Okey adik-adik sayang, semua boleh ikut di belakang pengantin ya." Suruhnya. Gadis-gadis kecil yang berusia diantara sepuluh hingga dua belas tahun itu hanya menurut sahaja sambil tergedik-gedik berlari mencari tempat masing-masing."Okay, I think we can start now. Sharon..." nama Sharon dipanggil kemudian kepalanya dianggukkan dan jari dipetik.Mengerti dengan maksud reaksi tersebut, Sharon turut mengangguk. Kekunci piano terus ditekan sehingga bergema satu dewan dengan lagu I love you, dari nyanyian asal Celine Dion."Not that song!" Jerit Jeslina agak keras. "Not that song, Sharon!" Tangan ditepuk berkali-kali. Kepala ditolehkan semula ke arah Sharon yang berada di kiri pentas.Sharon yang masih memetik piano terus terdiam. Jemari juga turut sama terhenti. Dengan mata terkebil-kebil Jeslina dipandang. Darwina dan Iskandar yang sedang melangkah masuk ke dalam dewan turut menghentikan langkah sambil terpinga-pinga memandang Jeslina yang berada tidak jauh dari situ. Shaqir dongakkan kepala. Lensa kamera yang ditalakan ke arah kedua mempelai diturunkan sedikit."Not that one, Sharon!" jeritnya lagi. Keluhan keras dilepaskan."If not this one, so which one?" Sharon jungkitkan kening sedang jemari masih kemas memegang kekunci piano."Dealova, lagu tadi tu masa potong cake. I've told you kan!" Balasnya agak keras. Rasanya sebelum ini sudah diterangkan semuanya. Itupun boleh silap. Majlis tersebut lusa bukannya seminggu lagi. Arghhh!Sharon mengangguk dan tangannya diangkat. "Sorry Jes, my mistake." Ucapnya mengakui kesilapan sendiri. Macam manalah dia boleh tersilap. Bukannya dia tidak tahu bagaimana tegas dan efisennya gadis bernama Jeslina itu bekerja. For her, everythings must be perfect with zero defect!"Okey, kita mula semula." Kepala dipalingkan memandang Darwina dan Iskandar yang berdiri tidak jauh dari situ . "Sorry Dar, Is, kita kena buat semula. I tak nak masa majlis nanti jadi kelam kabut. I nak you familiar dengan suasana ballroom ni dan suasana sebenar nanti jadi you berdua akan lebih selesa." jelasnya."Okey Jes. Don't worry, kami faham." Iskandar menyahut. Bakal isteri di sebelah dipandang sambil bahu Darwina diusap mesra seakan memujuk. Dia tahu Darwina sudah mula bosan tetapi itu semuanya adalah di atas permintaan bakal isterinya itu juga. Sibuk meminta Jeslina mengaturkan rehearsal kerana takut segalanya jadi lintang pukang ketika majlis besar mereka nanti."Thanks." Jeslina buang senyum. "Okay guys, get ready and we can start over." ucapnya lantang. Jari terus dipetik dan muzik bergema semula. Darwina dan Iskandar mula melangkah dari muka pintu dewan diiringi oleh dua belas dayang-dayang kecil dibelakangnya. Lampu dewan terus menyala mengiringi langkah mereka sehingga ke pelamin.Shaqir pula sibuk mengacukan lensa kameranya ke arah kedua-dua mempelai. Permintaan Darwina di saat-saat akhir meminta supaya aturcara ketika waktu rehearsal itu juga dirakamkan. Dia? Mengikut asalkan dibayar setimpal dengan kerjanya. Sedang leka jemari menekan-nekan butang kamera, tiba-tiba lensa kameranya dilajakkan ke arah pemilik nama yang selalu dipanggil 'bunga' dan...Klik!Klik!Klik!Sebelum ianya berakhir dengan senyum lebar di bibir. Hurmmm...nice! Bisiknya dalam hati."Okay done. Perfect!" Jeslina buang senyum. Nafas kelegaan dilepaskan. Setelah hampir dua jam, akhirnya segalanya berakhir. Penat rasanya melayan