Published!

683 13 1
                                    

Alhamdulilah...finally Aku Shark diterbitkan... yeayyyy! Happy mode! 😃😃😃😃

👇👇👇👇👇  covernya... kacak x? Tentulah kacak kan???? Hiks

Firstly sorry sbb penulisnya ni susah sgt nak up entry

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firstly sorry sbb penulisnya ni susah sgt nak up entry...bukan kedekut tp masa mencemburuiku... ampun!

X pe nanti sikit2 kita up ya tapi sblm tu mehh baca blurb...

Details harga pun ada kat bawah tu. Nak beli direct dgn kita meh mesej atau boleh beli di pbakl yg bermula pd 28hb April 17 - 7hb Mei 17.

Kedai buku? Akan masuk mulai mei 17... 😉😉😉

2ndly, jgn lupa dapatkan karya ini dipasaran... ❤❤❤

SHARK..AKULAH LELAKI ITU
Harga : RM 28.00 (SM) // RM 31.00 (SS)
Penulis : Myra Ameer
Keluaran : Mei, 2017
Terbitan : Penulisan2u

SINOPSIS
.
Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna.
Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga.
Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri.
“Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina
“Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan…Belum bertunang pun lagi.” – Shark
Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai.
“Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?” – Mak Ngah Iman
“Untuk memiliki perempuan yang kita suka bukan senang mak ngah, jadi kalau ada peluang, kawan pun boleh jadi lawan.” – Shark
Sayangnya ketika ikatan dengan Jeslina hampir dimeterai, kebenaran terbongkar. Kerana seorang gadis bernama Nadrah, kisah silam yang hitam menjadi pertaruhan disebabkan dendam. Ugutan demi ugutan yang diterima daripada Redza membuatkan hatinya goyah dan mula hilang keyakinan.
"Well... The best man win. Sayangnya kau dah kecundang!” – Redza
“Kau ingat aku akan rahsiakan perkara ini dari Jes? Aku bukan lelaki macam kau. Berani buat tapi tak berani bertanggungjawab.” – Shark
“Dan kau ingat dengan berterus terang akan memulihkan keadaan? Tak, Shark… Kau hanya akan buat mereka benci dan jijik dengan kau.” – Redza
Mampukah Shark bertahan atau melepaskan demi melindungi insan tersayang? Dan bisakah kisah silam yang selama ini menghantui hidupnya berakhir dengan bahagia atau akan membuat jiwanya lebih merana? Dan siapa pula Nadrah yang tiba-tiba muncul membawa bencana?

AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITUWhere stories live. Discover now