kerenah Darwina sedari tadi. Cerewet bukan main lagi."I nak macam ni, Jes. I tak nak macam tu Jes." Hurmmm...kalau diikutkan sabarnya, mahu ditinggal sahaja segalanya tetapi kerana kawan dan sikap professional, dilayankan sahaja permintaan Darwina walau kadang-kadang memeningkan kepala. Nasib baiklah mereka berkawan baik dan dia di bayar kalau tidak sudah lama agaknya dia angkat bendera putih. "Majlis bermula pukul dua tengahari Dar, Is. Don't forget, okay." Pesannya.Darwina tersengih. Iskandar di sebelah dipandang. "Of course tak akan lupa. Kan Bee?" bisiknya manja. Lengan Iskandar dipeluk semakin erat.Iskandar hanya buang senyum sambil kepalanya dianggukkan."So, hari ni you berdua rehat cukup-cukup biar berseri masa nikah dan sanding nanti." Pesan Jeslina dengan senyum lebar di bibir. "And you Dar, malam ni kena tidur awal. Jangan nak sembang sampai pagi lagi. Nanti ada eye bag masa kahwin, I tak tahu." pesannya sambil membulatkan mata memandang gadis itu. Iskandar tergelak dan Darwina tersengih. "Okay Cik Jeslina." Balas Darwina berjanji. Lengan Iskandar dipeluk semakin erat.Teringatkan sesuatu, Jeslina lepaskan keluhan. Macam manalah dia boleh terlupa akan hal sepenting itu. "Oh ya Dar, malam esok I datang rumah you pukul sembilan untuk upacara berinai. Sebelum tu Huz akan datang dulu dan siapkan apa yang patut." Ucapnya.Darwina mengangguk. "Okay Jes." Balasnya tidak membantah."Rasanya dah tak ada apa-apa lagi untuk hari ni so, kita jumpa malam esok." \Iskandar dan Darwina mengangguk. Sebaik meminta diri, mereka terus beredar dari situ."Air." Botol mineral dihulurkan.Jeslina mendongak. Botol mineral yang dihulurkan Shaqir dicapai. "Thanks" ucapnya.Shaqir terus duduk. Penutup botol mineral miliknya dibuka dan diteguk rakus."Dah berapa lama kau jadi wedding planner?" Mata dikalihkan ke arah pelamin sebelum menoleh pandang ke arah Jeslina semula."About three years." botol mineral yang baru diteguk, ditutup dan diletakkan ke atas meja. Tubuh disandarkan ke dinding kerusi dan nafasnya dihela untuk melepaskan lelah."Creative.." ucap Shaqir sepatah."Sorry?" Jeslina pusingkan kepala ke sebelah dan Shaqir dipandang dengan kening terjungkit."Kau kreatif Jes. Aku suka dengan rekaan pelamin dan gubahan yang kau buat. Nampak cantik dan sejuk mata memandang." Puji Shaqir bersungguh. Kombinasi warna violet dan gold diserikan pula dengan lantai karpet berwarna hijau, dewan tersebut juga nampak mewah. Itu belum lagi diserikan dengan gubahan bunga hidup yang menjadikan suasana menjadi lebih segar dan indah."Kau puji atau mengutuk aku ni?" Shaqir dijeling. Seperti tidak percaya pula kata-kata itu yang keluar dari bibir lelaki itu. Shaqir yang berhati batu. Shaqir yang degil. Shaqir yang kaku boleh mengungkapkan kata-kata manis seperti itu? Sungguh dia tak percaya! "Ikhlas dari hati aku, Bunga." Senyum simpul dipamer. Walaupun dia tahu Jeslina mesti akan marah tetapi dia suka melihat riak gadis itu yang begitu. Wajah mencukanya itu tetap nampak manis di matanya. Kata-kata amarahnya juga kedengaran indah di telinga. Argghhh! Shark, cuba-cubalah sedar diri sikit. Bisiknya mengingatkan diri sendiri.Jeslina mendengus bersama cemikan. Bunga...bunga...bunga! Benci betul dia mendengar panggilan tersebut. Shaqir memang tak reti bahasa. Walau sudah berkali-kali diingatkan supaya tidak memanggilnya begitu tetapi tetap diulang menyebut perkataan yang sama. Sumbat dengan botol mineral mulut jahat tu baru tahu! Bebelnya dalam hati. Malas hendak melayan Shaqir lagi, Jeslina terus bangun.Shaqir turut berdiri."Jes!" spontan itu tangan Jeslina diraih.Terkejut dengan tindakan Shaqir yang tiba-tiba itu, cepat-cepat Jeslina menarik tangannya. Dengan agak kasar."Jangan sesuka hati nak sentuh aku lah!" marahnya. Shaqir dijeling. Lebih tajam dari tadi. Shaqir ingat dia sama seperti gadis -gadis yang didekatinya? Senang-senang untuk disentuh dan dipeluk sesuka hati? Please lah, memang dia gadis yang berfikiran terbuka tetapi bukan murah untuk membiarkan lelaki sewenang-wenangnya menyentuhnya begitu.Laju Shaqir angkatkan tangan ke atas. "Sorry Jes...I'm so sorry.." ucapnya kesal. Macam manalah dia boleh terlupa yang dia sedang berdepan dengan Jeslina bukan gadis-gadis lain yang memang terhegeh-hegeh kepadanya? Menyesal, perlahan-lahan nafasnya dihela.Jeslina tarik muka. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Shaqir tadi. "Jangan ingat aku sama macam gadis -gadis yang pernah kau dekati!" hamburnya pula."My mistake Jes and I'm sorry," ucap Shaqir lagi. Lebih bersungguh dari tadi. Gadis yang sedang mencuka di hadapannya itu dipandang seolah memohon simpati. Demi tuhan, dia tidak sengaja."Sudahlah, aku malas nak panjang-panjangkan isu ni tapi ingat lain kali jangan kau cuba buat perkara yang sama lagi." Jeslina mengingatkan. Hendak terus dimarahi tetapi rasa kasihan pula melihat air muka Shaqir begitu. Haih! Dalam benci-benci tetap juga ada rasa simpati. Malas untuk terus berada di situ lagi, beg tangan di atas kerusi terus dicapai dan disangkutkan ke bahu. "I've got to go." Ucapnya dan mula buka langkah."Jes.."Langkah Jeslina terhenti dan dia berpaling. Shaqir dipandang dengan kening terjungkit. Entah apa lagi yang Shaqir mahu agaknya."High tea. Aku belanja.""Thanks Shark tapi aku nak cepat. Aku ada banyak kerja lagi yang perlu diselesaikan. Maybe next time." Tolak Jeslina bersungguh. Bukan dia tidak sudi tetapi dia memang kesuntukan masa sekarang. Lagipun dia memang tidak senang duduk berdua-duaan dengan lelaki itu. Mungkin kerana kenangan ketika dibuli Shaqir dulu masih terpahat kukuh di hati."Tak lama Jes. Sekejap aje." Shaqir memujuk lagi. "Please.." rayunya lagi.Melihat Shaqir yang begitu bersungguh, keluhan kecil dilepaskan. Tangan diangkat dan jam di tangan dikerling. Melihat waktu yang sudah hampir menginjak ke pukul lima petang, dahi dikerutkan dan bibir digigit-gigit. Lama dia begitu sebelum akhirnya dia mengangguk. Entah kenapa tidak sampai hati pula dia hendak menolak apabila melihat kesungguhan lelaki itu. "Hurmm....okey tapi aku tak boleh lama. Kau pun tahu aku mengejar masa sekarang." Ucapnya.Shaqir tersenyum dan mengangguk suka. "Promise, Aku tak akan ambil masa kau lama-lama." Balasnya. Beg sandang yang memuatkan peralatan kamera dicapai dan disangkut ke bahu. "Come.." ajaknya pula dan langkah mula diatur.Akur, Jeslina hanya mengekor sahaja langkah lelaki itu. Hanya sekali ini Jes...sekali ini sahaja. Pesannya kepada diri sendiri.
YOU ARE READING
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU
General FictionDia Shark...lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis-gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina atau digelarnya Bunga. Bagi Jeslina, nama Shark atau...